BAB 76

4.8K 173 32
                                    

"MEMANDANGKAN semua dah berkumpul dekat sini. Faleeq ada nak cakap sesuatu"kata Faleeq kepada mereka semua.

Syed Azrief dan Ayra Amani berpandangan sebelum mereka memandang ke arah Faleeq pula yang berdiri di hadapan sudah seperti melihat pengetua sekolah membuat pengumuman pula rasanya tapi ini versi Faleeq.

"apa yang Leeq nak habaq ni?"tanya Tok pula. Dia duduk di atas kerusi kerana dia tidak larat mahu bangun kalau duduk bersila di bawah.

"sebenarnya ni lebih kurang minta restu lah"sambung Faleeq lagi.

"kalau nak cakap apa sebenarnya ni bang? Cakap jelah jangan buat suspens boleh tak?"kata Fareez geram. Nak cakap itu bagi lah habis ini tidak sekerat-sekerat. Menyirap darahnya dengan Faleeq.

Dato Syed Adham, Datin Suraya dan Sharifah Alisha turut masih di rumah tok memandangkan mereka baru sahaja selesai makan. Selepas ini mereka bertiga akan pulang ke Hotel yang sudah ditempah oleh Syed Azrief.

Faleeq tersenyum mendengar. Macam mana nak bagitahu kalau dia sendiri pun gementar. Lagi-lagi melihat muka semua yang tidak sabar untuk mendengar apa yang dia mahu katakan pada malam ini.

"sebenarnya Leeq nak kahwin!"kata Faleeq laju.

Semua mendengar itu terkedu lagi-lagi Puan Marina. Anaknya yang berusia 27 tahun itu mahu berkahwin? Dia macam tidak percaya tambahan pula anaknya itu tiada langsung teman wanita di London mahupun di Malaysia. Tiba-tiba bagitahu mahu kahwin mahu mereka tidak terkejut.

"alhamdulilah syukur dengan siapa Leeq? Nanti hang bawa lah mai calon hang tu kat rumah boleh lah Tok kenai-kenai dengan dia"kata Tok dengan nada gembira. Akhirnya cucu sulungnya akan menamatkan zaman bujangnya pada usia 27 tahun.

"dia ada dekat sini je Tok"kata Faleeq perlahan.

Kini semua mata beralih ke arah Sharifah Alisha yang terpinga-pinga disebelah Datin Suraya. Datin Suraya memandang anaknya dengan wajah tidak percaya. Adakah Sharifah Alisha yang dimaksudkan oleh Faleeq?

"kamu biar betul Leeq? Hal ni tak boleh dibuat main"kata Encik Faruk pula.

"betul abah calon yang Leeq kata tu pun dia ada dekat sini dan orang itu adalah Sharifah Alisha"kata Faleeq lembut.

"Scha bila kamu berdua bercinta kenapa mama tak tahu pun"tanya Datin Suraya kepada anak sulungnya itu. Terkejut tak boleh bawa bincang apabila orang itu adalah anaknya sendiri.

"dekat 3 bulan dah mama"kata Sharifah Alisha perlahan.

Dato Syed Adham pula tersenyum. Baru dia teringat yang dulu Sharifah Alisha yang pakai ikut suka tetapi sekarang bila anaknya mahu keluar anaknya akan pakai pakaian yang sopan tidak seperti dulu. Kalau dulu semua baju sungguh seksi tidak kena langsung dengan status sebagai seorang cikgu tetapi sekarang alhamdulilah.

"sekarang ni saya nak minta izin Dato dan Datin. Saya ingin memperisterikan Sharifah Alisha ini sebagai isteri saya"kata Faleeq dengan penuh berkarisma.

Ayra Amani menutup mulutnya. Sungguh tidak sangka Faleeq akan seberani ini. Dia fikir Faleeq dan Sharifah Alisha mahu berkawan sahaja tetapi tidak sangka Faleeq akan membawa hubungan ini menjadi sebagai suami isteri.

Syed Azrief ditepi Ayra Amani hanya tersenyum. Syukur lah kakaknya akan mempunyai seorang lelaki yang dapat melindungi kakaknya. Risau juga kalau kakaknya sudah umur meningkat tetapi tiada teman lelaki.

"panggil kami abah dan mama. Abah dan mama senang hati untuk menerima kamu sebagai menantu dan suami kepada anak kami"kata Dato Syed Adham yakin. Apa lagi yang dia mahu persoalkan. Melihat Faleeq pun dia sudah tahu. Dia tahu Faleeq dapat menjaga anaknya dengan baik. Lagipun Faleeq adalah sepupu kepada Ayra Amani jadi tiada rasa ragu-ragu untuk menerima.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now