BAB 43

4K 173 7
                                    

SAMPAI sahaja dihadapan banglo 2 tingkat itu. Ayra Amani mula tidak senang duduk apabila melihat banyak kereta disekeliling banglo keluarga Syed Azrief. Dia terus memandang Syed Azrief yang mahu keluar dari perut kereta.

Baru sahaja mahu turun dia pandang ke kerusi sebelahnya. Pintu kereta ditutup semula dan mengangkat kening ke arah Ayra Amani. Sudah lah gadis itu terpaksa memakai pelitup muka kerana tidak mahu orang lain perasan dengan mukanya.

"turun lah kau tunggu apa? Nak aku dukung ke baru nak turun?"tanya Syed Azrief mendatar.

"ish aku malu lah mesti ramai kan dekat dalam tu"kata Ayra Amani perlahan.

"nak malu apanya? Semua tu adik beradik abah aku je bukan jemput orang luar ke apa"

"masalahnya aku tak pernah jumpa diorang lagi kan aku segan lah"

"buang lah sikap malu tu Ayra aku tak nak nanti diorang mengata menantu mama dengan abah ni sombong. Kau tak payah nak cakap apa-apa masuk je rumah salam dengan diorang pastu mengekor je aku pergi mana"

"tak ada kerja aku nak mengekor kau macam lembu"

"ha tahu pun dah keluar lah tunggu apa lagi"

Terus Ayra Amani keluar dari perut kereta dan diikuti oleh Syed Azrief juga. Dia menjeling ke arah Syed Azrief yang berjalan menuju masuk ke dalam rumah.

"woi cepat lah jalan kau nak suruh aku tunggu berapa lama?"tanya Syed Azrief mendatar.

Cepat-cepat Ayra Amani berjalan mendekati Syed Azrief. Sikit-sikit nak marah tak boleh ke sehari dia tak kena marah dengan lelaki bernama Syed Azrief? Lelaki itu asyik nak marah dia je tak kira dimana mereka berada. Sakit hati.

"paksu"tegur Syed Azrief lalu dia menyalam tangan bapa saudaranya yang sedang menghisap rokok di luar. Ayra Amani masih berdiri tegak dibelakang Syed Azrief. Dia memandang ke arah kanan terdapat seorang budak perempuan sedang bermain dengan kucing yang berwarna kelabu.

"paksu kenalkan ni isteri Rief Ayra"kata Syed Azrief kepada bapa saudaranya. Bapa saudaranya yang ini tidak hadir sewaktu dia berkahwin haritu kerana bapa saudaranya ke luar negara atas urusan kerja.

"oh ni lah isteri kamu. Paksu minta maaf maaf tak dapat nak datang hari kahwin kamu. Paksu kena pergi Singapura haritu"

"eh tak ada apalah paksu. Ni kenapa paksu tak masuk ni?"

"tu paksu tunggu budak Aireen main kucing kakak kamu tu"kata bapa saudaranya sambil menunduk ke arah budak perempuan yang sedang mengusap bulu kucing kelabu itu.

"tu Aireen ke paksu Ya Allah lama Rief tak jumpa dia dah besar dah dia sekarang"kata Syed Azrief tidak percaya. Dulu dia berjumpa dengan sepupunya itu sewaktu dia berumur 15 tahun dan Aireen baru sahaja lahir.

"yelah dah 2 tahun kan kamu tak jumpa Aireen. Aireen sini kejap"panggil bapa saudaranya kepada anaknya. Terkedek-kedek budak perempuan itu datang ke arah bapanya.

Terus bapa saudaranya mendukung anak perempuannya. Budak itu sungguh comel dengan pipi yang tembam dan pipi putih kemerahan. Sempat Ayra Amani mengusap lembut pipi budak itu geram dengan pipi yang tembam rasa nak cubit je.

"Aireen ni abang Rief ni pula kak Ayra cakap hai dekat diorang"kata bapa saudaranya kepada anaknya.

Terus Aireen menyembamkan mukanya ke dada bapanya. Dia melihatan malu-malu memandang ke arah mereka berdua. Ayra Amani hanya tersenyum manakala Syed Azrief mendepakan tangannya untuk mendukung sepupunya.

"sini abang Rief dukung"kata Syed Azrief kepada sepupunya itu.

"nak"kata budak itu lalu dia mendepakan tangannya kepada abang sepupunya itu. Bapa saudaranya hanya tersenyum apabila anaknya mahu didukung oleh anak saudaranya.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now