BAB 51

3.8K 175 22
                                    

"NAH"

Sambil menikmati suasana yang segar di bumi Cameron Highland ini Ayra Amani terkejut apabila Syed Azrief menghulurkan secawan air dihadapan mukanya. Dia hanya tersenyum sambil mengambil secawan air ditangan Syed Azrief.

"seronok?"tanya Syed Azrief sambil menyedut air minuman yang dibeli sebentar tadi.

"seronok sangat-sangat. Ni pertama kali aku tau aku datang sini tapi seronok dia kalah pergi Paris"kata Ayra Amani sambil tersenyum. Sungguh dia seronok berada disini. Walaupun hanya beberapa hari sahaja mereka berada disini tapi dia sudah jatuh cinta akan tempat yang dingin ini kalau boleh dia mahu tinggal lebih lama disini.

"bagus lah kau seronok dengan percutian kita ini. Lepas ni kalau kau nak pergi jalan-jalan mana bagitahu aku, kalau kau cakap kau nak ke hujung dunia pun aku sanggup bawa kau pergi"

"yelah tu sampai ke hujung dunia pun kau sanggup bawa"

"kalau dah sayang sampai ke hujung dunia pun aku sanggup bawa kau asalkan kau gembira bersama aku"

"bawa aku datang sini pun aku dah gembira sangat-sangat tak perlu lah nak bawa aku pergi hujung dunia tapi satu tempat lagi aku teringin sangat nak pergi"

"dekat mana cakap dengan aku"

"nak tahu?"

"yelah dekat mana"

"aku dah cari tempat ni dulu tapi tak jumpa dan akhirnya sekarang aku dah jumpa tempat tu. Nak tahu dekat mana?"

"ye sayangku dekat mana penat dah aku tunggu jawapan kau ni"

"dekat hati kau"kata Ayra Amani sambil tersenyum malu. Entah kenapa sejak mereka berdua meluahkan perasaan semalam dia lebih suka berterus terang dengan Syed Azrief.

"aku pun sama aku dah cari tempat ni merata-rata tapi semua tak sama macam dekat tempat ni dan akhirnya aku dah jumpa tempat yang aku cari selama ini iaitu tempat bersama kau"

Merah terus muka Ayra Amani apabila Syed Azrief berkata begitu. Dadanya terasa berbunga-bunga. Kenapa lah selama ini Syed Azrief tidak sesweet ini kalau tidak dah lama dia jatuh hati dengan lelaki itu.

"eh kaki macam mana sakit lagi ke?"tanya Syed Azrief apabila melihat Ayra Amani mengurut kakinya terus dia meletakkan air ditepi dan bertinggung dihadapan Ayra Amani untuk melihat kaki Ayra Amani.

"lenguh sikit kaki aku ni biasalah dah lama tak hiking kan sekali mai hiking dekat Cameron Highland habis lenguh satu kaki"

"sorry sebab aku kaki kau lenguh. Nanti balik rumah kejap lagi aku urut kaki kau seingat aku, aku ada bawa minyak nanti aku urut kaki kau ye"

Lagi lah berbunga-bunga hati Ayra Amani apabila Syed Azrief mengambil berat terhadapnya. Bukan dia nak mengada tapi kakinya betul-betul lenguh dan sakit dibetisnya. Nak turun ke bawah tak ada masalah nak naik ke atas itu memang kena tarik nafas panjang-panjang lah, nasib baik ada Syed Azrief yang tolong menarik tangannya.

"tak apalah kalau tak sebab kau ajak aku hiking dekat Cameron Highland ni mesti aku tak dapat layanan special kan"usik Ayra Amani sambil ketawa.

"mengada jom pergi makan lepastu kita beli souvenir kat family kita"

"tapi aku nak pergi ladang strawberry, rugi lah kalau datang sini tak pergi sana"

"yelah-yelah lepas kita beli souvenir kita pergi terus lah ladang strawberry nanti kau kempunan nanti habis aku nak cari mana strawberry yang manis macam dekat Cameron Highland ni"

"ha tahu pun tapi satu benda lagi je aku nak minta tolong kau boleh?"kata Ayra Amani sambil mengelip matanya kepada Syed Azrief.

"benda apa cakap lah?"

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now