BAB 28

4.3K 138 7
                                    

BALIK sahaja dari Pavillion mereka terus pulang ke rumah kerana Dato Syed Adham hendak berjumpa dengan rakannya. Jadi dia terpaksa menghantar mereka pulang dahulu baru lah dia keluar semula kerana dia mahu menggunakan kereta.

Syed Azrief mengambil remote di atas meja lalu membuka siaran Netflix. Ayra Amani juga mengambil tempat disebelah Syed Azrief. Sampai sahaja di rumah Datin Suraya terus meminta diri ke bilik untuk menunaikan solat zohor. Lama juga mereka bershopping di Pavillion hampir tercabut kakinya berjalan ke sana ke sini.

Syed Azrief mengeluarkan handphone dari poketnya. Dia hanya tersenyum apabila menerima mesej daripada group mereka bertiga. Dia menggeleng kepala melihat mesej daripada rakan-rakannya. Masing-masing sibuk bertanya pasal hal tadi. Bersediakah dia untuk memberitahu hal sebenarnya kepada dua mahkluk itu?

Ayra Amani mengerut dahi melihat Syed Azrief kejap senyum kejap muncung. Nak kata mesej dengan teman wanita sudah putus tapi mana tahu ada lagi teman wanita simpanan. Biasalah orang handsome ini tak lepas daripada perempuan. Perempuan keliling pinggang.

"weh aku takut lah"kata Ayra Amani tiba-tiba.

Terus Syed Azrief menoleh ke arah Ayra Amani. Handphonenya diletak ke tepi.

"kau takut apa? rumah ni ada hantu ke?"tanya Syed Azrief melawak.

"ish bukan lah. Aku pasal hal tadi tu"kata Ayra Amani lalu dia mengalih badan ke arah Syed Azrief.

"tu semua salah kau, kau tahu tak? kalau kau panggil aku tadi sah tak kantoi lagi. Ni sebab mulut comel kau tu badan binasa!"kata Syed Azrief sambil mencubit lembut bibir Ayra Amani.

"mana aku tahu tu diorang lah. Lepas keluar tandas tadi aku terus pergi dekat kau sumpah aku tak perasan yang kau tengah cakap dengan orang. Kalau aku tahu tu diorang kau rasa aku nak pergi situ ke? baik aku pergi menyorok"kata Ayra Amani jujur. Macam mana dia boleh tidak perasan Ameer dan Hariz itu. Dia sejenis jalan lurus tak bengkok jadi begitu lah.

"habistu yang nak tanggung dosa kau buat harini siapa? aku kan"kata Syed Azrief lalu dia menjeling ke arah Ayra Amani.

"yelah sorry aku yang salah tapi apa kau nak cakap dengan diorang kalau diorang tanya?"tanya Ayra Amani dengan muka bersalah.

"tak payah cakap nanti diorang ajak aku jumpa kejap lagi dekat mamak"kata Syed Azrief dengan mata yang masih menonton Netflix.

"yeke? habistu macam mana sekarang ni? kau nak jawab apa? aduh mati lah macam ni nanti. Dari orang tahu kejap lagi satu sekolah tahu"kata Ayra Amani kalut. Dadanya berdebar hebat. Sungguh dia tidak bersedia sekarang ini.

Syed Azrief menggosok telinganya mendengar bebelan daripada Ayra Amani. Begini lah perempuan kalau tak gelabah tidak sah. Benda boleh bincang yang nak gelabah biawak tu dah kenapa? dia pun pening mendengar bebelan Ayra Amani itu.

"tahu lah aku nak jawab apa. Ni aku nak keluar dah ni, kalau mama tanya macam biasa lah ye"kata Syed Azrief lalu dia terus bangun dan mencapai handphonenya disebelahnya.

Ayra Amani juga ikut bangun dan menghantar Syed Azrief hingga pintu. Baru sahaja Syed Azrief mahu mengalih belakang dia terkejut melihat Ayra Amani dibelakangnya.

"terkejut aku gila. Kau ni dah apahal ikut aku ni?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani. Badan Ayra Amani ditolak sedikit untuk mengambil kasut di almari belakang Ayra Amani.

"Rief..."panggil Ayra Amani meleret. Dia menunduk sambil bermain dengan jarinya.

"apa kau nak panggil aku macam tu?"tanya Syed Azrief seakan tahu-tahu apa yang di kepala Ayra Amani.

"hm tak aku macam nak makan roti nan cheese boleh tak belikan untuk aku?"tanya Ayra Amani sambil mengelip matanya berkali-kali.

"dah agak"kata Syed Azrief perlahan lau selipar Off-White dilempar ke bawah sebelum dia memakai.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now