BAB 6

5.6K 202 6
                                    

BUKK

"HAHAHAHA padan muka"

Tergolek Syed Azrief yang sedang nyenyak tidur di sofa itu. Terkejut dengan tendangan mengejut dari tepi. Syed Azrief terjaga lalu menggosok pinggangnya yang terasa sakit. Apa benda ni tengah tidur pun kena tendang?

"eh kau ni dah melampau nak jadi isteri derhaka pula ke tendang suami pagi-pagi buta ni?"bebel Syed Azrief tidak puas hati.

Rasanya tadi dia tengah sedap bermimpi tahu-tahu kena tendang sehingga bergolek ke bawah. Sakit pinggang dan punggungnya sekarang ini. Sudah lah dia jatuh agak kuat tadi.

Ingatkan mengigau je rupanya sejenis tidur lasak. Semalam elok je dia tengok Ayra Amani tidur berselimut dan bantal di atas bantal bangun pagi ini selimut sudah jatuh ke bawah dan bantal-bantal pun turut jatuh bersama.

Dah lah tidur lasak lepastu ketawa dalam tidur siapa je tak seram? Kalau orang tak tahu mesti seram dan rasa takut semalam dia pun turut rasakan benda yang sama tapi selepas mendengar Ayra Amani mengigau dalam tidur dia sudah tidak takut.

Mereka sudah bangun selepas subuh tadi lepastu itu mereka bersama-sama menyambung tidur semula memandangkan tadi baru pukul 6:15 jadi tidur lah sekejap sebab semalam punya letih tak habis lagi walaupun tugas mereka hanya tersenyum dan melayan tetamu sahaja. Nasib baik lah majlis kecil-kecilan sahaja kalau besar ni lenguh bibir nak senyum dekat semua orang.

Syed Azrief bangun dari duduk dan memandang ke arah Ayra Amani yang masih nyenyak tidur itu. Tidur mati ke apa? Takkan tak sedar selepas tolak suami jatuh sofa? Baru semalam dia jadi suami kepada gadis itu dia sudah kena tendang. Tak pernah dibuat orang.

Melihat jam sudah menunjukkan pukul 8:30 pagi mata Syed Azrief. Dah 8:30 pagi? Cepatnya masa berjalan rasanya baru je dia menyambung tidur selepas subuh tahu-tahu dah pagi. Diluar pun sudah cerah benderang.

Yang gadis ini langsung tak ada ura-ura nak bangun. Memang tidur sampai tengah hari ke apa? Tahu lah tidur dekat rumah dia tapi sekarang dah bersuami atau gadis itu terlupa?

Tanpa membuang masa Syed Azrief masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri. Perutnya pun sudah berkeroncong meminta diisi kalau menunggu si gadis itu bangun tidak tahu lah pukul berapa. Letih macam kena dera sental pinggan dan periuk pula.

"tak bangun lagi budak berdua tu?"tanya Encik Rosli yang baru melabuhkan punggung di kerusi.

"belum lagi letih lah tu dioran kan raja sehari"kata Puan Maisarah kepada suaminya.

Encik Rosli hanya mengangguk kepala. Tangannya menuang air milo ke dalam cawannya lalu dihirup perlahan-lahan. Matanya melihat menu makanan hari ini. Macam nak menjual pula gayanya macam-macam ada. Biasalah orang excited dapat menantu.

"abang nak makan apa?"tanya Puan Maisarah kepada suaminya.

"nasi lemak jelah"

Faleeq dan Fareez turut ada disitu tapi mereka berdua lebih selesa mendiamkan diri maklum lah bangun nak makan je mungkin selepas ini mereka akan sambung tidur semula.

Syed Azrief menuruni anak tangga dari situ lagi dia sudah mendengar suara dari meja makan. Melihat semua sudah ada di meja makan Syed Azrief menjadi malu. Sepatutnya dia turun dengan gadis itu tapi gadis itu tidak sedar hingga sekarang. Nak buat macam mana dah lapar turun jelah.

"eh Azrief mari sini sarapan"kata Puan Maisarah kepada menantunya yang baru muncul itu.

Syed Azrief menayang senyuman manis sebelum melabuhkan punggung disebelah Faleeq. Agak janggal pula keadaan di meja makan.

"mana Ayra?"tanya Faleeq pula.

"tengah tidur lagi"

"lah kenapa tak kejut je dia tu? Ayra tu memang liat nak bangun pagi. Dia lupa agaknya dia tu dah bersuami sekarang"kata Puan Maisarah sambil menggeleng kepala.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now