BAB 38

3.9K 153 13
                                    

AYRA Amani bergelak ketawa bersama Melissa dan Rania sewaktu mahu melangkah masuk ke dalam kelas. Tiba-tiba sahaja bahunya dilanggar oleh seseorang sehingga dia berganjak ke tepi. Dia memegang bahunya yang dilanggar oleh orang itu. Perlahan-lahan dia memandang hadapan dan dia terkejut melihat gerangan yang berada di hadapannya.

"Ayra"panggil orang dihadapannya.

"Mia"kata Ayra Amani perlahan.

Melissa menyiku lengan Rania dan menjongket kening kepada Rania. Ayra Amani tergamam melihat sepupunya sendiri berada di hadapan matanya.

"kau sekolah sini ke? bukan kau dekat kampung dengan tok ke?"tanya Mia Adriana mendatar.

"ye aku sekolah ni kenapa?"tanya Ayra Amani sambil menjongket kening.

"oh tak ada apa aku cuma pelik je kau sepatutnya duduk je dekat kampung tu kau bukan layak duduk bandar"kata Mia Adriana dengan nada perli.

"ada aku kacau kau ke kalau aku duduk sini?"tanya Ayra Amani mendatar.

"mesti kau menyusahkan mak jang kan. Yelah kan sekarang kau jadi anak angkat mak jang anak orang kaya"perli Mia Adriana sinis.

Ayra Amani mengenggam tangannya. Sakit hatinya dengan kata-kata Mia Adriana. Hampir berapa tahun mereka tidak bersemuka dan harini mereka berjumpa kembali di sekolah. Apa yang dia dengar dari cerita Puan Marina keluarga maksunya berpindah ke Pahang atas urusan kerja suaminya.

"kesian kan dekat mak jang bela kau bagi kau hidup senang tapi kau datang sekolah nak bergelak ketawa je kan"perli Mia Adriana sambil menjeling ke atas Ayra Amani.

"kau jangan melampau Mia!"marah Ayra Amani. Sabarnya juga ada had juga tapi kalau dengan Mia Adriana tidak berguna bersabar dengan dia kenal sangat dengan perangai sepupunya yang suka menyakitkan hatinya dari dulu hingga sekarang.

"oh marah? aku minta maaf eh kalau aku cakap tu salah"kata Mia Adriana terus dia melangkah pergi tanpa mempedulikan Ayra Amani.

Ayra Amani memandang Mia Adriana lalu setitik demi setitik air matanya menitis di pipinya. Cepat-cepat dia seka air matanya. Dia tidak boleh menangis dengan kata-kata Mia Adriana kerana dia tahu Mia Adriana sengaja mahu menyakitkan hatinya. Dia cuba kembali senyum walaupun hatinya masih sakit.

Rania mengosok bahu Ayra Amani perlahan dan tangan kanan Ayra Amani dipegang oleh Melissa. Merka berdua hanya tersenyum kepada Ayra Amani. Ayra Amani hanya mengangguk sambil tersenyum.

"kau jangan ambil hati sangat dengan perempuan tu perangai dia macam sampah"kata Melissa geram.

Ayra Amani hanya tersenyum mendengar. Andai sahaja Rania dan Melissa tahu yang Mia Adriana yang dikutuk oleh Melissa sepupunya bagaimana reaksi nereka berdua nanti.

"dah jom masuk kelas"ajak Rania lalu dia memegang tangan Ayra Amani dusebelah kiri manakala Melissa memegang tangan Ayra Amani disebelah kiri dan mereka bersama-sama berjalan menuju ke kelas.

Sejujurnya mereka juga tidak tahu hubungan Mia Adriana dengan Ayra Amani tetapi apa yang mereka dapat tangkap tadi bahawa Ayra Amani ialah sepupu kepada Mia Adriana kerana mereka tahu Ayra Amani tinggal ibu saudaranya. Ayra Amani tidak pernag bercerita tentang orang lain selain ahli keluarganya.

SHARIFAH Alisha masuk ke dalam kelas yang riuh rendah itu. Dia menggeleng kepala dengan pelajaranya. Kelasnya sahaja bersembang dari tangga boleh dengar keriuhan.Dia meletakkan handbag dan buku-buku di atas meja. Sebaik sahaja memberi salam dia terus melangkah ke tengah-tengah dan memandang pelajarnya.

"okay harini kamu semua akan dapat kawan lama korang balik. Cuba teka siapa?"tanya Sharifah Alisha kepada pelajarnya.

"siapa cikgu? saya tak ingat lah"kata Rizki.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now