BAB 53

3.7K 147 24
                                    

HARI bercuti sudah pun tamat dan kini mereka perlu kembali ke sekolah. Hari yang cukup malas bagi semua orang adalah hari Isnin. Sungguh membuatkan rasa malas hendak ke sekolah atau ke tempat kerja.

"woi dah siap ke belum?"tanya Syed Azrief yang sedang memakai kasut.

Ayra Amani masih sibuk membetulkan tudung dihadapan cermin. Ini lah namanya cari masalah, sedap-sedap bercuti sampai terlupa nak iron baju sekolah dahulu sebelum bercuti. Sampai sahaja di rumah terus Ayra Amani memulakan tugasnya iaitu iron baju sekolah mereka. Syed Azrief sudah membebel kerana baju sekolah mereka tidak iron tetapi Ayra Amani hanya buat tidak dengar sahaja kerana dengan membebel begitu masalah mereka akan selesaikan, sudah tentu tidak.

"ish sabar lah tudung ni asyik tak menjadi je. Pagi-pagi tengah kalut ni lah tudung buat hal"kata Ayra Amani yang masih dihadapan cermin.

Syed Azrief hanya menggeleng kepala. Jam sudah menunjukkan pukul 7:10 pagi. Sekolah mereka akan tutup pada pukul 7:20 pagi. Sudah lah harini Ayra Amani mengada mahu ke sekolah naik kereta. Kalau tidak Ayra Amani mahu ke sekolah berjalan kaki. Katanya kalau naik motorsikal takut ada orang tengok mereka.

"cepat lah sikit nanti jalan jammed mahunya sampai sekolah 7:30"kata Syed Azrief lalu dia bergerak masuk ke dalam kereta untuk menghidupkan enjin kereta.

"ye kejap"kata Ayra Amani lalu dia berlari ke meja dihadapan televisyen untuk mengambil jam tangannya. Tudung yang tidak menjadi itu dibiarkan sahaja. Malas dia mahu membetulkan tudung, asyik tak menjadi sahaja.

Dua beg kertas yang dibeli di Cameron Highland untuk Rania dan Melissa diambil lalu dia berlari ke rak kasut untuk mengeluarkan kasut sekolahnya dan mengunci pintu pagar sebelum dia masuk ke dalam kereta.

Mereka tiba di dalam kelas tepat pada pukul 7:20 pagi. Banyak mata sedang memandang ke arah mereka berdua sebaik sahaja mereka tiba di dalam kelas. Ayra Amani mula rasa tidak selesa apabila dirinya dipandang oleh seisi kelas. Syed Azrief pula berlagak seperti biasa walaupun banyak mata memandang ke arah mereka. Rasa diri seperti artis terkenal pula apabila mereka dipandang begitu.

Ayra Amani cepat-cepat mengambil tempat duduknya dan Syed Azrief juga mengikut langkah Ayra Amani. Hariz dan Ameer menjongket kening kepala Syed Azrief yang baru tiba itu. Muka ada bahagia mesti bahagia 'honeymoon' di Cameron Highland sana.

"seronok berhoneymoon dekat sana dengan isteri?"perli Ameer sebaik sahaja Syed Azrief duduk ditempatnya.

"lancau kau ni"kata Syed Azrief lalu dia menjeling ke arah Ameer yang sedang tersenyum-senyum itu.

"Nia, Mel ni ada souvenir sikit untuk korang"kata Ayra Amani lalu dia menghulurkan dua beg kertas kepada Rania dan Melissa.

Rania dan Melissa mengambil beg yang hulur dari Ayra Amani. Bukan mereka tidak tahu yang ramai orang kata Ayra Amani dan Syed Azrief pergi bercuti bersama. Nak tanya kepada Ayra Amani soalan itu tidak keluar daripada mulut mereka. Biarlah waktu yang menentukan.

"Thank you Ayra susah-susah kau je nak kena belikan dekat kitorang"kata Rania kepada Ayra Amani.

Nampak sahaja macam dalam beg itu ringan padahal macam-macam ada di dalam beg itu. Ingat juga Ayra Amani dengan mereka berdua walaupun sedang bercuti entah bersama siapa.

"kau tak bawa balik oleh-oleh dari Cameron ke? Memang bini kau je eh yang ingat dekat kawan-kawan dia?"tanya Hariz kepada Syed Azrief. Melihat Ayra Amani sibuk memberi oleh-oleh kepada rakannya membuatkan Hariz ingin bertanya kepada Syed Azrief walaupun sudah tahu jawapannya.

"kau nak oleh-oleh? pergi beli sendiri lah aku pergi bercuti bukan pergi nak beli souvenir kat korang"kata Syed Azrief selamba. Padahal ada je untuk Hariz dan Ameer tetapi dia sahaja berkata begitu. Kemana sahaja dia pergi bercuti mesti dia akan membeli untuk mereka berdua tidak kira ke luar negara atau luar negeri pasti ada buat mereka.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now