BAB 31

4.7K 171 10
                                    

AYRA Amani menunggu kepulangan Syed Azrief dengan jantung berdebar dari dia dengar bunyi gelas jatuh dekat ruang tamu lagi dia sudah tidak senang duduk. Nak pergi tengok takut sudah lah rumah ini besar. Mak Mah pula tiada nak harap dia pergi tengok baik dia buat-buat tidur sampai tertidur sendiri.

Dia mengerling jam di dinding. Hampir 20 minit yang lalu dia menghantar mesej kepada Syed Azrief. Katanya sudah mahu pulang tapi hampir 20 berlalu batang hidung Syed Azrief langsung tak nampak. Tak tahu ke yang dia ni seorang yang penakut.

"ish mana diani. Aku ni dah macam cacing kepanasan dah ni. Diani saja je kan nak bagi aku menggigil sorang-sorang"bebel Ayra Amani sambil berjalan ke sana ke sini.

Bukkk...

Pintu biliknya ditolak dengan kuat. Dia yang sedang berjalan ke sana ke sini turun terkejut sehingga dia terduduk lalu dia menarik tirai untuk menyorok.

"woi kau dah kenapa? Nak main sorok-sorok pula ke?"tanya Syed Azrief pelik sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Ayra Amani.

Mendengar suara Syed Azrief membuatkan Ayra Amani lega serta merta. Mati-mati dia ingat dia akan nampak makhluk yang sepatutnya dia nampak. Perlahan-lahan dia menyelak tirai dan bangun dari duduk.

"apahal muka aku macam hantu ke?"tanya Syed Azrief sambil menjongket kening.

Cepat-cepat Ayra Amani menggeleng kepala. Mana ada hantu kacak macam Syed Azrief. Dalam cerita hantu adalah hantu kacak tapi kalau realiti muka hantu memang hodoh!

"haih aku tahu lah aku ni handsome sampai hantu pun boleh kalah dengan aku"kata Syed Azrief sambil ketawa.

Ayra Amani menjeling ke arah Syed Azrief. Suka sangat tahu apa yang dia kata dalam hati. Apa masalah Syed Azrief sekarang ini? Dia ada masalah jiwa ke sampai orang puji atau mengutuk dia, dia boleh dengar. Dia pun tak faham.

"kau ada masalah ke kalau aku sakit jiwa ke sakit hati ke? Takda kan ikut suka aku lah"kata Syed Azrief mendatar. Dalam diam mengutuknya. Dia baru mahu berlagak jadi hero tetapi Ayra Amani memotong niatnya.

"ish yelah. Ada tak gelas pecah ke apa dekat bawah?"tanya Ayra Amani ingin tahu.

Syed Azrief hanya menggeleng kepala. Padahal memang ada gelas pecah di ruang tamu. Kalau dia bagitahu Ayra Amani mahu gadis itu tak berani mahu turun ke bawah. Sudah lah gadis itu penakut.

"habistu yang pecah tu benda apa? Rumah ni mana ada kucing ke apa sampai nak pecahkan barang"kata Ayra Amani pelik.

"kau perasan je kot. Itu lah kau banyak sangat layan goblin cerita hantu kejap ada kejap tak ada kan dah melekat dalam kepala otak kau tu. Dengar bunyi jatuh je hantu"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala.

"yeke? hehe aku mana tahu. Eh mana kau tahu aku tengok cerita goblin ni?"tanya Ayra Amani sambil mencekak pinggang.

"memang netflix kau bayar pun"perli Syed Azrief lalu dia merebahkan badannya di atas katil Ayra Amani.

Ayra Amani tersengih. Memang bayaran Netflix Syed Azrief yang bayar. Dah orang bayar dia tolong lah tengok. Rugi kalau bayar tak tengok baik dia tengok. Sudah lah macam-macam cerita dalam tu rugi tak tengok nanti.

"eh kau tahu tak esok Mak Melissa nak kahwin dengan Ayah Hariz?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief.

Terus Syed Azrief bangun dari baring. Dia duduk bersila di atas katil dan memandang ke arah Ayra Amani yang hanya memakai singlet putih bersama seluar tidur panjang.

Melihat mata Syed Azrief meneliti badannya dari atas hingga bawah terus Ayra Amani menyilang tangannya ke dada. Mata Syed Azrief gatal! Pantang nampak sesuatu pasti pandang menyeramkan.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now