BAB 5

5.6K 176 0
                                    

BAJU kurung putih moden yang disangkut elok ditingkap di pandang lama. Kalau boleh dia nak renung baju itu sampai berkoyak rabak. Betul ke semua ni? Dia bermimpi kan?

Persiapan semua ini mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan. Sekarang semuanya sudah pun siap tinggal nak turun akad nikah je dekat bawah sebentar lagi.

"kalau lari ni dan lagi taktau?"kata Ayra Amani seorang diri.

Dia bangun dari duduk lalu melangkah ke arah tingkap biliknya. Tingkap dibuka sambil matanya merenung ke luar. Sungguh tinggi memang gayat lah kalau nak terjun sekali pun. Kenapa selama ini dia tak perasan? Tingkap pun sebelum ini dia tak pernah buka baru hari ini gatal buka dengan niat boleh melarikan diri.

"aduh tinggi lah pula kalau aku terjun ni bukan nak selamat patah riuk dapat lah entah-entah lumpuh sampai bila-bila"omel Ayra Amani sambil mengeluh berat.

Pintu bilik dibuka dari luar. Ayra Amani kembali menutup tingkap. Wajah Faleeq tersembul sambil tersenyum.

"ada niat nak terjun dari tingkap ke?"kata Faleeq sambil tersenyum.

"tak adalah saja tengok luar"nafi Ayra Amani. Abangnya ini pun macam tahu-tahu benda yang berada difikirannya.

Faleeq mengambil tempat duduk di atas kerusi belajar Ayra Amani. Ayra Amani pula melangkah ke atas katil. Sungguh berat hati ini rasa nak menerima.

"Ayra okay?"tanya Faleeq ingin kepastian.

"okay ja pasaipa?"

"nampak macam tak okay"

"betul ka apa yang Ayra buat ni abang? Ayra sebenarnya tak ready lagi nak kahwin ni"adu Ayra Amani sambil mencebikkan bibirnya.

"Ayra dah buat solat istikharah?"

Terangguk kepala Ayra Amani. Dia sudah buat solat itu. Dia tak nampak apa-apa pun dia cuma selalu fikirkan akan lelaki itu sahaja. Mungkin itu adalah penunjuknya siapa yang tahu.

"dah dapat jawab?"

"Ayra tak pasti betul ka tak"

"Ayra persiapan semua dah siap kat bawah. Kejap lagi Ayra dah nak kahwin tau. Tak sempat nak lari dah ramai orang kat bawah tu"

Mendengarkan itu Ayra Amani kembali mengeluh. Sungguh dia rasa berdebar sekarang ini. Dia pun sudah selesai make up oleh jurusolek sebentar tadi baju dia masih tidak tukar lagi.

"mana ada Ayra nak lari"

"tak payah tipu abang. Dah bersiap cepat sekejap lagi pengantin lelaki sampai bising mummy nanti tengok Ayra macam ni lagi"

Faleeq bangun dari duduk. Kepala Ayra Amani gosok lembut sebelum keluar dari bilik.

"ibu ayah betul ka keputusan Ayra ni? Macam mana kalau Ayra tak bahagia dengan perkahwinan ni? Ayra takmau jadi janda muda"kata Ayra Amani seperti ingin menangis.

SYED Azrief menarik nafas dalam-dalam. Dia pun berdebar semacam dari semalam tak boleh nak tidur. Nak tidur je dia terbangun semula. Nak kena bersalam tangan dengan tok kadi sebentar lagi.

"kau okay tak ni Rief?"tanya Ameer yang sedang merapikan sampin yang dipakai oleh Syed Azrief itu.

"nervous sampai shaking"balas Syed Azrief yang masih berdebar itu.

"lah kau relax jelah jangan nak gelabah sangat. Nama tu sebut bagi betul jangan sampai 2 atau 3 kali pula"kata Hariz pula.

"kau buat aku lagi nervous bongok yang nak kena salam tangan tok kadi tu aku kau senang lah cakap"

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now