BAB 2

6.9K 229 4
                                    

MEREKA bertiga berjalan beriringan menuju ke bustop dihadapan sekolah sambil menunggu ibu bapa masing-masing datang mengambil. Ramai pelajar sudah beransur pulang hanya tinggal beberapa orang lagi yang masih menunggu di luar.

"Ayra kitorang balik dulu ye"kata Melissa kepada Ayra Amani sebaik sahaja mereka tiba di bustop

"bye jumpa esok tau"Ayra Amani melambai tangan kepada Melissa dan Rania.

Melissa dan Rania terus masuk ke dalam sebuah kereta berwarna putih itu. Katanya Melissa dan Rania selalu pulang bersama memandangkan rumah mereka berdekatan.

Sementara mahu menunggu kedatangan seseorang yang akan mengambilnya Ayra Amani melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk batu itu.

Hampir 10 minit menanti Ayra Amani mula berasa bosan tambahan pula dengan panas membahang itu. Dia mengambil keputusan untuk bangun pula. Dia memandang ke arah jalan. Diorang terlupa dia ke macam mana ni?

Baru sahaja tangannya mahu menilik jam dipergelangan tangan datang sebuah motorsikal dihadapannya dan motorsikal itu melanggar lopak besar dihadapan bustop sehingga terkena akan dirinya yang sedang berdiri itu.

Plash...

"weh baju aku!"

Ayra Amani memandang ke arah baju sekolahnya yang putih itu sudah bertukar menjadi coklat. Mana tidaknya tadi tengah hari hujan bukan main lebat memang air dalam lopak itu semakin banyak lah dan sekarang air lopak itu kena bajunya gara-gara...

3 motorsikal berhenti dihadapannya. Ayra Amani sudah dapat agak siapa gerangan manusia yang baik itu. Lelaki yang melanggar lopak itu membuka topi keledar lalu memandangnya dengan senyuman sinis.

"lah terkena kau ke rupanya aku fikir minah selekeh mana dekat sini tadi"

"hang ni memang saja cari pasal kan?!"marah Ayra Amani dengan nafas sudah naik turun.

"siapa suruh kau masuk campur hal aku tadi kan dah dapat balasan"

"benda kecil ja kan hang yang dok buat masalah tu jadi besar kenapa? Hang ni memang lah!"

"baik kau balik mandi bersih-bersih sebab bau kau pun dah macam air dalam lopak ni dah"kata Syed Azrief lalu memakai semula topi keledar.

Ameer dan Hariz tersenyum melihat. Itulah siapa suruh cari pasal dengan ketua bala kena dah dapat bala sekarang ini. Siapa yang cari pasal dengan Syed Azrief memang ini makannya. Dia akan membuli orang itu sehingga dia rasa puas. Macam sekarang dia masih tidak puas lagi.

"mandi bersih-bersih tau!"kata Syed Azrief lalu memecut motorsikalnya laju meninggalkan Ayra Amani disitu.

2 motorsikal itu turut mengikut dari belakang. Ayra Amani melihat bajunya yang berwarna coklat itu. Sudah lah ini baju baru! Hari pertama sekolah baru dah sekotor ini mesti orang fikir dia macam budak-budak suka kotorkan baju.

Pon...pon

Ayra Amani terus menuju ke arah Audi berwarna putih itu. Mulutnya sudah muncung seperti itik. Dia rasa dia tersangatlah busuk sekarang ini. Ikutkan hati nak je dia balik berjalan kaki tapi dia tidak mahir lagi dengan jalan disini.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now