BAB 22

4.4K 160 7
                                    

SAMPAI sahaja mereka berdua di rumah. Ayra Amani baru sahaja turun dari motorsikal dan berjalan hendak masuk ke dalam rumah, tiba-tiba tangannya dipegang oleh Syed Azrief. Terus Ayra Amani mengalih badannya apabila dipegang oleh Syed Azrief.

"kenapa? Lepas lah aku nak masuk dalam"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief yang memegang tangannya.

"aku nak keluar"kata Syed Azrief mendatar.

"huh? Kita kan baru je balik. Masuk lah mandi semua dulu lepastu baru lah keluar"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Dia membuat muka kesian apabila dia akan ditinggal sendirian di rumah.

"tak sempat. Kau tak payah lah buat muka macam tu aku keluar kejap je nanti sebelum maghrib aku balik lah"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Dia terhibur melihat muka Ayra Amani yang mencebik itu. Macam lah tak pernah kena tinggal sebelum ini. Padahal selalu je dia tinggalkan Ayra Amani sorang-sorang.

Ayra Amani memandang ke arah lain. Kata sahaja akan pulang awal nanti tengok-tengok pukul 11 malam baru balik. Dia sendiri tidak tahu kena lelaki itu pergi. Kalau dia tanya pun rasa Syed Azrief akan jawab ke persoalan dia tu? Baik dia buat tidak tahu je walaupun dia ingin sahaja tahu kemana lelaki itu pergi. Jangan-jangan lelaki itu pergi ke tempat tidak sepatutnya? Patut lah tidak mahu memberitahunya. Mungkin.

Syed Azrief yang membaca isi hati Ayra Amani hanya tersenyum. Jadi sebelum ini Ayra Amani memang nak tahu kemana dia pergi? Tapi bila dia balik ego tengok dia pun tidak padahal dalam hati nak tahu dia kemana.

"aku takda nak pergi tempat mengarut pun lah. Habis kuat pun aku lepak dengan Ameer dan Hariz dekat mamak"kata Syed Azrief tenang.

"habistu bagitahu lah aku kau nak pergi mana sekarang ni sampai tak sempat nak mandi tukar baju dulu?"tanya Ayra Amani sambil menjongket kening.

"alah budak ni sibuk lah. Nanti petang aku nak pergi main bola habistu nanti lepak mamak kejap baru lah aku balik. Puas hati?"tanya Syed Azrief dengan muka mengejek.

Terus Ayra Amani menampar muka Syed Azrief lembut. Sengaja mahu memalukan dirinya sudah lah dia terasa dirinya macam penyibuk semua benda nak tahu.

"tapi kau tahu kan harini Mak Mah balik kampung?"tanya Ayra Amani.

"tahu kenapa?"tanya Syed Azrief pelik. Tadi pagi Mak Mah sudah memberitahunya bahawa Mak Mah akan pulang kampung selama seminggu kerana anak saudara Mak Mah mahu berkahwin.

"kau tahu tak yang aku ni takut duduk rumah sebesar alam ni sorang-sorang? Kalau ada Mak Mah kau taknak balik pun aku tak kisah tapi harini Mak Mah takda lah pula"kata Ayra Amani dengan membuat muka kesian. Tangannya mengentel tali beg galasnya.

"pastu kau nak suruh aku hantar kau balik rumah mummy lah?"tanya Syed Azrief. Dia tahu sangat yang Ayra Amani itu penakut. Buktinya di kampung haritu cukup buat dia mengerti. Nak memerut pun ajak orang temankan.

"mummy mana adalah dekat rumah. Mummy ikut daddy pergi Pahang lawat tapak projek. Kalau mummy ada dah lama aku pergi lepak sana"kata Ayra Amani.

"tapi abang-abang kau ada kan dekat rumah? Duduk lah dengan diorang sementara aku keluar ni. Nanti aku dah siap aku pergi lah ambil kau dekat sana"cadang Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"haa boleh juga tu tapi kejap bagi aku 10 minit. Aku nak bawa baju sikit. Kau tu pergi lah mandi dulu sebelum keluar nanti balik malam belum tentu nak mandi dah kan"kata Ayra Amani lalu dia pantas dia berlari masuk ke dalam rumah.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now