BAB 58

3.5K 175 15
                                    

SYED Azrief termangu di atas kerusi sambil menunggu Ayra Amani yang sedang di dalam untuk membuat pemeriksaan. Otaknya sekarang hanya fikir Ayra Amani sahaja. Dia takut kalau dia kehilangan Ayra Amani buat selama-lamanya kerana Ayra Amani adalah penawarnya dan juga jantung hatinya.

Sharifah Alisha yang menyedar adiknya hanya diam diri sebaik sahaja Ayra Amani masuk ke dalam. Dia menghulur t-shirt hitam kepada adiknya kerana lengan baju Syed Azrief penuh dengan darah sewaktu mendukung Ayra Amani.

"pergi tukar baju"arah Sharifah Alisha kepada adiknya yang masih diam diri.

Syed Azrief menyambut huluran baju t-shirt dari kakaknya. Dia memandang sahaja ke arah t-shirt itu. Ayra Amani lebih penting daripada benda lain.

"Azrief"tegur Puan Marina dan Encik Faruk yang baru sahaja tiba di hospital.

Mereka berdua terus tergesa-gesa ke hospital selepas mendapat panggilan daripada Sharifah Alisha. Walaupun mereka sibuk waktu itu tetapi mereka akan tetap datang lagi-lagi kalau berkenaan dengan Ayra Amani.

"mummy papa"terus Syed Azrief bangun dan menyalam tangan ibu bapa mertuanya.

"Ayra macam mana?"tanya Puan Marina risau.

"tak tahu dia masih dekat dalam"jawab Syed Azrief lemah.

"sabar lah semua akan baik-baik sahaja. Rief kena banyakkan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan"kata Encik Faruk lalu dia menepuk bahu menantunya untuk memberikan semangat.

Syed Azrief hanya senyum tawar. Bagaimana dia mahu terus hidup kalau apa-apa terjadi kepada Ayra Amani? Dia tak sanggup nak hadap semua ini. Teringat kembali memori terindah mereka semasa di Cameron Highland. Gelak tawa Ayra Amani yang membuatkan dia turut tersenyum.

"mama dengan abah masih ada dekat Switzerland?"tanya Puan Marina kepada Sharifah Alisha.

"ye aunty lagi 2 hari baru diorang balik"kata Sharifah Alisha kepada Puan Marina dengan nada lembut.

"siapa dekat sini keluarga Ayra Amani Bt Hisham?"kata jururawat yang baru keluar dari bilik itu.

Terus Syed Azrief berlari mendekati jururawat itu dan diikuti oleh mereka bertiga dari belakang.

"saya suami dia"kata Syed Azrief kepada jururawat itu.

Jururawat itu memandang ke arah Syed Azrief yang memakai baju sekolah atas bawah. Mungkin dia tidak percaya bahawa Syed Azrief adalah suami kepada Ayra Amani. Maklum lah mereka berkahwin muda mesti ramai yang tidak percaya.

"isteri Encik tak ada apa-apa cuma kami kena tahan dia ward sehari kalau kesihatan dia balik dalam masa sehari isteri Encik dah boleh balik"terang jururawat itu kepada mereka semua.

"alhamdulilah"jawab mereka semua serentak.

Syed Azrief menayang wajah lega selepas mendengar penjelasan daripada jururawat itu. Bibirnya kembali mengorak senyuman. "kau kuat sayang!"

"boleh tak kalau kitorang nak masuk berjumpa dengan pesakit?"tanya Puan Marina kepada jururawat itu.

"boleh tapi jangan ramai-ramai sangat pesakit baru je sedar. Kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu"

"Rief kamu masuk dulu tengok isteri kamu"kata Encik Faruk kepada Syed Azrief.

Syed Azrief hanya mengangguk dan meminta diri untuk masuk ke dalam ward yang ditempatkan Ayra Amani itu. Dia sudah tidak sabar mahu berjumpa dengan isterinya itu. Nak peluk nak cium.

"haih tak menyabar budak tu"kata Sharifah Alisha sambil menggeleng kepala dengan perangai tak semenggah adiknya di depan ibu bapa mertua.

"biar lah dia tu Scha orang dah dilamun cinta memang macam tu"kata Puan Marina sambil tersenyum. Seronok dia melihat hubungan anak dan menantunya semakin baik tidak seperti awal dulu-dulu sering bergaduh.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now