BAB 21

4.5K 160 9
                                    

SAMPAI sahaja Ayra Amani di hadapan pintu sekolah dia diserbu oleh Melissa dan Rania.

"weh kaki kau dah okay ke yang kau datang sekolah ni?"tanya Melissa kepada Ayra Amani.

"haah kaki aku dah okay dah lagipun aku jatuh sikit je bukan aku jatuh sampai kaki aku tak ada sebelah"kata Ayra Amani sambil ketawa.

Melissa dan Rania menggeleng kepala dengan perangai Ayra Amani. Orang tanya dia betul-betul dia boleh pula buat lawak macam mana mereka berdua tidak geram dengan Ayra Amani.

Ayra Amani hanya tersenyum. Dia malas mahu duduk di rumah kerana tersangat lah bosan sampai dia tidak tahu nak buat apa, nak kemas rumah pun dia dihalang, dia nak tolong memasak pun dia kena halau keluar dari dapur habis itu apa benda yang dia boleh buat di rumah? baik dia datang sekolah tak adalah hidupnya terlampau bosan sangat.

Sempat juga lah pagi tadi dia bertekak dengan Syed Azrief selama 2 minit. Elok dia siap berpakaian sekolah Syed Azrief menegurnya.

"nak pergi sekolah ke?"tegur Syed Azrief yang baru turun dari tingkat atas kepada Ayra Amani yang sedang membetulkan tudung di cermin ruang tamu.

"yelah aku pakai baju sekolah kan kau ingat aku nak pergi mana? berkebun?"perli Ayra Amani sambil menjeling ke arah Syed Azrief.

Syed Azrief menahan geram dengan perangai Ayra Amani yang suka memerli itu, nak sahaja dia menutup mulut gadis itu biar tidak boleh bercakap langsung, kalau bercakap tak bagi sakit hati orang memang tidak sah!

"tak payah pergi sekolah"kata Syed Azrief mendatar. Tangannya sibuk memasang stoking di kaki.

Membulat mata Ayra Amani apabila Syed Azrief berkata begitu. Tak payah pergi sekolah? helo dia sudah siap pakai uniform sekolah kot senang-senang lelaki itu sahaja tidak bagi dia pergi sekolah.

"aku dah siap dah Azrief kau jangan buat pasal"kata Ayra Amani lalu dia mengambil tempat di kerusi sebelah Syed Azrief.

"asal? doktor kasi kau cuti 3 hari kan? harini tak payah lah pergi sekolah lagi esok pergi lah tak ada siapa nak halang kau pun"kata Syed Azrief tanpa mempedulikan Ayra Amani yang sedang memandang ke arahnya.

"ala tapi aku dah bosan lah duduk rumah ni aku nak juga pergi sekolah! kaki aku ni pun dah baik dah, dah boleh lari dah pun kau nak tengok?"kata Ayra Amani untuk menyakinkan Syed Azrief.

Syed Azrief ketawa sinis apabila mendengar Ayra Amani berkata begitu. Kaki macam tu dah kata dah baik? jalan pun terhegeh-hegeh macam orang cacat.

"kau nak lari? belum sempat kau lari kau jatuh dulu. Dah tak payah cakap banyak duduk je rumah rehat!"kata Syed Azrief lalu dia terus bangun dan bergerak ke rak kasut.

Ayra Amani juga turut bangun dan mengikut langkah Syed Azrief. Dah orang cakap nak pergi sekolah nak pergi lah kenapa degil sangat lelaki ini? Tak puas hati sungguh.

"boleh lah. Duduk rumah pun aku bukan buat apa asyik makan, rehat, layan netflix baik aku pergi sekolah. Ha lagipun aku dah banyak hari tak pergi sekolah mesti banyak pelajaran yang aku dah tertinggal kan. Boleh lah aku pergi sekolah kan?"tanya Ayra Amani dengan nada lembut. Matanya terkelip-kelip beberapa kali ke arah Syed Azrief sambil memimik muka kesian.

Tidak sampai hati pula Syed Azrief tengok Ayra Amani. Bukan dia tidak bagi Ayra Amani ke sekolah tetapi kaki gadis itu masih sakit kalau kakaknya nampak Ayra Amani pergi sekolah habis lah dia nanti kena marah dengan Datin Suraya, tak cukup membebel tangan sekali naik mencubit tubuh badannya.

"nak pergi sekolah? ha silakan pergi jalan kaki!"kata Syed Azrief kejam lalu dia terus melangkah naik ke atas motosikalnya tanpa mempedulikan Ayra Amani.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now