BAB 11

4.9K 157 3
                                    

HARI ini sudah masuk hari ke 3 mereka berada di Penang kampung halaman Ayra Amani. Selama 3 hari macam-macam mereka lakukan. Sesungguhnya tinggal di kampung juga menyeronokkan bagi orang bandar macam dia. Siapa kata duduk kampung line tak elok? Tipu semua tu. Line pun laju sahaja tanpa gangguan. Kata Ayra Amani rumah toknya dekat dengan bencawang yang berada di bendang.

Selama 3 hari mereka hanya menghabiskan waktu di rumah sahaja. Setiap pagi Syed Azrief menawarkan diri untuk keluar mencari sarapan pagi. Apabila waktu petang dia juga menawarkan diri untuk menyapu halaman rumah yang penuh dengan daun-daun itu. Entah mengapa rasa seronok. Kalau dekat KL semua benda ada orang yang buatkan dekat sini semua buat sendiri.

Paling seronok mandi dekat telaga. Memang seronok walaupun agak menyeramkan sampai Ayra Amani demam kena usik hari itu. Boleh katakan hari-hari mereka penuh dengan aktiviti. Dia yang berat mulut ini pun dapat menyesuaikan diri di kampung. Dapat berkenalan dengan orang kampung. Sungguh ramah. Berbeza dengan dirinya di KL. Dia pun rasa seronok sahaja.

Hari ini mereka memutuskan untuk keluar ke belah pulau pula. Rugi lah dah ada dekat Penang tapi tak pergi belah pulau. Cadangnya waktu petang nanti mereka mahu singgah ke Batu Ferringhi. Sekarang ini mereka mahu ke Gurney Plaza dahulu.

"betul ni tok dengan anyah takmau ikut kami?"tanya Ayra Amani kepada mereka berdua.

"hampa dua pi lah dating bila lagi nak balik sini"kata tok sambil senyum.

"kalau tok dengan anyah nak ikut jom lah baru seronok sikit"kata Syed Azrief pula. Dia tiada masalah kalau tok dan Puan Aisya mahu ikut.

"toksah lah kami dua ni dah tua-tua tak larat nak jalan macam hampa orang muda. Hampa dua pi lah"kata Puan Aisya pula.

Kalau mereka ikut itu bukan dating namanya. Bila lagi dua budak muda itu mahu meluangkan masa bersama. Mereka ini bila-bila masa pun boleh pergi.

"kalau dah kata lagutu tak apalah kami pi dulu"

Tangan tok dan Puan Aisyah disalam lalu diikuti oleh Syed Azrief. Pagi tadi mereka membawa tok ke klinik. Puas jugalah dipaksa wanita tua itu. Bertegas tidak mahu pergi. Masuk sahaja bilik doktor memang kena membebel katanya kaki dah bengkak teruk baru nak datang klinik. Nak buat macam mana tuan badan tu degil orangnya.

"pi leklok"kata Puan Aisya yang menghantar mereka hingga ke kereta.

Mereka berdua masuk ke dalam perut kereta. Sesungguhnya dia lebih suka duduk di rumah dari keluar rumah. Dia ni nama sahaja orang Penang. Nak ke sebelah pulau pun jarang pergi.

Dulu sewaktu tingkatan 3 dia pernah ke Penang menaiki bas rombongan sekolah. Mereka harus menaiki feri untuk ke sebelah pulau sekarang ini mana ada dah feri. Selepas itu dia pernah mengikuti hiking ke Bukit Bendera tapi sekerat jalan jelah lepas itu dia ambil tiket naik kereta kabel ke atas. Tok dan Puan Aisya memang tak harap dia pergi tapi dia yang memaksa mereka untuk setuju katanya kalau tak pergi sekarang bila lagi.

Syed Azrief memandu kereta dengan tenang. Sempat matanya mengerling ke arah gadis disebelahnya. Entah apa yang di fikirnya. Tiba-tiba sahaja senyum seorang diri.

Malas mahu membuka suara masing-masing hanya diam. Hanya radio yang menjadi teman. Biarlah tak tahu nak cakap tentang apa jadi lebih baik diam.

Ayra Amani memerhati Syed Azrief yang sedang memandu itu. Tahu ke jalan sini mamat ni? Jangan nanti tanya dia pula memang dia tak tahu lah. Dia memang orang Penang tapi tak semua tempat di Penang di pergi. Hanya tempat tertentu sahaja seperti disebut diatas.

SAMPAI sahaja di Gurney Plaza. Syed Azrief melangkah dahulu meninggalkan Ayra Amani dibelakang. Langsung tidak menunggu Ayra Amani dibelakang. Berjalan dalam mall pun perlu laju-laju ke? Tak sempat mata ni nak pandang kiri kanan asyik ikut langkah dia je.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now