BAB 19

4.6K 153 10
                                    

SAMPAI sahaja di rumah keluarga milik Syed Azrief lelaki itu memapah Ayra Amani untuk ke sofa ruang tamu. Kasihan pula melihat gadis itu menahan sakit seorang diri jadi sebagai suami idaman para gadis di luar sana dia memapah lah tubuh gadis kecil itu.

"Ayra duduk sini mama pergi ambil air lepastu terus makan ubat"kata Datin Suraya. Dia meletakkan handbagnya di atas sofa.

"eh tak apalah mama Ayra boleh je pergi ambil air sendiri, tak payah susah-susah"kata Ayra Amani lembut. Malu dia dengan keluarga Syed Azrief kerana mereka menjaganya dengan baik.

"kaki kamu tu sakit Ayra. Dah dah duduk je biar mama pergi ambil air"kata Datin Suraya lalu dia melangkah ke dapur.

"eleh tak padan dengan sakit ada hati nak buat sendiri"perli Syed Azrief yang duduk di sebelah Ayra Amani.

Ayra Amani hanya menjeling ke arah Syed Azrief. Mentang-mentang lah kaki dia sakit lelaki itu boleh pula memerlinya begitu, sakit hati betul!

"sini ubat kau tu"pinta Syed Azrief. Baru sahaja dia mahu merampas plastik ubat Ayra Amani, gadis itu lebih pantas menyorok plastik ubat itu jauh dari Syed Azrief.

"eh budak ni aku minta ubat tu bagi jelah tak payah nak main sorok-sorok dengan aku lah"kata Syed Azrief geram. Orang minta plastik ubat itu boleh pula gadis itu menyorokkan plastik ubat darinya. Apa lagi tak kena ni?

"nanti aku makan lah. Kau nak ubat aku buat apa? kau yang sakit ke aku yang sakit ni?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"memang lah aku tak sakit tapi aku nak tengok ubat kau jadi bagi lah dekat aku"kata Syed Azrief lalu mencapai plastik ubat di belakang Ayra Amani.

Membulat mata Ayra Amani apabila plastik ubat miliknya sudah berada di tangan Syed Azrief. Mamat ni memang lah dia simpan baik-baik dah ubat ni lelaki ni boleh pula nencuri, eh tak boleh jadi ni!

"ish bagi lah balik"kata Ayra Amani sedaya upaya merampas kembali beg plastik ubatnya.

"tak nak. Aku sendiri nak bagi kau ubat, mana lah tahu kalau tak ada orang kau buang ubat ni jadi biar aku je jaga ubat kau mulai sekarang sampai kau baik"kata Syed Azrief yang sedang memeriksa ubat Ayra Amani sebelum di ambil keluar.

"ish macam mana dia boleh tahu ni, aku tak bagitahu siapa-siapa pun yang aku takut makan ubat"kata Ayra Amani perlahan.

"nah air Ayra"hulur Datin Suraya yang baru melangkah ke ruang tamu.

"eh Rief pula ke yang sakit ni?"tanya Datin Suraya kepada anaknya yang sedang mengeluarkan ubat.

"tak lah. Rief nak bagi Ayra ubat lah"kata Syed Azrief lalu dia menghulurkan ubat tiga biji kepada Ayra Amani.

Air liur Ayra Amani bagai tersekat apabila melihat ubat tiga biji yang dihulurkan oleh Syed Azrief. Kenapa sampai tiga biji? banyak tu? mana mampu dia makan sebanyak tu, panadol yang di beri oleh Melissa pada pagi tadi pun dia suruh Melissa hancurkan ini nak suruh dia telan ubat tanpa hancurkan dulu? boleh mati dibuatnya!

"nah ambil lah kau tunggu apa? nak suruh ubat ni terbang masuk dalam mulut kau ke?"kata Syed Azrief kasar.

"Rief ni pun kalau nak bagi Ayra makan ubat pun, bagi lah elok-elok ni tidak nak bagi ubat macam nak berperang!"kata Datin Suraya sambil menggeleng kepala.

Ayra Amani hanya mengangguk setuju dengan kata-kata Datin Suraya. Betul tu nak bagi ubat pun macam nak ajak berperang bukan nak hulurkan baik-baik.

"dah Rief bagi dia baik-baik tapi dia yang buat tak tahu kan dah kena"kata Syed Azrief ingin membela dirinya.

"nah ambil lah ubat ni tunggu apa lagi? mama tunggu dia ni mama, Rief dah bagi dia yang tak nak"adu Syed Azrief kepada Datin Suraya.

Ayra Amani tersenyum tawar lalu dia mendekatkan dirinya dengan Syed Azrief sebelum dia membisikkan sesuatu di telinga lelaki itu.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now