BAB 77

5.9K 239 36
                                    

TINGGAL lagi tiga bulan sahaja lagi sebelum mereka akan menduduki SPM. Debaran kian terasa tambah-tambah Ayra Amani. Dia lah manusia yang paling rajin sekarang. Pulang sahaja dari sekolah dia terus mandi dan makan selesai sahaja dia langsung mengulang kaji dan menyiap kerja khusus yang belum siap itu.

"Ayra petang ni aku ada game bola tau dekat sekolah"kata Syed Azrief sebaik sahaja mereka tiba di rumah.

Ayra Amani yang mahu menekan password di pintu terhenti. Dia sudah mencekak pinggang. Dia sudah melarang Syed Azrief untuk bermain bola, futsal dan sebagainya kerana SPM makin hampir tetapi Syed Azrief masih dengan sifat endah tak endah. Dia main juga biar pun dia harus mendengar bebelan Ayra Amani itu.

"kan aku cakap petang ni kita kena siapkan kerja khusus seni. Kau belum siap lagi lukisan alatan melukis. Tak ada kau jangan keluar kau kena siapkan juga minggu depan dah nak kena hantar tahu tak"bebel Ayra Amani. Sungguh dia tidak bersetuju untuk Syed Azrief pergi berhibur bermain bola tak ada faedah. Baik siapkan kerja khusus di rumah lagi bagus.

"aku kan kapten bola kalau aku tak pergi hancur lah team aku nanti. Kejap je pukul 7 aku balik lah. Boleh lah"kata Syed Azrief dengan dengan nada meminta izin.

"pergi lah tak payah nak buat muka macam nak makan penumbuk aku tapi bersyarat! Balik nanti siapkan lukisan kau tu jangan nak mengelat makin kau tangguh makin banyak kerja kau"kata Ayra Amani lagi lalu dia terus menekan password di pintu dan pintu dibuka selepas dia meletakkan password.

"baik lah isteriku"kata Syed Azrief meleret. Sudah menjadi perkara utama untuk keluar haruslah memberitahu isterinya dahulu.

Bukan bermakna Ayra Amani mengongkong perbuatan dia tidak tetapi Ayra Amani mahu dia fokus dengan pelajaran tambahan pula mereka akan menghadapi SPM tidak lama lagi memang dia kena membebel lah dengan Ayra Amani.

"ni nak makan apa ni?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"alamak lupa lah nak ajak kau beli makanan. Sekarang ni kita nak makan apa?"kata Ayra Amani sambil menepuk dahi.

Harini mereka pulang lewat pada pukul 4:15. Mereka terus pulang ke rumah tanpa mengingat bahawa mereka tiada makanan di rumah. Selalunya lepas pulang dari sekolah mereka akan membeli makanan di luar dan makan terus di luar.

"bahan masak ada tak? Kalau ada kau masak jelah spagethi cabonara tersedap kau tu"kata Syed Azrief memberi cadangan.

"kau nak ke? Kalau kau nak aku boleh je buat nanti jangan salahkan aku pula makan kenyang-kenyang nak kejar bola tak larat"kata Ayra Amani pula.

"ala aku telan spagethi je pun bukan aku telan dua pinggan nasi"kata Syed Azrief lalu dia terus berlalu ke ruang tamu. Dia mahu berehat sebentar sebelum naik ke atas untuk mandi.

Ayra Amani terus berlalu ke dapur untuk menyiapkan bahan masakan. Selepas sahaja dia masak sewaktu sahur haritu Syed Azrief terus memuji masakannya walaupun dia cuma guna kuah cabonara dari tin sahaja tetapi cara Syed Azrief memuji seperti dia yang masak sendiri mana tidak kembang semangkuk.

SIAP sahaja memasak Ayra Amani terus berlalu sambil membawa semangkuk kuah spagethi cabonara ke meja makan. Melihat Syed Azrief yang tekun menonton netflix itu dia hanya menggeleng kepala melihat. Bukan balik sekolah nak pergi ulang kaji pelajaran malah dia boleh menonton netflix.

"jom makanan dah siap"laung Ayra Amani dari meja makan.

Terus Syed Azrief melompat turun dari sofa dan berlari ke meja makan. Harum semerbak kuah spagethi cabonara yang dimasak oleh Ayra Amani itu sehingga membuatkan perutnya berkeroncong hebat.

"hm sedapnya bau"kata Syed Azrief lalu dia terus mengangkat kerusi. Dia tidak sabar mahu makan walaupun masakkan Ayra Amani ialah masakkan yang agak simple tetapi tidak baginya kerana ini satu pencapaian yang agak baik.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now