BAB 46

3.8K 161 9
                                    

AYRA Amani memandang Syed Azrief geram. Balik sahaja sekolah lelaki itu cepat-cepat menyuruh dia bersiap kerana mereka berdua sudah terlambat. Kata Syed Azrief paksunya mengajak mereka ke KLCC sebelum mereka pulang. Yang paling dia sakit hati apabila Syed Azrief boleh berlakon tak tahu apa padahal dia sudah tahu mana dia tak sakit hati. Kalau tak dia dah berjoli dengan Melissa dan Rania tadi.

"tengok kan aku dah kalut lupa habis nak pakai jam lah nak pakai lipmatte"bebel Ayra Amani di dalam kereta. Syed Azrief hanya pekakkan telinga dengan bebelan Ayra Amani. Nak buat macam mana dah dia lupa nak beritahu Ayra Amani pagi tadi.

"kejap mana phone aku?"tanya Ayra Amani lalu dia menyelongkar habis handbagnya dengan tidak puas hati langsung dia membuang semua barang di dalam begnya.

"kejap jangan cakap aku tinggal dekat atas mesin basuh"

Syed Azrief yang fokus membawa kereta pandang sekejap ke arah Ayra Amani. Entah mengapa harini Ayra Amani hari gelabah sedunia.

"macam mana kau boleh tinggal phone pula?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"tadi masa aku nak basuh baju aku terletak atas mesin basuh ni semua salah kau tahu tak! Kalau kau tak kalut-kalut tadi aku tak tinggal semua barang tau"kata Ayra Amani sambil mencebikkan bibirnya. Rasa mahu menangis kerana tertinggal benda yang penting seperti handphone kalau tinggal benda lain dia boleh terima lagi.

"aik aku pula salah? Bukan aku kata ke yang balik kejap lagi lah basuh baju nak kalut pergi mana esok bukan nak kena pakai baju sekolah pun kecoh je"

"ha bagus lah nanti bertimbun nak pakai tak ada baju lepastu aku juga kan yang kena marah! Kalau lah Mak Mah ada..."

"dah tak payah nak harapkan Mak Mah sangat kau tu pun kena belajar buat kerja rumah jangan semua kerja rumah kau bagi dekat Mak Mah 100%. Kalau macam tu baik aku kahwin je dengan Mak Mah hantaran mahal pun tak apa"

Ayra Amani mengaru kepalanya yang tidak gatal. Ha mula lah perangai suka membebel tu. Bukan dia serahkan semua kerja rumah dekat Mak Mah dia rajin apa selalu vakum rumah selalu basuh baju selalu juga makan sampai tertidur bukan dia goyang kaki sahaja di rumah. Lagi satu Mak Mah suka menghalangnya membuat kerja rumah kata Mak Mah dia harus belajar sahaja hal rumah biar Mak Mah yang buat itu kata Mak Mah lah bukan kata dia.

"ye tahu kau buat kerja rumah semua aku tahu tapi kau tak pandai masak! Berapa kali kau masak semua tak menjadi tahu tak nak cakap depan-depan kesian pula"kata Syed Azrief selamba. Ampun harini dia terpaksa mengaku semua tanpa rasa serba salah kerana dia tidak sanggup lagi makan makanan tak menjadi Ayra Amani itu boleh rosak perut.

Mendengar Syed Azrief mengutuk masakkan cepat-cepat dia mencebikkan bibirnya.

"sampai hati! Kalau tak sedap pun jangan lah cakap apa-apa diam lah jaga lah perasaan aku ni"kata Ayra Amani perlahan. Dia tidak boleh terima Syed Azrief mengkritik masakannya kalau orang lain dia boleh terima lagi.

Syed Azrief ketawa kuat apabila suara Ayra Amani seperti kedengaran merajuk apabila dia jujur begitu. Mulut ni pun satu kenapa lah jujur sangat kan tak pasal-pasal perempuan hati tisu ni dah terasa.

"buruk muka kau tu Ayra dah jangan nak buat perangai bongok kau dekat sini. Lepasni kalau Mak Mah tak ada aku takkan bagi kau masak dah kalau lapar order je dekat foodpanda ke grabfood ke jangan pandai-pandai nak masak sendiri"pesan Syed Azrief kepada Ayra Amani. Bukan dia tidak tahu yang sekarang Ayra Amani tengah cuba belajar masak tapi itulah masakan tidak pernah sedap nak buat macam mana.

"memang aku takkan masak dah! Kalau aku masak dan masakan aku sedap sekali pun aku takkan bagi kau makan ha masa tu baru kau tahu"kata Ayra Amani sambil menjongket kening bangga.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now