BAB 15

4.8K 160 16
                                    

PULANG sahaja dari sekolah bersama Ayra Amani terus keluar dari perut kereta. Sungguh dia rasa nak marah nak mengamuk. Manakan tidak lelaki itu sengaja mahu mengenanya. Hari ini pulang sekolah pukul 1:15 tapi lelaki itu mengambilnya di bustop pukul 2:30. Patutlah habis sahaja sekolah tiga sekawan itu cepat-cepat keluar kelas.

Dengan alasan mereka menyinggah kedai kereta. Nak tambah aksesori apa tak tahu. Alasan tak boleh pakai! Macam tak ada hari lain. Kalau ye pun bagitahu lah dia dulu ini tak terus keluar tak bagitahu apa langsung kepadanya. Nyaris tadi dia nak menumpang Melissa tapi lelaki itu datang. Nasib tak kantoi dengan siapa-siapa.

Masuk sahaja dalam kereta tadi dia melancar perang mogok. Langsung tak berkata. Lelaki itu pun kan mulut ada emas memang diam dan dua-dua diam tanpa bersuara. Sudah lah panas terik duduk pula bawah bustop memang membahang lah. Mood baiknya terus melayang dibawa pergi.

"woi"panggil Syed Azrief yang baru keluar kereta.

"apadia?"balas Ayra Amani malas.

"ni kau tak nak?"

Plastik berlogo 4 fingers diangkat tinggi. Dia lambat pun sebab pergi beli makan ini. Bukan pergi kedai kereta pun itu semua alasan sahaja. Mall dengan sekolah mereka pun dekat sahaja sebab itulah dia melencong ke sana sekejap. Sampai sahaja bustop muka gadis itu sudah lain. Marah lah tu sebab sampai lambat.

"nak"kata Ayra Amani meleret.

Macam tahu-tahu je dia tengah lapar. Tapi macam mana lelaki itu tahu? Rasanya tadi dia bercakap dengan Rania dan Melissa sahaja soal makanan itu.

"bayar lah ingat free ke? Duit minyak lagi"

"kedekut! Kalau lagutu baik toksah bagi"

Syed Azrief ketawa kecil. Lah merajuk pula. Macam budak-budak je perangai tu.

"ambil lah pergi masuk makan"

Beg plastik bertukar tangan. Ayra Amani tersenyum gembira. Dapat makan 4 fingers! Lapar betul perutnya ini.

"hang nak pi mana?"tanya Ayra Amani apabila enjin kereta masih lagi hidup.

"keluar"balas Syed Azrief sepatah.

"satgi mama tanya aku nak jawab apa? Masuk lah dulu bagi nampak muka lepastu nak keluar ka pi lah"

Buatnya ibu mertuanya menanyakan kemana anaknya pergi apa dia nak jawab? Dia pun tak tahu lelaki itu nak kemana.

Syed Azrief memutar mata ke atas. Enjin kereta ditutup. Lepas mandi lah dia keluar semula. Betul juga nanti mesti Datin Suraya akan menyoal kemana dia? Mana boleh bagitahu dia nak kemana. Kena lah rahsia.

"haa dah balik pun budak berdua ni"sapa Datin Suraya yang baru keluar dari dapur.

Ayra Amani dan Syed Azrief menyalami tangan Datin Suraya.

"hari ni ada extra class ke? Lambat balik"

Mendengar soalan itu Ayra Amani memberi jelingan tajam ke arah lelaki itu. Kalau nak tahu kenapa mereka balik lewat tanya lah anak lelaki dia tu. Buat sakit hati je walaupun sudah disogok dengan 4 fingers.

"tak adalah saja balik lewat sikit. Mama masak apa lapar lah"kata Syed Azrief lalu melangkah ke meja.

"pergi lah tengok sendiri. Dah letak beg kita makan dulu"

Mereka berdua meletakkan beg sekolah di atas lantai sebelum berlalu ke meja makan. Lapar betul ni. Bau pun dah sedap rugi tak makan ni. Ayra Amani berlalu ke dapur untuk mencuci tangan. Syed Azrief terus melabuhkan punggung di atas kerusi. Tak menyabar betul dia ni.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now