BAB 3

6.2K 178 13
                                    

TENGAH sedap menyuap roti telur kerusi disebelahnya ditarik. Ayra Amani mengangkat wajah memandang gerangan itu. Fareez dan 2 rakannya yang lain keluar untuk merokok tidak elok pula merokok dihadapan adiknya itu. Buatnya Ayra Amani beritahu sang ibu mahu telinganya bernanah nanti.

Naufal salah satu rakan Fareez itu tersenyum sebelum duduk ditempat yang diduduki oleh Fareez sebentar tadi. Ayra Amani menjadi tidak selesa dengan keadaan itu. Ini kenapa pula ni duduk sebelahnya? Bukan tadi elok je ke duduk dekat hujung sana.

"hi"sapa Naufal.

"hi"balas Ayra Amani kekok.

"Fareez tak beritahu pun yang dia ada adik secantik ni"kata Naufal basa basi sebelum memutarkan ayat yang sebenar.

"sebab sebelum ni saya dok Penang bukan KL"

Kepala Naufal terangguk-angguk mendengar. Mereka sudah sedia maklum bahawa Fareez hanya 2 beradik sahaja dia dan abangnya. Fareez langsung tak pernah buka cerita yang dia ada adik perempuan yang baru. Fareez itu perahsia sangat nak-nak adik perempuannya yang ini punya lah cantik. Patut kena rahsiakan.

"macam mana hari ini sekolah baru okay?"

"alhamdulilah so far so good"balas Ayra Amani sambil senyum kekok.

Bila lah Fareez nak datang semula ini dia nak makan pun teragak-agak sekarang ini. Sayang lah tak habiskan roti telur ini bukan selalu dapat makan. Dah dapat ada pula yang menganggu. Sabar jelah.

"boleh abang nak kenal dengan Ayra?"tanya Naufal berani.

"kenal? Bukan dah kenal ka? Nama"

Naufal ketawa mendengar. Naif sungguh adiknya si Fareez ini. Bukan kenal itu yang dia maksudkan. Dari tadi lagi matanya tidak beralih dari memandang wajah adiknya Fareez itu. Cantik sangat macam tak kena pula dengan umur yang baru 17 tahun itu. Dia fikir dah 20 tahun ke atas rupanya masih bawa umur.

Dia bukan tak faham tapi cuba jadi innocent depan Naufal! Dia tak ingin pun nak berkenalan dengan mana-mana lelaki sekarang ini. Tugasnya sekarang ini mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran. Dah bercinta nanti dia akan hilang fokus!

"abang nak kenal Ayra dengan lebih mendalam. Mana tau kalau berjodoh"

"bukan saya nak menolak tapi saya tak bersedia nak kenal dengan mana-mana lelaki sekarang ni. Saya masih budak sekolah nak SPM tahun ni saya tak rasa saya dapat fokus belajar kalau saya tengah berkenalan dengan seorang lelaki"jujur Ayra Amani kepada Naufal. Selagi tak beritahu selagi itulah Naufal beri hint.

"oh macam tu eh"

Naufal merasakan dirinya direject oleh adiknya Fareez. Selama dia hidup dia tidak pernah ditolak kerana ketampanan dirinya semua wanita mendampingi dirinya.

"abang layak berkenalan dengan perempuan lain tapi bukan saya"

Fareez menghampiri Ayra Amani yang sedang berbual dengan rakannya itu Naufal. Fareez menepuk bahu Naufal dan melihat wajah Naufal yang sudah lain. Ini dah kenapa pula ni? Ada apa-apa yang dia tak tahu ke?

"Ayra dah habis makan? Daddy dah telefon suruh balik"kata Fareez kepada Ayra Amani.

"habis dah sat nak pi basuh tangan"

Dengan pantas Ayra Amani terus bangun meninggalkan Naufal. Ini yang dia malas ini jadi begini rasa macam dia pula yang jahat. Padahal dia malas mahu berkenalan dengan mana-mana lelaki termasuklah Naufal. Naufal itu sudah berumur 22 tahun sama umur dengan Fareez layak mendapat perempuan yang sama umur dengannya mahupun tua darinya. Dia baru 17 tahun apa yang dia boleh dapat takkan dapat apa-apa.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now