BAB 79

1.4K 86 7
                                    

2 BULAN Kemudian...

"Azrief!"panggil Rania termengah-mengah. Dia memaut pintu selepas sahaja dia berlari untuk sampai ke kelas.

Syed Azrief yang seronok bergelak ketawa dengan Ameer dan Hariz terhenti apabila Rania memanggil namanya dengan nafas Rania tidak teratur itu.

"kenapa?"tanya Syed Azrief kepada Rania.

"Ayra...Ayra"kata Rania sangkut-sangkut. Dia menarik nafas panjang.

"kenapa dengan Ayra? Dia ada mana sekarang?"tanya Syed Azrief pula. Tadi perempuan bertiga ini ke tandas selepas sahaja habis subjek Matematik.

"Ayra ada dekat tandas. Kau kena ikut aku cepat"kata Rania dengan nafas tersemput-semput mana tidaknya berlari tak ingat dunia semata-mata mahu memanggil Syed Azrief di kelas.

Terus Syed Azrief bangun dan berlari apabila Rania berkata Ayra Amani di tandas diikuti oleh Ameer dan Hariz dibelakang. Risau juga dia dengan Ayra Amani kerana pagi tadi Ayra Amani muntah tidak berhenti-henti. Nak suruh jangan ke sekolah tak boleh kerana minggu depan mereka akan mula menghadapi SPM yang sebenar.

Ayra Amani memuntah segala isi perutnya sehingga matanya berair. Nafasnya juga tidak teratur. Tangan Melissa tidak berhenti mengurut belakangnya untuk melegakan tetapi tidak menjadi kerana makin banyak dia keluarkan sehingga dia menjadi lemah.

Tiba sahaja di tandas terus Syed Azrief meredah masuk tanpa memikirkan itu tandas wanita. Ayra Amani yang penting dari segalanya. Masuk sahaja di dalam tandas matanya ditemu dengan Ayra Amani yang masih muntah itu.

"hei kau okay tak ni? Kenapa asyik muntah-muntah je dari rumah lagi kau ada salah makan ke?"tanya Syed Azrief lembut. Dia pula mengambil alih tempat Melissa dan menggosok lembut belakang Ayra Amani.

"aku tak tahu. Aku tak makan apa lagi dari rehat"jawab Ayra Amani lemah. Macam mana nak makan kalau tengok roti ikan bilis je terus nak termuntah.

"kau masuk angin kot"kata Syed Azrief tanpa memikirkan hal yang satu itu.

"mungkin kot sebab aku tak makan apa langsung dari pagi"kata Ayra Amani pula. Dia mengumurkan mulutnya berkali-kali sebelum mengangkat muka. Syed Azrief pula menghulurkan sapu tangan dari poketnya untuk Ayra Amani menyapu mulut.

"diorang ni bodoh ke kita yang bodoh sekarang?"kata Ameer kepada mereka.

"okay aku macam dapat tangkap apa yang jadi ni"kata Hariz pula sambil mata masih memandang ke arah pasangan sweet itu di dalam bilik air.

"benda apa? Ayra muntah sebab masuk angin?"tanya Melissa tidak faham akan pemikiran Ameer dan Hariz itu. Rania juga mengerut dahi mendengar perbualan dua lelaki itu. Apa yang diorang sedang fikirkan.

"oh lupa korang dua kan otak suci"kata Hariz selamba.

"jangan-jangan"kata Rania dan Melissa serentak terus mereka berdua memandang ke arah Syed Azrief dan Ayra Amani.

"ye diorang tu yang bodoh bukan kita. Eh otak korang dua pun tak adalah sesuci mana pun kalau korang faham tentang ni"kata Ameer dengan nada mengusik.

"tak guna masuk kelas sains tapi tak dapat tangkap!"kata Rania dengan nada marah. Sakit pula hati dia dikutuk dengan lelaki bernama Ameer ini nasib baik lah Ameer itu teman lelaki dia kalau tak kena maki berdas-das dah Ameer itu. Sabar jelah ada teman lelaki mulut macam Ameer ini.

"korang diam jelah dulu tak payah tanya atau cakap apa-apa. Takut kalau tak betul nanti Ayra terasa pula"kata Hariz kepada Melissa dan Rania.

Mereka berdua hanya mengangguk faham dengan kata-kata Hariz itu. Mereka pula sejenis selagi tak diberitahu apa-apa jangan harap lah mereka nak bertanya.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now