BAB 10

5.6K 172 4
                                    

"HAI apa nak jadi dengan budak berdua ni?"kata tok sambil mencekak pinggang sambil memandang ke arah kelambu.

"pasaipa mak?"tanya anyah yang baru tiba ke ruang tamu.

"ni hang tengok apa depa buat?"

Mata Puan Aisya terus memandang ke arah kelambu. Dua pengantin muda itu sedang berkelubung di dalam selimut dengan memasukkan kipas ke dalam kelambu. Bantal-bantal pun bersepah di luar kelambu. Pasti mereka berdua itu tidur buas.

"dah lah bangun subuh pagi tadi ni dok tidur lagi"kata tok sambil menggeleng kepala.

"depa penat sangat lah tu mak"

"penat ka tak solat tu tetap kena solat tak ada alasan. Entah depa ni dah terbiasa buat perangai lagutu kat Kolumpo sana"

"tak apa mak satgi depa bangun mak cakap. Dah jom toksah dok kacau depa nak tidur"

Tangan maknya ditarik ke dapur. Tidak mahu maknya menganggu pasangan yang nyenyak tidur itu. Sekarang sudah pun pukul 8:30 pagi orang di kampung semua sudah bangun dan bersedia keluar untuk membuat kerja.

Selang 15 minit Syed Azrief mengeliatkan badannya. Sungguh lenguh leher dan badannya. Bantal pun rendah sebelum ini dia tidur berbantalkan 2 bantal ini 1 jadi lehernya terasa lenguh.

Telefon di bawah bantal di ambil lalu ditekan skrinnya. Jam sudah menunjukkan pukul 8:45 pagi. Syed Azrief mengosok matanya yang kabur itu. Awal lagi ni tapi sudah cerah benderang. Kalau di rumah selagi tak pukul 10 atau 11 pagi dia tak akan bangun lagi dan biliknya pun sentiasa gelap.

Kipas yang berada di dalam kelambu itu ditutup. Semasa nak tidur je rasa panas tapi bila dah tidur dekat pukul 3-4 pagi sungguh sejuk. Memang tarik selimut sampai ke pangkal leher lah. Mereka terpaksa memasang kipas pun oleh sebab nyamuk suka menganggu kalau buka kipas tak adalah nyamuk datang sangat. Bayangkan lah buka 1 pun dah sejuk sebelum nak tidur tu buka 3 pun macam tak function.

Melihat Ayra Amani disebelah masih pulas tidur membuatkan Syed Azrief mendekati gadis itu. Selimut yang menutupi seluruh tubuh gadis itu ditarik lalu dilempar ke tepi. Semalam selepas sahaja mendengar sesuatu yang tidak diingini mereka terus masuk ke dalam kelambu dan terus berselimut sampai atas kepala gara-gara takut yang paling ketara itu Ayra Amani lah. Sampai menggigil sewaktu nak tidur semalam. Sempat lah dia menenangkan gadis itu.

Kening Ayra Amani berkerut tetapi matanya masih terpejam rapat. Tangan Syed Azrief melekap di atas dahi Ayra Amani. Panas!

"nak kena buat apa ni?"kata Syed Azrief pada dirinya.

Dia tidak pernah tahu nak buat apa untuk merawat orang sakit. Tapi takkanlah dia nak tengok sahaja gadis itu demam sekarang ini. Pasti gara-gara semalam.

"Ayra"panggil Syed Azrief perlahan.

Tubuh Ayra Amani terus memberikan respons. Syed Azrief melepaskan rasa lega. Alhamdulilah bergerak lagi.

"kau demam ni"

Ayra Amani hanya diam tanpa menjawab. Kepalanya sekarang ini rasa pening. Baru sahaja celik mata semua dia nak berputar. Dia dapat rasakan bahang daripada tubuhnya.

"aku nak air"pinta Ayra Amani perlahan.

"kejap"

Tanpa membuang masa Syed Azrief terus keluar dari kelambu dan melangkah ke dapur. Tok dan anyah sedang berbual di dapur memandang ke arah Syed Azrief.

"ha bangkit dah"kata tok kepada Syed Azrief.

"mana Ayra dia bangkit ka tak lagi?"tanya anyah yang sedang mengoreng bihun itu.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now