BAB 66

3.7K 184 16
                                    

AYRA Amani mengeliat ke kiri dan ke kanan. Matanya masih pejam dan belum dibuka. Dia terasa sungguh selesa tidur dan nyenyak sungguh tidurnya. Dia mencelikkan matanya dan memandang sekeliling. Dia dimana sekarang? Macam mana dia boleh ada dalam bilik? Bukan ke semalam dia tidur di atas kereta terus Ayra Amani mencapai iPhonenya di atas meja lampu.

5.10 minit pagi dengan kelam kabut Ayra Amani terus melompat turun dari katil dan keluar dari bilik. Kenapa tiada siapa yang mengejutkannya untuk sahur. Syed Azrief ni memang sengaja nak cari pasal dengannya. Tahu lah mereka sedang berperang tapi tak payah lah buat dia begini.

Sampai ke tangga terakhir matanya memandang ke arah Syed Azrief yang sedang meminum air di meja makan. Dia memandang Syed Azrief kecil besar sahaja kerana tidak mengejutkannya sekali.

Dia mengabaikan Syed Azrief yang berada di meja makan dia terus melangkah masuk ke dapur dan menuang milo 3 in 1 ke dalam gelas dan menekan air coway pada button hot. Dia mengacau laju air milonya sehingga Syed Azrief yang berada di meja makan turut memandang ke arah Ayra Amani di dapur.

"ni ada roti aku beli kat rnr makan lah buat alas perut"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Roti sosej itu dihulurkan kepada Ayra Amani.

Ayra Amani dengan selambanya mencapai huluran roti sosej dari Syed Azrief itu. Jangan ingat dia dah tak marah tentang semalam dia masih ingat cuma dia tidak mahu lapar keesokan harinya dia jamah juga roti sosej itu.

Syed Azrief menyimpan senyuman apabila Ayra Amani mengambil roti sosej yang dihulurkan olehnya itu. Dia lah yang mengangkat Ayra Amani masuk ke dalam bilik. Mereka sampai ke KL pada pukul 3 pagi dan terus pulang ke rumah.

"nah basuhkan gelas aku sekali"kata Syed Azrief lalu dia terus bangun dari duduk dan ke ruang tamu.

Ayra Amani mengeluh berat. Gelasnya dan gelas Syed Azrief di ambil dan dibawa ke dapur untuk membasuh. Selesai sahaja membasuh dia melangkah ke tangga mahu naik ke bilik. Sementara mahu menunggu solat subuh.

"duduk sini kejap"kata Syed Azrief dan menepuk sofa disebelahnya.

"tak nak"kata Ayra Amani ringkas. Dia cuma mahu naik ke biliknya bukan duduk disebelah Syed Azrief.

"jangan nak melawan cakap aku boleh tak? Aku ni siapa?"kata Syed Azrief dengan nada agak marah. Sebal hatinya apabila Ayra Amani asyik mengingkarinya sahaja.

Dengan malas Ayra Amani terus mengambil tempat di sofa single sambil duduk bersila. Kalau tak ikut cakap dia tu nanti ada juga yang kena dengar ceramah oleh suami pada waktu subuh.

"cuba cakap dekat aku apa lagi tak kena? Buat itu tak kena buat ini tak kena. Aku ikut je cakap kau, kau nak balik KL aku bawa kau balik tapi kau tak boleh ke sekali je dengar cakap aku? Aku ni siapa Ayra? Aku ni kawan kau ke?"luah Syed Azrief sekian lama dia pendam dari terluah. Akhirnya terluah juga.

"sepatutnya aku yang tanya kau. Kau tak jujur dengan aku Azrief kau tipu aku selama ni"jawab Ayra Amani garang.

"aku tipu kau apa cuba cakap"kata Syed Azrief ingin tahu.

"kau tipu aku hidup-hidup Azrief. Aku nak cakap ni
pun aku dah geli nak termuntah"kata Ayra Amani mendatar. Telefon di tangan di buka ke gallery bersedia untuk menunjukkan gambar yang dihantar oleh Mia Adriana kalau Syed Azrief tidak mahu mengaku salah.

"cakap lah aku tipu kau apa? Apa susah sangat kau nak cakap? Aku ada bunuh orang ke?"kata Syed Azrief mendatar. Dia boleh hilang sabar apabila berhadapan dengan Ayra Amani dengan sifat degilnya Ayra Amani itu.

"benda ni lebih kejam dari membunuh"kata Ayra Amani lalu dia meletakkan telefonnya di atas meja sebelum di ambil oleh Syed Azrief.

Serta merta wajah Syed Azrief yang tegang itu berubah kendur. Dia seperti tergamam dengan apa yang dilihat. Ayra Amani hanya tersenyum sinis melihat. Kenapa terkejut ke yang dia dah tahu pasal ini?

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now