BAB 35

4.3K 150 3
                                    

LOCENG menandakan waktu rehat berbunyi dengan kuat. Syed Azrief mendengar loceng berbunyi terus menyimpan segala barang-barang dan diletakkan di bawah meja walaupun cikgu di hadapan masih sedang mengajar.

"Azrief siapa suruh kamu simpan buku? Tak nampak ke cikgu tengah mengajar ni?"kata Cikgu Alia sambil mencekak pinggang.

"loceng dah bunyi kan buat apa nak belajar lebih masa baik pergi makan"jawab Syed Azrief selamba. Dia memandang sekelilingnya. Masing-masing sedang memandang ke arahnya.

"apa nak jadi dengan kamu ni Azrief. Tahun tak lagi berapa bulan lagi je kamu nak SPM. Saya tahu lah kamu tu anak orang kaya tapi cuba belajar dengan betul-betul jangan banyak main sangat"bebel Cikgu Alia kepada Syed Azrief.

"cikgu nak tahu tak semua cikgu cakap benda yang sama macam cikgu cakap tu. Saya bosan dah dengar benda yang sama hari-hari"kata Syed Azrief sambil menjongket kening.

Cikgu Alia membulatkan matanya. Berani betul anak orang kaya ni melawan cakap dia. Bukan dia tidak dengar ramai guru asyik bercerita tentang Syed Azrief di pejabat guru. Dalam masa yang sama dia turut memuji ketampanan anak muridnya itu. Baru 17 tahun tapi dia punya tampan tu seperti orang sudah bekerja.

"tahu lah saya ni handsome cikgu tapi cikgu tak payah lah nak jatuh cinta tengok saya"perli Syed Azrief sambil tersenyum mengejek.

Terus Cikgu Alia terbatuk apabila Syed Azrief berkata begitu. Budak itu boleh dengar apa yang dia kata ke? Jangan buat pasal nanti tak pasal-pasal satu sekolah heboh tentang cikgu dengan pelajar bercinta. Tak sanggup dia nak hadap semua itu walaupun dia sudah bertunang.

"nak keluar rehat sangat kan ha keluar lah sekarang"kata Cikgu Alia kepada Syed Azrief. Matanya tidak memandang ke arah anak muridnya itu.

Syed Azrief tersenyum senang lalu dengan selamba dia keluar dari kelas walaupun Cikgu Alia masih mahu menerangkan lagi tetapi dia kisah apa perut dia lapar takkan nak duduk macam patung walaupun perut dia dah buat konsert.

Ayra Amani hanya menggeleng kepala dengan perangai Syed Azrief. Macam mana lah lelaki yang suka melawan cakap cikgu dan suka membuli pelajar lain itu suami dia?

"Fina nanti lepas rehat kamu ke bilik cikgu ambil kertas soalan dan bagi dekat kawan-kawan kamu. Dah kamu semua dah boleh keluar rehat"kata Cikgu Alia kepada pelajar. Mereka hanya mengangguk lalu terus keluar dari kelas.

"Mel kau nak makan apa-apa tak aku pergi belikan?"tanya Ayra Amani kepada Melissa.

"serious lah kau nak tolong belikan?"kata Melissa kepada Ayra Amani.

"ish yelah nak apa-apa tak? Kalau nak aku nak pergi beli ni nanti ramai pula orang"kata Ayra Amani sambil menjongket kening.

"beli roti dengan air milo kotak je"kata Melissa lalu dia menyeluk poketnya untuk memberi duit kepada Ayra Amani.

"tak payah aku belanja. Jom teman aku Nia"kata Ayra Amani lalu dia memandang ke arah Rania untuk menemannya ke koperasi.

"erk...kau pergi sorang je boleh tak? Aku rasa macam nak memerut pula"kata Rania sambil tersengih kepada Ayra Amani.

"hm tak apalah aku pergi kejap"kata Ayra Amani lalu dia keluar dari kelas.

"begini rasanya jalan sorang-sorang tak ada kawan"kata Ayra Amani seorangan sambil berjalan ke koperasi.

"hai Ayra"tegur Hakeem.

"erkk hai"balas Ayra Amani sambil tersenyum. Dia menjauhkan diri sedikit Hakeem kerana jarak mereka agak dekat nanti tak pasal-pasal pula ada yang mulut jahat.

"sorry tau tak dapat nak tolong pagi tadi"kata Hakeem kepada Ayra Amani.

"eh tak apalah memang salah saya pun datang lewat. Awak sebagai pengawas kena lah bersikap adil dengan semua"kata Ayra Amani. Kakinya berjalan laju kerana mahu sampai cepat di koperasi tak rela dia berjalan berdua-duaan dengan Hakeem begini.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now