BAB 24

4.6K 150 16
                                    

MELISSA mengerling ke arah jam ditangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 7:35 tapi bayang Ayra Amani belum kelihatan. Selalunya sebelum pukul 7:15 Ayra Amani sudah terpacak depan kelas tetapi kali ini tidak.

"kau rasa Ayra datang tak harini?"tanya Melissa kepada Rania disebelahnya.

"aku rasa macam tak je selalunya dia datang sekolah awal ni tak pukul berapa dah ni dia masih tak datang lagi"kata Rania yang sedang menulis sesuatu didalam buku.

"kan aku pun rasa macam tu juga. Kenapa ye Ayra tak datang harini. Dia ada chat kau tak?"tanya Melissa.

"rasanya tak kot. Pagi tadi aku lewat bangun siap je terus aku pergi sekolah. Phone pun aku tak sempat tengok"kata Rania kepada Melissa.

"takpalah kalau macam tu nanti balik jelah kita tanya dia"kata Melissa lalu dia menyambung kembali membuat tugasan yang tidak siap.

Tepat pukul 8 pagi Syed Azrief dan kawan-kawannya tiba dihadapan kelas. Cikgu Amira mencekak pinggang melihat mereka bertiga.

"lah saya ingat korang bertiga dah tak datang sekolah. Ni kenapa masuk kelas lambat? sekolah masuk pukul 7:25 bukan pukul 8!"kata cikgu Amira mendatar.

"baru bangun cikgu. Tu pun nasib baik saya datang sekolah. Kalau ikutkan hati saya baik saya sambung tidur je dah lah semalam hujan sejuk pula tu"kata Syed Azrief selamba.

"ha melawan! apa nak jadi dengan kamu bertiga ni ha? tahun ni SPM tahu tak? tolong lah serius sikit kalau taknak ambil SPM bagitahu cikgu. Kamu bertiga nampak tidak serius nak ambil SPM baik kamu tak payah ambil lah. Kalau ambil tetap result tak elok tak guna juga kan?"bebel cikgu Amira panjang lebar. Apabila dia melihat muka anak muridnya dia lagi bertambah sakit hati.

"yakinnya cikgu rasa kami gagal. Tu semua Allah yang tentukan cikgu. Cikgu sendiri pun bukan tahu yang nanti besar cikgu jadi cikgu macam ni kan"kata Hariz setelah lama berdiam diri.

Membulat mata cikgu Amira mendengar. Dia sudah maklum bahawa mereka bertiga ini mempunyai sifat kurang ajar dan tidak menghormati guru. Cumanya pihak sekolah tidak boleh membuang mereka bertiga dari sekolah kerana bapa Syed Azrief iaitu Dato Sri Adham itu orang yang banyak menyumbang kepada sekolah mereka. Kalau tidak sudah lama Syed Azrief kena buang dari sekolah ini.

"sudah lah malas nak cakap banyak-banyak. Kamu semua boleh masuk"kata cikgu Amira. Dia malas mahu bertekak dengan pelajarnya kerana dia tahu dia takkan menang pun.

Syed Azrief hanya memberi senyuman sinis. Tahu pun malas nak bertekak dengan mereka bertiga. Dia tahu kebanyakkan cikgu yang mengajar kelas mereka kurang senang dengan perangai mereka bertiga tetapi mereka bertiga tidak ambil pusing. Lantak lah nak jadi apa pun asalkan mereka gembira.

"aik minah tu tak datang sekolah pula harini"kata Hariz kepada Ameer disebelahnya.

"haah lah dia tak datang sekolah lah"kata Ameer pula.

"korang menyibuk apa. Belajar lah kita ni kan pelajar tak ada masa depan"perli Syed Azrief kuat. Sengaja dia mahu memberi cikgu Amira dengar. Senang sikit mahu nenyakiti cikgu muda itu.

"alih-alih aku je yang sakit hati"kata cikgu Amira perlahan. Lalu dia mengambil marker pen dan menulis sesuatu di papan putih.

Tiba-tiba handphone Syed Azrief bergetar di dalam poket seluar. Dia mengeluarkan handphonenya dan dibuka dibawah meja. Dia tersenyum apabila nama Ayra Amani naik di notificationsnya.

AYRA

Nanti kau balik sekolah tolong belikan bubur mcd dekat aku boleh?

AZRIEF

Nak bubur mcd je boleh kenyang ke tu?

AYRA

Boleh je lagipun aku tak ada selera lah nak makan benda lain. Boleh ye bubur mcd?

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now