BAB 16

4.6K 157 5
                                    

"ABAH"

"kamu sedar tak sekarang ni pukul berapa Syed Azrief?"

Apabila nama panjangnya disebut dia merasakan amarah abahnya akan meletup sebentar lagi. Kalau abahnya marah memang sebut nama penuh. Kalau hari baik panggil Rief je ini terus panggil Syed Azrief. Wah bahaya ni.

"pukul berapa?!"bentak

"2"jawab Syed Azrief perlahan. Naik gerun juga melihat amarah abahnya itu. Jarang abahnya nak marah.

"pukul 2 baru nak balik. Nak jadi apa? Esok sekolah kan masih tak sedar diri lagi?"

Syed Azrief hanya diam. Kalau abahnya marah jangan cakap apa-apa diam apabila abahnya diam baru lah dia boleh bercakap. Matanya melihat gadis itu di atas kerusi. Dia mengangkat wajah memandang gadis itu. Macam mana gadis itu boleh ada dekat situ? Lagi-lagi dengan abah. Rasa tak sedap hati.

"kamu kemana? Mati-mati abah ingat kamu ada dekat atas belajar rupanya mengular keluar balik pukul 2 pagi. Kamu pergi mana Syed Azrief?"

"pergi mana!"kata Dato Syed Adham dengan nada kuat.

Syed Azrief masih diam. Ayra Amani memandang ke arah lelaki itu. Sumpah ini bukan salah dia. Dia memang tidak tahu apa-apa. Kemana lelaki itu pergi pun dia tak tahu. Tadi apabila bapa mertuanya menanya dia hanya diam.

"tak nak jawab. Tak apa. Lepasni takkan ada lagi kemudahan untuk kamu. Abah biar selama ni makin naik lemak kamu. Ingat abah tak tahu kemana kamu pergi selama ni? Abah diam sebab taknak bergaduh je dengan kamu tapi sekarang ni kamu dah kahwin bukan bujang lagi. Macam mana nak jaga anak orang kalau perangai macam ni!"

"lepastu macam mana Rief nak pergi sekolah?"

"Pak Mid yang akan hantar korang pergi sekolah mulai esok. Tak ada motor tak ada kereta pergi balik berhantar"kata Dato Syed Adham muktamad.

"no way abah. Susah lah Rief nak gerak kalau pergi dengan Pak Mid. Rief bukan budak kecil nak kena atur hidup itu ini. Tak cukup mama dengan abah atur hidup Rief kena kahwin dengan perkahwinan bodoh ini sekarang abah nak ikat kaki Rief pula tak bagi Rief pergi mana-mana. Nak suruh Rief jadi perempuan duduk je terperap dalam rumah. Rief benci hidup kena atur tahu tak. Rief dah penat! Rief ikut je cakap mama dengan abah sebab taknak bergaduh tapi bila abah buat macam ni Rief tak boleh terima. Cukuplah abah, abah dah aturkan hidup Rief selama ni. Abah fikir Rief suka ke dengan perkahwinan ni? Ikutkan hati sebelum akad nikah lagi Rief dah cabut lari"kata Syed Azrief dengan nafas turun naik.

Ayra Amani mengangkat wajah. Dadanya berdetak hebat. Dia baru dengar semua ini hari ini. Entah mengapa hatinya menjadi sakit mendengar semua luahan hati lelaki itu. Rasa macam nak menangis tapi ditahan. Sabar jangan menangis. Dia benci orang tengok dia menangis.

"jaga mulut kamu tu Rief. Sedar ke tidak kamu bercakap ni depan isteri kamu? Jangan nak ikut hati sangat. Jaga hati isteri kamu tu sama"kata Dato Syed Adham tegas. Dia tidak berkenan anaknya bercakap begitu. Kurang ajar.

"habistu hati Rief ni macam mana? Ada abah dengan mama tanya Rief okay ke tidak dengan perkahwinan ni? Semua paksa Rief. Rief nak ada hidup sendiri tolong jangan nak control hidup Rief"kata Syed Azrief geram lalu melangkah naik ke tingkat atas tanpa memperdulikan abahnya. Hatinya lebih sakit.

Dato Syed Adham menggeleng kepala. Anaknya yang ini sukar dididik sejak kecil lagi. Nakal berbanding kakaknya yang memang rajin belajar. Anaknya yang ini pandai cuma dia malas. Suka buat hal sendiri tak suka diganggu. Dia fikir anaknya setuju dengan perkahwinan ini rupanya tidak. Malah diungkit di depan isterinya sendiri.

"abah maafkan Rief ya dah kurang ajar dengan abah"kata Ayra Amani serba salah.

Dia merasakan ini semua salahnya. Kalau dia tak turun ke bawah minum air semua ini takkan berlaku dan kalau dia tak munculkan diri di KL mesti takkan jadi. Kalau dia tahu dia akan tinggal sahaja di kampung tanpa datang ke KL. Sungguh menyesal.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now