BAB 62

3.9K 150 17
                                    

"SAHUR nanti jangan ada yang mengeliat takmau bangun nah"pesan Tok kepada cucunya yang masih menonton televisyen.

"baik tok kalau kami tak bangun Tok simbah air insha Allah kami bangun"jawab Fareez sambil mengunyah keropok.

"Tok simbah Reez jelah dah dia yang nak sangat"kata Faleeq sambil tersenyum.

"apahal pula bajet macam kau akan terjaga sahur nanti"kata Fareez tidak puas hati.

Sahur sebelum ini memang Ayra Amani, Faleeq dan Fareez tidak akan bangun. Walaupun sudah dipanggil oleh Puan Marina mereka tidak mahu sahur malah mereka mahu tidur. Sebelum tidur memang sudah menjadi tabiat mereka untuk makan selepas itu tidur sampai ke pagi tetapi di kampung jangan harap dapat buat perangai macamtu kalau tak nak kena simbah dengan air baik jangan buat kalau nak dipersilakan buat.

"sudah-sudah jangan dok gaduh pi tidur lani dah pukui 12 dah"kata Tok lalu dia mencapai remote televisyen diatas riba Fareez dan menutup.

"alah Tok ni awai lagi lah nak tidur pun"kata Fareez sambil mencebikkan bibirnya. Dia merampas kembali keropoknya yang diambil oleh Rayyan iaitu adik Mia Adriana.

"awai apanya orang kampung ni tidur awai dok Kolumpo tu boleh lah buat lena dua tiga pagi dok kampung hampa kena ikut lah cara orang kampung"kata Tok tegas. Dia sangat mementingkan waktu tidur. Dulu sewaktu Ayra Amani tinggal di kampung memang dia tidur awal pukul 10 malam dia sudah menarik selimut dan bersedia untuk tidur.

"dah-dah jom pi tidur. Tok pun masuk lah tidur"kata Ayra Amani lembut. Tangan Syed Azrief disiku dan menyuruh Syed Azrief mengikutnya. Syed Azrief hanya menurut lalu dia bangun.

"goodnight Tok muah sikit"kata Fareez lalu dia mencium pipi Tok berkali-kali.

Faleeq hanya menggeleng kepala dengan Fareez. Fareez memang begini. Orang lain akan nampak Fareez matang tapi dengan keluarga memang Fareez paling budak-budak.

Malam ini mereka tidur ramai-ramai di ruang tamu. Toto dan bantal sudah siap dibentangkan. Ayra Amani mengambil tempat disebelah Puan Marina manakala Syed Azrief ditepi Ayra Amani, Fareez ditepi Syed Azrief dan Faleeq dihujung. Manakala keluarga Puan Marya tidur dihujung serambi.

"mama banyak nyamuk lah"adu Rayyan sambil mengosok lengannya yang digigit oleh nyamuk itu.

Ayra Amani memandang ke arah Rayyan yang sedang mengosok lengannya itu. Ubat nyamuk elektrik dipandang lalu dia bangun dan memasang ubat nyamuk elektrik.

"Rief kalau kau tahu tak bilik air belakang rumah tu bahaya sikit aku pesan awal-awal dekat kau supaya kau tak terkejut bila terjumpa dengan Cik Po atau Cik Ponti"kata Fareez sebelum tidur.

Syed Azrief mengerut kening. Dulu pun Ayra Amani ada menceritakan tentang ini tapi bila dia tanya Tok dan Mak Long mereka hanya ketawa. Dia tahu bahawa Ayra Amani sengaja menakutkan dia.

"bulan puasa pun takkan ada hantu? Mengarut lah kau"kata Syed Azrief tidak percaya.

Lagi lah dia tidak percaya dengan cerita Fareez itu. Malam ni semua hantu sudah dikurung kerana esok bulan puasa. Cerita Fareez ini langsung tidak boleh pakai. Sengaja mahu menakutkan dia mentang-mentang lah dia budak bandar tak pernah masuk kampung. Sama je dengan perangai Ayra Amani suka menakutkan dia.

"Rief tak payah dengar cerita mengarut si Fareez tu sengaja nak takut-takutkan orang. Dah-dah tidur semua esok liat pula nak bangun sahur"kata Puan Marina kepada mereka. Ayra Amani hanya tersenyum mendengar. Fareez pun ada hati mahu kenakan Syed Azrief dengan cerita hantu tak masuk akal betul lagi-lagi esok bulan puasa.

"kalau nampak hantu jangan menjerit hantu suka dekat orang menjerit tengok dia"usik Fareez lagi sambil ketawa.

Syed Azrief sudah seram sejuk mendengar. Tidak tahu sama ada mahu percaya cerita mengarut Fareez itu atau tidak. Faleeq dihujung hanya menggeleng kepala kepada Syed Azrief tanda Fareez sedang menipunya.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now