BAB 49

3.9K 221 43
                                    

"ramainya orang"kata Ayra Amani sebaik sahaja mereka turun daripada apartment mereka tinggal.

"habistu takkan kau nak pasar malam tu ada kau dengan aku je dah nama pun pasar malam memang ramai lah orang"kata Syed Azrief mendatar. Tanpa membuang masa dia terus pergi dan meninggalkan Ayra Amani disitu.

"jahatnya mulut! cuba lah cakap baik-baik dengan aku ni tak asyik nak perli aku je nasib baik lah aku ni berhati kental kalau orang lain hari hari boleh menangis"bebel Ayra Amani tidak puas hati. Dia melihat Syed Azrief sudah melangkah masuk ke dalam pasar malam.

"kau nak berdiri dekat situ sampai esok ke?"

"ish nak pergi lah ni"

Syed Azrief hanya menggeleng kepala. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket hoodie berwarna hitam. Memang sesuai sangat pakai hoodie kalau ke sini nak nak pada waktu malam begini lagi sesuai.

"Rief aku nak yang ni"kata Ayra Amani lalu dia menarik tangan Syed Azrief ke gerai yang ditunjuk olehnya.

Syed Azrief hanya pasrah dengan Ayra Amani. Nasib baik lah itu isterinya kalau tidak memang dah kena dah. Ayra Amani ini bukan boleh dibuat main maklum lah menantu kesayangan.

"ha nak apa lagi?"tanya Syed Azrief sambil menyimpan dompetnya dibelakang seluar jeans.

"nak yang tu pula, sedap ni kalau makan sejuk sejuk macam ni"kata Ayra Amani lalu dia terus ke gerai yang ingin dia tuju tanpa menanya Syed Azrief.

"menyesal aku tanya minah ni"

Hampir 20 minit mereka membeli makanan di pasar malam Brinchang Syed Azrief mengheret Ayra Amani pulang ke apartment mereka. Kalau ikutkan hati Ayra Amani semua benda dia nak beli padahal makanan yang mereka beli terlebih dari cukup untuk mereka berdua.

"aku tak puas lagi lah nak membeli"kata Ayra Amani sambil mencebikkan bibirnya. Mana taknya dia mahu membeli lagi tetapi Syed Azrief suka hati saja mengheretnya pulang.

"tak puas apa lagi ni banyak dah makan kau memang bela saka ke apa makan tak pernah nak cukup"

"makanan kat sini semua sedap-sedap tengok kat situ sedap tengok kat sana sedap semua sedap lah"

"betul orang cakap perempuan tak pernah cukup dengan satu"

"apasal pula? mana boleh samakan manusia dengan makanan!"

"boleh je orang tu ada depan mata aku"

"jahat! dah lah tepi aku nak makan lapar"kata Ayra Amani lalu dia menolak Syed Azrief ke tepi dan membuka plastik makanan yang dibeli oleh mereka.

"ha makan lah puas-puas tak habis ni semua aku lesing kau"

Ayra Amani hanya menjeling mata mendengar amaran daripada Syed Azrief. Dia boleh habiskan semua lah dia perempuan yang kuat makan kot tapi alhamdulilah berat naik tidak begitu banyak.

"esok kita nak kemana pula?"tanya Ayra Amani sambil mengunyah sate ayam.

"kita pergi Cameron Valley Tea"

Ayra Amani hanya mengangguk kepala. Sejujurnya dia sudah jatuh hati dengan suasana di Cameron Highland ini sungguh rasa sangat tenang dan boleh membuatkan dia lupa dengan masalah di Kuala Lumpur.

"Ayra"

"hm"

"sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan kau ni"

"benda apa cakap lah"

"tak nak lah"

"cakap jelah aku bukan makan kau pun"

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now