BAB 70

4.6K 227 51
                                    

SEBENARNYA kerja khusus Syed Azrief telah hilang daripada radar. Setiap pelosok mereka mencari. Otak Syed Azrief juga tidak membantu memikir dimana dia letak kerja khususnya itu. Kata Syed Azrief kali terakhir dia melihat folio kerja khususnya itu di meja belajar biliknya bila mereka masuk ke dalam bilik tiada mereka jumpa.

Ayra Amani merendahkan badannya untuk melihat bawah katil mana lah tahu kalau-kalau Syed Azrief meletak di bawah katil. Dia meraba-raba sehingga dia terpegang sesuatu. Pantas sahaja tangannya mengheret keluar.

Membulat mata Ayra Amani melihat benda yang dipegang sekarang sebelum dia melempar ke tepi dan menayang wajah jijik.

"eee pengotor lah dia ni ada ke patut lempar boxer bawah katil nasib tak berkulat!"kata Ayra Amani yang memandang boxer Calvin Klein milik Syed Azrief.

"apa yang bising-bising ni?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"kau lah. Ada patut letak boxer bawah katil"kata Ayra Amani sambil menunjuk ke arah boxer Syed Azrief yang dilempar ke tepi.

Dengan pantas Syed Azrief mencapai dan membuang boxer itu ke dalam bakul pakaian kotornya. Malu mukanya apabila Ayra Amani menjumpai boxer miliknya di bawah katil. Dia pun tidak perasan bagaimana boxernya boleh ada di bawah katil.

"siapa suruh kau tengok"kata Syed Azrief selamba. Dia menuju ke laci pula dan menyelak setiap helaian kertas di dalam laci. Tangannya terhenti apabila memegang sijil perkahwinan mereka. Dia hanya tersenyum melihat.

"apa yang kau senyum tu dah jumpa ke?"tanya Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"belum"jawab Syed Azrief dan dia meletakkan kembali sijil perkahwinan mereka di dalam laci. Memang sijil perkahwinan mereka Syed Azrief yang menyimpan. Ayra Amani tidak pernah tahu dimana adanya sijil perkahwinan mereka itu.

"ish mana lah kau letak. Satu rumah dah kita cari tak ada juga. Entah-entah kau dah buang tak? Sekarang folio kerja khusus kau ada dalam tong sampai MBSP?"bebel Ayra Amani sambil menunduk kepalanya.

Syed Azrief berdiri dibelakang Ayra Amani yang tekun mencari folio kerja khususnya. Dia tersenyum melihat Ayra Amani. Tangannya naik memeluk pinggang Ayra Amani dari belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu Ayra Amani.

Terus terhenti pencarian Ayra Amani itu sebaik sahaja dia merasa ada tangan melingkar dipinggangnya dan ada deruan nafas dilehernya membuatkan dia berasa geli.

"kau ni memang gatal kan? Lepas lah"kata Ayra Amani. Dia cuba merungkaikan tangan Syed Azrief dipinggangnya itu.

"biar lah gatal dengan bini aku juga bukan dengan perempuan lain"kata Syed Azrief selamba.

"ish cukup lah ni bulan puasa kot banyakkan mengaji. Aku rasa kau lah syaitan yang terlepas"kata Ayra Amani dan menolak tubuh Syed Azrief jauh darinya.

Syed Azrief ketawa apabila Ayra Amani berkata begitu.

"kalau nak bunuh syaitan yang terlepas tu senang je. Kena cium dekat sini"kata Syed Azrief dan tangannya naik menunjukkan ke bibirnya.

"tangan aku memang dah lama mengidam nak tampar bibir kau. Gatal tak bertempat haritu dekat sekolah. Bulan puasa pun nak mengatal! Banyakkan buat amal ibadat bukan buat dosa"kata Ayra Amani mendatar.

"garang sangat lah kau ni. Kita nak berbuka mana?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"mana lagi pergi bazar lah kejap lagi"kata Ayra Amani selamba. Dia sudah susun plan cantik punya. 30 hari berpuasa dia hanya mahu membeli makanan di bazar ramadhan sahaja. Nak suruh dia masak macam tak berbuka mereka berdua nanti.

"ingat nak memasak"kata Syed Azrief perlahan. Tahu sangat yang Ayra Amani itu tidak pandai masak tapi dia mengharapkan dapat makan dari masakan Ayra Amani tapi itulah makan dalam mimpi saja kot.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now