BAB 20

4.9K 162 5
                                    

AMELYN menghampiri Syed Azrief yang baru sahaja turun dari motosikal di belakang makmal komputer. Dengan penuh gayanya dia menghampiri teman lelakinya.

"sayang"tegur Amelyn manja. Lengan Syed Azrief dipaut lembut olehnya.

Rata-rata pelajar yang masih di tempat motosikal memandang ke arah mereka berdua. Syed Azrief menolak tangan Amelyn yang memeluk tangannya lalu dia meninggalkan Amelyn di situ.

Amelyn menghentak kakinya tanda geram. Berani Syed Azrief memalukan dirinya di sini dan membiarkan dirinya seperti patung, habis jatuh air mukanya apabila terdengar suara-suara seperti sedang mengata dirinya.

Dia berlari mengejar Syed Azrief yang sudah jauh darinya dan lengan lelaki itu direntap olehnya sebelum dia berdiri berhadapan dengan lelaki itu.

"you nak apa lagi Amelyn?"tanya Syed Azrief malas. Matanya buat-buat memandang ke arah jam di tangannya.

"betul ke our relationship is over?"tanya Amelyn ingin kepastian.

"yes that right, apa lagi yang you tak puas hati?"tanya Syed Azrief dengan nada mendatar.

Dada Amelyn berdebar dengan kuat apabila Syed Azrief berkata begitu. Sesenang itu lelaki itu cakap hubungan mereka sudah berakhir? padahal mereka sudah bersama agak lama, ini semua salah perempuan tak guna itu!

"semudah itu? you tahu tak i sayang you setengah mati, sampai hati you nak putus dengan i, apa salah i dekat you? apa lagi yang i tak berkorban untuk you Azrief?"tanya Amelyn dengan nada sudah berair. Dia mengabaikan pandangan orang terhadapnya. Lantak lah janji Syed Azrief mahu kembali dengannya.

Syed Azrief terdiam. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia mahu putus dengan Amelyn. Mungkin dia sudah tahu tentang kecurangan Amelyn terhadapnya atau dia sakit hati melihat kejadian di mana Amelyn yang menolak Ayra Amani sehingga jatuh, dia sendiri pun tidak pasti kenapa.

"listen Amelyn. I tahu you bercinta dengan i sebab duit i je kan? kad kredit i ada dekat you nanti bagi dekat Ameer atau Hariz esok, kalau kad kredit tu tak ada dekat tangan i esok you tahu lah nasib you nanti. Sebenarnyakan i bukan sayangkan you pun, i saja nak main-main dengan you je tapi you tu yang tergedik-gedik macam tak ada maruah. Lain kali jadi perempuan jaga lah sikit maruah tu jangan senang-senang bagi dekat orang"kata Syed Azrief panjang lebar lalu dia meninggalkan Amelyn di situ.

Amelyn menghapuskan airmatanya. Habis lah kemewahannya selama ini kerana kad kredit yang di beri oleh Syed Azrief harus di pulangkan kembali. Dalam masa yang sama dia sudah jatuh cinta akan lelaki itu, dia bercinta dengan lelaki itu pun sebab dia mahu menumpangkan kemewahan lelaki itu tapi sekarang semuanya sudah berakhir dengan begini.

"kesiannya kena bagi kad kredit balik ye? esok pukul 8 aku dengan Ameer akan terpacak depan kelas kau, kalau kau bagi alasan tak bawa lah, lupa lah siap kau sampai ke rumah kau kitorang pergi"kata Hariz kepada Amelyn sambil ketawa bersama Ameer.

Hariz dan Ameer ketawa sambil berjalan. Puas hati mereka apabila Syed Azrief berkata begitu, tak adalah nanti si Amelyn itu pergi berjoli guna kad kredit lelaki itu lagi, senang cerita Amelyn mahu hidup mewah dengan kemewahan Syed Azrief tapi sekarang Amelyn sudah miskin.

"tunggu kau perempuan, aku akan hapus kau dari hidup Syed Azrief"kata Amelyn lalu tangan kanannya sudah digenggam penumbuk.

PINTU rumah diketuk beberapa kali. Ayra Amani yang berada di dapur terus berjalan menghampiri pintu rumah. Pembantu rumah yang diberi oleh bapa mentuanya sedang menanam tamanan di belakang rumah jadi terpaksa lah dia yang kena buka pintu.

"assalammualaikum"laung suara perempuan dari luar.

"waalaikummusalam kejap kejap"kata Ayra Amani. Dia mempercepatkan lagi lajuan dan dia terus membuka pintu. Sungguh dia terkejut melihat siapa di hadapannya.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now