BAB 74

4.4K 183 32
                                    

MEREKA berdua berpakaian sedondon di pagi raya. Mereka berdua memakai baju berwarna biru muda atas permintaan Ayra Amani. Syed Azrief hanya mengikut sahaja permintaan Ayra Amani itu memandangkan dia tidak kisah baju raya warna apa sekali pun. Ini kali pertama dia memakai sedondon dengan Ayra Amani. Selepas sahaja dia berusia 14 tahun dia sudah tidak memakai baju raya sedondon dengan keluarganya. Dia lebih suka memakai baju warna lain dari ahli keluarganya.

Syed Azrief melangkah masuk ke dalam bilik selepas sahaja selesai solat raya di masjid bersama Dato Syed Adham dan semua kaum lelaki yang pulang beraya ke kampung. Sungguh seronok apabila dapat berjumpa semula dengan sepupunya yang sudah lama tidak berjumpa.

Kejap mata Ayra Amani melihat ke arah telefon kejap mata Ayra Amani fokus melilit bawal ke atas kepala. Ini kali pertama dia mencuba memakai tudung bawal. Entah kenapa dia terasa mahu memakai tudung di hari raya lagi-lagi selepas dia melihat fyp di tiktoknya semua tentang cara memakai bawal ataupun shawl. Nasib baik dia sempat menyambar bawal yang pernah dibeli oleh Syed Azrief.

"pin elok-elok jangan pin kepala kau pula nanti tak pasal-pasal hari raya kita berkampung dekat hospital pula"usik Syed Azrief kepada Ayra Amani yang berada di hadapan cermin itu.

"jangan nak bagi aku marah boleh? Bukan nak tolong aku tapi mengata aku adalah"kata Ayra Amani geram. Dia tengah dalam mood baik boleh pula Syed Azrief berkata begitu mahu dia angin satu badan mendengar. Nasib baik dia ingat hari ini raya kalau tidak memang dah kenapa Syed Azrief dengan dia hari ini.

Syed Azrief melangkah mendengar Ayra Amani di hadapan cermin itu lalu tubuh Ayra Amani dipusing menghadapnya. Jarum yang dipegang oleh Ayra Amani diambil lalu dipin dengan berhati-hati ke arah tudung yang dipakai oleh Ayra Amani. Dia mengemaskan tudung Ayra Amani itu.

"dah siap"kata Syed Azrief lalu dia memusingkan tubuh Ayra Amani menghadap ke arah cermin semula. Dia berdiri dibelakang Ayra Amani.

Ayra Amani tidak percaya memandang ke arah cermin. Cantik juga kalau dia memakai tudung nak-nak pula harini style tudungnya disiapkan oleh Syed Azrief.

"tak sangka kau pun pandai style kan tudung"kata Ayra Amani tidak percaya. Tangannya naik membetulkan awning supaya naik terbentuk cantik.

"apa ingat aku ni tak tahu ke style apa yang perempuan bertudung selalu pakai"kata Syed Azrief lalu tangannya memeluk pinggang Ayra Amani dari belakang. Dagunya direhatkan di bahu Ayra Amani.

Muka Ayra Amani sudah merah. Pada mulanya dia terkejut kerana Syed Azrief tiba-tiba sahaja memeluknya. Lama-lama dia merasa sungguh selesa di dalam pelukan Syed Azrief. Dia mengalih tubuhnya menghadap Syed Azrief.

"kau cantik bila pakai tudung"kata Syed Azrief lembut. Tangannya naik mengusap kepala Ayra Amani yang dibaluti dengan tudung bawal yang dibeli olehnya.

"kau suka tak aku pakai tudung?"tanya Ayra Amani sambil mengangkat kening.

"suka sangat kau nampak lagi cantik bertudung dari tak bertudung. Kau nampak ayu"puji Syed Azrief dengan nada romantik.

"kalau aku nak pakai tudung lepas ni boleh? Kau kasi tak?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"ikut atas kau. Aku tak nak kau pakai tudung sebab aku tapi aku nak kau pakai tudung sebab tudung adalah wajib bagi setiap perempuan. Aku sebagai suami gembira sangat bila tengok isteri aku pakai tudung sejuk je hati aku"kata Syed Azrief lembut. Dahi Ayra Amani dicium lama.

Ayra Amani sudah berbunga-bunga mendengar. Sejujurnya dia selesa sangat apabila bertudung. Rasa tenang sangat. Rasanya sudah tiba masanya untuk dia memakai tudung dan menutup rambutnya.

"terima kasih sebab dah terima aku sebagai isteri kau walaupun kita berkahwin atas permintaan IbuBapa kita"kata Ayra Amani lalu tangan Syed Azrief dipegang. Cincin perkahwinan mereka di jari Syed Azrief diusap.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now