BAB 57

3.9K 174 18
                                    

BARU sahaja Ayra Amani mahu melangkah masuk ke dalam kelas tangannya ditarik oleh seseorang sehingga tubuhnya terdorong ke belakang dan mengikut tarikan orang itu. Rupanya orang itu adalah Mia Adriana sepupunya itu.

"apa ni lepas lah!"kata Ayra Amani lalu dia menepis tangan yang memegang tangannya itu.

"kau ni memang perempuan tak tahu malu kan Ayra semua lelaki kau nak"kata Mia Adriana lalu dia menolak Ayra Amani sebingga Ayra Amani ke belakang.

"apa masalah kau ni Mia tak ada angin ribut tetiba nak serang aku pagi buta ni"kata Ayra Amani dengan nada tidak puas hati. Siapa je tak marah kalau baru datang sekolah kena serang sedangkan dia tidak tahu apa-apa pun.

"sebab kau salah lah aku serang aku! Eh kau ni memang perempuan sundal lah semua lelaki kau nak kan, kau tahu kan yang Azrief tu boyfriend aku tapi apasal kau gedik sangat dekat dengan dia?"kata Mia Adriana dengan dadanya sudah naik turun menahan amarah.

"dia boyfriend kau? Kau buat lawak ke Mia? Kau tu cuma ex-girlfriend dia je bukan girlfriend dia dan aku tak rasa aku rampas dia dari siapa-siapa. Memang sebelum ni dia bercinta dengan Amelyn tapi diorang dah putus jadi Azrief bukan hak siapa-siapa"

"ex ke apa sekarang ni aku dah tak peduli. Kau tu gedik datang KL tu buat apa? Duduk jelah kampung bela ayam itik ini tak gedik nak datang KL dah datang KL menyusah keluarga mak jang perabis duit orang"

"kau bukan siapa-siapa yang perlu aku bagitahu kenapa aku datang sini. Memang aku menyusahkan keluarga mak jang dulu tapi itu dulu sekarang ni aku tak menyusahkan diorang lagi. Aku dah ada kehidupan aku sendiri jadi kau jangan buat andaian kau sendiri"

"kehidupan apa yang kau maksud kan sekarang? Kau dah berkahwin tu maksud kau kehidupan kau sendiri?"kata Mia Adriana kepada Ayra Amani. Matanya menikam anak mata Ayra Amani seperti mahu membunuh gaya Mia Adriana memandang Ayra Amani.

"kau tak perlu tahu semua tu Mia kau tak ada hak!"kata Ayra Amani. Baru sahaja dia mahu berlalu tubuhnya ditolak ke dinding sehingga tubuhnya terasa sedikit sengal.

"kau ni dah kenapa gila sangat ke? Tak tahu sekarang ni dekat mana? Sini sekolah kalau kau rasa nak bergaduh baik kau pergi balik, aku tak nak gaduh dengan kau pagi buta ni merosakkan mood aku je"kata Ayra Amani lalu dia terus beredar daripada situ. Sakit badan dapat sakit hati pun dia dapat pagi-pagi buta ini.

Lagi seronok kalau Syed Azrief juga turut dengar perkara ini. Tapi Allah dah rancang dengan baik sekali. Syed Azrief tidak mahu ke kelas terus dia mahu lepak di belakang makmal sambil hisap rokok sebelum masuk ke dalam kelas.

"sanggup dia nak bergaduh dengan aku sebab Rief je? Tulah perempuan sanggup bergaduh demi seorang lelaki. Nasib baik aku tak cakap yang aku dah berkahwin kalau tak kecoh lagi sekolah ni harini"kata Ayra Amani seorang diri sambil berjalan menuju ke kelas.

"membebel apa tu sorang-sorang?"tegur Syed Azrief disebelah Ayra Amani.

Ayra Amani tersentak lalu dia memegang dadanya yang berdebar itu. Suka sangat menjergah dia begitu. Nasib baik lah dia tak ada penyakit sakit jantung kalau tak memang harini juga Syed Azrief menjadi duda berhias.

"terkejut aku kau ni. Bukan ke kau kata nak lepak dulu dekat belakang makmal? Baru pukul 7:15"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Kakinya melangkah menuju ke kelas mereka.

"saja nak berdating dengan isteri sendiri harini"kata Syed Azrief lalu tangannya naik memeluk bahu Ayra Amani.

"ish nanti orang nampak lah"kata Ayra Amani sambil menepis tangan Syed Azrief yang naik di bahunya. Sengaja nak orang buat cerita tentang mereka Syed Azrief ini.

"mana ada orang sampai lagi kita berdua je rajin harini sampai awal"kata Syed Azrief mendatar. Dia melihat sekeliling. Baru ada beberapa orang yang baru sampai ke sekolah. Selagi tak pukul 7:30 takkan sampai semua orang ke sekolah.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now