BAB 32

4.5K 175 9
                                    

AMEER menyiku lengan Syed Azrief yang sibuk bermain dengan handphonenya. Syed Azrief menjongket kening kepada Ameer apabila Ameer tiba-tiba sahaja menyiku lengannya.

"apa dia kau ni?"tanya Syed Azrief yang masih bermain dengan handphonenya.

"cuba kau tengok depan"bisik Ameer kepada Syed Azrief.

Syed Azrief mengikut. Mengangkat sahaja mukanya terpampang lah muka Ayra Amani dihadapannya. Gadis itu sungguh ayu apabila duduk begitu. Walaupun Ayra Amani tidak mengenakan alat solek terlalu tebal wajah itu kelihatan sungguh berseri.

"eh gatal betul adik Riz ni duduk atas peha bini aku"kata Syed Azrief geram.

Ameer disebelah ketawa mengekek mendengar. Cemburu rupanya Syed Azrief ni apabila melihat ada lelaki lain rapat dengan isterinya walaupun lelaki itu masih budak-budak.

"ayat macam cemburu je tu bang. Kata tak cinta isteri sendiri"perli Ameer sambil ketawa.

"eh aku tak cakap pun aku cemburu. Kau jangan nak pandai-pandai eh Meer aku tampar juga kot"kata Syed Azrief kepada Ameer.

"yelah tu bang. Eh mana si tenuk sorang tu? Dari tadi dia tak nampak rupa sampai adik dia menangis cari dia"kata Ameer sambil melilau mencari bayang Hariz.

"kau cuba telefon dia Meer. Otak dia tu bukan betul sangat biol tu. Bapak dia nak kahwin yang dia lari tu buat apa"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala.

"okay kejap"kata Ameer lalu dia bangun untuk membuat panggilan kepada Hariz.

Baru sahaja dia mahu menelefon Hariz tiba-tiba matanya terlihat ke arah kolam. Entah mengapa hatinya merasakan Hariz ada dikolam. Kakinya melangkah ke arah kolam ditepi rumah itu.

"haa buat apa kamu sorok-sorok dekat belakang ni?"sergah Ameer.

Hariz yang sedang merenung ke arah kolam itu terkejut mendengar sergahan dari sahabatnya itu terus dia menarik rambut Ameer lalu menampar-nampar sahabatnya itu.

"nakrom betul kau Meer. Nasib baik aku tak lompat masuk kolam"kata Hariz geram. Jantung bergetar laju. Bukan sebab terjumpa seseorang yang dia suka tetapi kerana terkejut dengan sergahan Ameer.

"woi sakit lah rambut aku. Dah lah 2 jam aku duk depan cermin nak buat rambut kau senang-senang je nak tarik rambut aku macam kain buruk"kata Ameer sambil memuncungkan bibirnya.

"lain kali sergah lah aku lagi tau. Kalau aku tak tarik rambut kau aku terajang kau masuk kolam terus"kata Hariz dengan dengusan kuat.

"hehe sorry lah. Asal kau tak masuk? Tahu tak adik kau cari kau sampai menangis nasib dia nampak kitorang"kata Ameer kepada Hariz.

"eh yeke? Mana dia sekarang?"tanya Hariz kalut. Terlupa dia dengan adiknya yang seorang itu.

"dia ada dekat dalam dengan Ayra. Member kau cemburu tadi adik kau mengatal dengan bini dia siap duduk atas peha Ayra lagi"cerita Ameer sambil ketawa.

Hariz hanya tersenyum. Sebelum ini mana pernah adiknya rapat dengan orang yang baru kenal. Kakak dan abangnya sendiri pun adiknya tak berapa nak rapat ini kan pula orang luar.

"dah jom lah masuk sampai bila kau duduk termenung kat sini sampai kau jumpa duyung?"perli Ameer.

"ish nak masuk lah"kata Hariz lalu dia bangun sambil menjeling ke arah Ameer.

Masuk sahaja ke dalam rumah tangan Hariz ditarik oleh abangnya Hafiz. Dengan tidak rela dia melangkah ke arah pelamin. Sempat dia melihat wajah muram Melissa disebelah ibunya. Tiba-tiba mata Melissa juga memandang ke arahnya terus dia mengalih pandangan ke arah lain. Kantoi tengok adik tiri sendiri.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now