BAB 68

4K 201 45
                                    

AYRA Amani tersenyum apabila aiskrim kegemarannya iaitu cookies and cream dari Baskin Robbins sudah di pangkuannya. Dia mencolek aiskrim itu dengan nikmatnya. Nikmat yang terlampau. Bukan senang nak dapat makan aiskrim macam ini. Bukan murah dia terpaksa keluarkan duit demi aiskrim yang mahal ini.

Dia terus menyuap aiskrim itu ke dalam mulut tanpa perasan bahawa Syed Azrief dibelakangnya hanya mengikut. Syed Azrief memasukkan tangan ke dalam poket. Nikmat sungguh isterinya makan aiskrim sampai tak perasan dia ada di belakang.

"sedapnya makan"tegur Syed Azrief ditepi telinga Ayra Amani.

"oh mak kau"latah Ayra Amani apabila ada suara ditepi telinganya. Dia menolak tubuh Syed Azrief yang dekat dengannya. Cis tak guna betul ada patut cakap tepi telinga dia memang dia terkejut beruk lah.

Syed Azrief hanya tersenyum melihat. Dia mengelap kesan aiskrim yang berada di hidung Ayra Amani. Terlalu nikmat makan sampai tak perasan comot sana sini. Kalau perempuan jumpa dengan makan begini lah tak tolak sana sini dah comot ke tak belakang kira janji diorang dapat apa yang diorang nak lagi-lagi makanan.

"jom balik"ajak Syed Azrief mendatar. Lengan Ayra Amani ditarik sehingga Ayra Amani menjerit terkejut.

"ish apa ni malu lah orang tengok"marah Ayra Amani sambil menampar tangan Syed Azrief yang memegang lengannya itu.

"kau yang menjerit bukan aku"kata Syed Azrief selamba. Dia nak malu buat apa bukan dia yang buat salah. Dia tarik isterinya sendiri bukan orang lain.

Ayra Amani menjeling ke arah Syed Azrief dengan wajah tidak puas hati. Tak boleh ke kalau Syed Azrief bagi dia ruang untuk bersendirian tanpa gangguan? Ini tak, tak sampai 2 jam dia keluar Syed Azrief sudah muncul dihadapannya.

"lepas lah nak makan pun tak senang"marah Ayra Amani. Dia kembali menyambung suap aiskrim ke dalam mulut. Nikmat aiskrim yang sedap itu sudah hilang akibat gara-gara Syed Azrief.

"makan dalam kereta. Aku ada benda sikit nak bincang dengan kau"kata Syed Azrief mendatar. Dia pedulikan mata-mata yang memandang ke arah mereka lalu dia terus menarik tangan Ayra Amani untuk mengikutnya dan Ayra Amani hanya menurut.  Suara dah lain dia mula rasa seram.

Sampai sahaja di tempat parking Syed Azrief membuka pintu untuk Ayra Amani disebelah penumpang. Ayra Amani hanya menurut dan masuk ke dalam. Terasa diri macam Raja pula dilayan begini. Syed Azrief menghidupkan enjin kereta, aircond beserta radio. Ayra Amani hanya menyambung suap aiskrim ke dalam mulut tanpa mempedulikan Syed Azrief disebelahnya.

"kau sengaja nak buat aku marah ke apa?"tanya Syed Azrief mendatar.

"bila masa aku buat kau marah"kata Ayra Amani separa tidak mengaku atas semua kesalahannya. Dia faham je apa yang dimaksudkan oleh Syed Azrief tetapi sengaja buat-buat tidak faham.

"kau nak aku list ke semua kesalahan kau ni? kau tu dah kahwin buat lah cara dah berkahwin. Keluar ikut suka tak minta izin suami ingat bagus lah? Kalau jadi apa-apa masa kau keluar macam mana aku nak jawab dengan keluarga kau? Kau pernah fikir tak semua tu? Orang mesti ingat aku ni suami tak guna biarkan je isteri dia pergi kemana-mana pun"marah Syed Azrief dengan nada sudah naik turun.

Baru sahaja dia menyabarkan hati tidak mahu memarahi Ayra Amani tetapi melihat kepolosan Ayra Amani dia menjadi marah. Ayra Amani sengaja buat-buat tidak faham apa yang dia katakan.

Ayra Amani hanya diam. Dia memandang aiskrimnya yang sudah cair itu. Dia mahu suap semula aiskrim itu tapi takut dengan Syed Azrief lagi-lagi Syed Azrief dalam mood tidak baik.

"jangan jadi budak-budak boleh tak Ayra. Bergaduh sikit kau lari dari masalah. Kau tak nak berbincang. Lepastu hiraukan aku macam aku ni tak wujud dekat kedai makan tadi. Kau langsung tak jaga air muka aku sebagai seorang suami"kata Syed Azrief dengan nada sedikit mengendur.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now