BAB 80

1.3K 39 3
                                    

RIUH rendah keadaan di masjid kerana sebentar lagi Faleeq dan Sharifah Alisha akan melangsungkan perkahwinan di masjid Putrajaya. Hampir 8 bulan mereka bertunang dan akhirnya mereka bakal diijab kabulkan sebentar tadi.

Ayra Amani pula mengusap perutnya yang sudah membulat itu. Dia tidak boleh berdiri atau berjalan banyak nanti mula lah sakit kaki, sakit pinggang. Sampai sahaja di masjid awal-awal lagi Syed Azrief mencari kerusi buatnya untuk duduk di luar kerana tidak boleh masuk ke dalam masjid lagi.

Tamat sahaja persekolahan mereka mengambil keputusan untuk sambung belajar di MSU University di Shah Alam. Mereka berdua menyambung pengajian di sana selepas mendapat keputusan SPM. Alhamdulilah keputusan SPM mereka bagus dan sungguh memuaskan. Ayra Amani memperolehi 4A dan Syed Azrief memperolehi 5A.

Ayra Amani mengambil bidang Fashion Design manakala Syed Azrief pula bidang Aircraft Maintenance Technology. Pengajian mereka berdua ditanggung sepenuhnya oleh Dato Syed Adham kerana gembira mereka berdua berjaya mencapai keputusan yang sangat bagus.

Pejam celik masa untuk bersalin juga turut tiba. Perutnya yang membulat itu sudah masuk ke bulan yang ke sembilan. Jantina anak mereka pun sudah tahu cuma hanya mereka berdua sahaja lah yang tahu ahli keluarga yang lain belum tahu kerana mahu buat kejutan. Bila-bila masa dia akan bersalin. Harap-harap dia bersalin nanti sahaja kerana dia mahu melihat hari bahagia abang dan kakak iparnya.

"jom masuk"ajak Syed Azrief lalu dia membantu Ayra Amani untuk bangun. Kesian pula dia melihat Ayra Amani itu. Sudah lah perut besar nak bangun pun susah.

"Ayra nak duduk atas kerusi? Kalau nak mummy suruh Abang Reez ambilkan kerusi untuk Ayra"tanya Puan Marina kepada Ayra Amani. Perut Ayra Amani makin hari makin besar untuk duduk dan bangun itu agak susah sedikit.

"tak payah lah mummy Ayra nak duduk bersila je"kata Ayra Amani lembut. Malu pula dia kalau dia seorang sahaja duduk di atas kerusi kerana yang lain semua duduk bersila di bawah.

"yelah kalau kamu cakap macam tu. Kalau rasa lenguh duduk bersila cakap dengan mummy nanti mummy ambilkan kerusi"kata Puan Marina kepada Ayra Amani.

Ayra Amani hanya mengangguk sambil senyum. Perlahan-lahan dia duduk bersimpuh. Agak sukar untuk dia duduk bersila begini tetapi tidak mengapalah hanya untuk sebentar sahaja. Kalau duduk lama-lama ni sah kakinya mula kebas.

Mata Ayra Amani tertatap ke arah Syed Azrief yang kacak berbaju Melayu berwarna biru tua itu. Sejak-sejak habis sekolah Syed Azrief terus menukar warna rambut menjadi brown with highlight. Ayra Amani pula sudah memakai tudung sepenuhnya.

Syed Azrief mengalih belakang matanya dan mata Ayra Amani bertentangan sebelum Syed Azrief mengelip mata buat Ayra Amani yang memandangnya itu. Ayra Amani tersipu malu apabila Syed Azrief mengelip mata untuknya. Bella Qashrina disebelahnya menyiku lengannya. Bukan dia tidak nampak pasangan bercinta itu sedang mengelip mata. Cemburu dia melihat. Fareez pula tekun mendengar segala ceramah yang diberi oleh tok kadi itu. Langsung tidak sweet menyakitkan hati adalah.

Tiba-tiba perut Ayra Amani berasa keras. Ayra Amani cuba membetulkan kedudukannya. Dia harus bertahan kerana mereka berdua belum diijab kabulkan lagi dia mahu melihat mereka berdua itu sah baru lah dia akan memberitahu Syed Azrief atau Puan Marina.

Dari pagi lagi Syed Azrief sudah berpesan kepadanya kalau rasa perut mengeras ke Ayra Amani kena cepat-cepat bagitahu dia. Pesanan itu dia sudah lali Ayra Amani mendengar kerana hampir setiap hari Syed Azrief memesan benda yang sama.

"sah?"tanya Tok Kadi itu.

"sah"jawab semua. Langsung mereka mengucap syukur.

Alhamdulilah Faleeq dan Sharifah Alisha kini sah menjadi suami isteri. Sharifah Alisha menyapu air mata yang membasahi pipinya itu. Dia menangis kerana terharu. Akhirnya dia sah menjadi isteri kepada Faleeq Hakimi. Hampir berbulan mereka tidak dibenarkan berjumpa. Apa-apa urusan dia hanya lakukan bersama Puan Marina sahaja. Katanya kalau asyik berjumpa tidak elok nanti tak berseri.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now