BAB 50

4.3K 181 27
                                    

RAMAI sungguh pengunjung ke Cameron Valley Tea pada hari ini tambahan pula harini hari cuti lagi lah sesak bumi Cameron Highland ini. Ayra Amani memandang ke arah Syed Azrief yang sedang beratur mahu membeli tiket. Lelaki itu tidak membenarkan dia ikut beratur membeli tiket kerana dibelakang mereka tadi ada sekelompok lelaki sebaya mereka. Tak pasal-pasal Syed Azrief menyuruh dia menunggu dia tepi tebing sebelah dan dia hanya menurut.

Hampir 10 minit beratur Syed Azrief menghampiri Ayra Amani yang sedang menunggu di tebing. Gadis itu tersenyum ke arahnya apabila dia mendekati gadis itu. Semasa dia beratur menungguh giliran dia ada juga terdengar perbualan sekelompok lelaki dibelakangnya, mereka ada mengatakan bahawa 'elok juga perempuan kat tebing tu kalau dapat dekat aku, memang aku tak lepas ni" mendengarkan itu dada Syed Azrief sudah naik turun menahan marah. Kalau ikutkan mahu sahaja dia lepaskan sebijik penumbuk kepada lelaki yang berkata begitu kepaa isterinya tapi dia hanya fikir 'honeymoon' mereka sahaja kalau tidak kena dah lelaki itu dengan dia.

"dah jom"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani dengan pantas dia memeluk pinggang Ayra Amani.

Terkejut Ayra Amani dengan perbuatan mengejut Syed Azrief itu sudah lah ditempat orang ramai. Kalau nak tunjuk yang mereka 'pasangan yang sweet' pun tak perlu lah tunjuk dekat sini ramai orang kot.

"eh kau ni kenapa lepas lah malu lah sikit orang tengok"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief sewaktu mereka mahu menurun dari bukit. Kata Syed Azrief mereka akan menaiki kereta untuk turun ke ladang teh tapi kenapa pula sekarang ni mereka sendiri berjalan menurun ke ladang teh.

"nak malu apa dah kahwin dah pun"kata Syed Azrief selamba. Tangannya mengetatkan lagi pelukkan dipinggang Ayra Amani itu. Tidak kisah akan apa yang orang bakal kata kepada mereka. Cukup mereka sahaja yang tahu bahawa mereka sudah sah menjadi suami isteri.

"memang lah tapi dekat tempat awam kan agak-agak lah nak bersweet pun"

"eleh sebenarnya kau suka kan kalau tak takkan lah semalam kita..."

Syed Azrief ketawa apabila Ayra Amani menutup mulutnya dan menampar lengannya. Tahu pun malu bila dia nak membuka cerita tentang semalam. Ingat dah tak malu tentang itu selepas apa yang berlaku semalam.

"kau ni kan ish! eh kau cakap nak naik kereta macam kereta golf tu turun ke ladang teh ni dah kenapa kita yang kena jalan turun sendiri ni?"cepat-cepat Ayra Amani mengubah topik ke arah lain pula. Kalau dibiarkan ni makin melarat perangai gatal dan suka mengusik Syed Azrief itu.

"saja nak exersice sambil hidup udara segar ni"kata Syed Azrief sambil tersenyum. Tangannya naik membetulkan kaca mata hitam. Rancangan asalnya dia memang dia mahu naik untuk turun ke ladang teh tapi apakan daya sekelompok lelaki dibelakangnya tadi pun mahu naik kereta untuk turun ke bawah terus dia menukar fikiran untuk membeli tiket penjalan kaki.

"banyak lah kau nak exersice dah lah jarak dari atas nak turun ke bawah tu jauh nak turun tak ada masalah nak naik tu ingat tak penat ke aku rela masuk lumba lari dekat sekolah daripada kena panjat bukit ni, sakit lutut kau tahu tak"bebel Ayra Amani.

"macam nenek-nenek lah kau ni sakit lutut. Tak apa nanti malam aku urutkan lah kaki kau tu dah jom turun cepat"kata Syed Azrief. Dia menolak tubuh Ayra Amani dari belakang sehingga gadis itu menjerit.

Syed Azrief ketawa lalu dia berlari ke depan Ayra Amani dan menghulurkan tangannya untuk Ayra Amani supaya memudahkan lagi gadis itu untuk turun dan Ayra Amani menyambut huluran Syed Azrief dengan senyuman bibirnya.

SHARIFAH Alisha bergegas masuk ke dalam MyTwon kerana dia sudah berjanji dengan kawannya untuk berjumpa disana maklum lah kedua-dua mereka mempunyai jadual yang padat dan tiada masa untuk berjumpa tetapi harini Sharifah Alisha mengosongkan jadualnya untuk berjumpa dengan kawannya itu.

Boleh sakit mata memeriksa kertas peperiksaan anak muridnya. Lain diajar lain ditulis oleh mereka siapa yang tidak sakit hati. Nasib baik lah yang buat salah tu budak form 4 kalau budak form 5 buat salah memang kena lah tinggal lagi beberapa bulan sahaja mereka akan menduduki peperiksaan SPM.

Dia bergegas menuju ke Starbucks yang sudah dijanjikan pada Sara. Tiba-tiba telefon didalam beg tangannya berbunyi nyaring. Tangannya mula sibuk menyelongkar untuk mencari telefonnya. Waktu dia tengah kelam kabut lah ada orang menelefonnya bila tengah bersenang lenang tak ada pula orang nak menelefonnya.

Tengah sibuk mencari telefon didalam beg tangannya, dia terasa dia sudah terlanggar seseorang dihadapannya. Telefon yang baru dikeluarkan dari beg tangannya sudah jatuh ke lantai.

"fuh nasib baik lah tak pecah kalau tak melayang duit gaji aku kena tukar screen"kata Sharifah Alisha lalu dia mengutip telefonnya yang sudah terjatuh di lantai.

Dia sibuk membelek telefon tanpa menyedari siapakah orang yang dia terlanggar itu. Dia terdengar lelaki dihadapannya itu mengeluh.

Faleeq memandang tajam ke arah gadis itu. Bukan dia tidak kenal gadis itu siapa kakak ipar kepada adiknya Ayra Amani. Entah bagaimana gadis itu boleh terlanggarnya. Dia tengah elok berjalan sambil membawa secawan espresso tiba-tiba sahaja gadis itu melanggarnya. Bukan nak tanya dia okay ke tak alih-alih sibuk membelek telefon yang terjatuh itu.

"eh pernah tengok lah muka you ni tapi kat mana eh lupa"kata Sharifah Alisha sebaik sahaja dia melihat wajah Faleeq.

"aku abang Ayra adik ipar kau"

"oh patut lah macam pernah jumpa. Eh you ni kenapa jalan tak tengok depan nasib baik telefon i tak pecah"

"aku langgar kau seriously? Bukan kau langgar aku sampai habis secawan espresso aku tumpah dekat baju aku?"

Terbeliak mata Sharifah Alisha melihat kemeja putih Faleeq sudah terkena espresso. Dia mengigit bibirnya. Jadi dia lah yang melanggar lelaki itu?

"alamak sorry i terlanggar you. I kalut cari telefon i tadi. Macam mana ni"kata Sharifah Alisha dengan sedikit tergagap. Dia sudah berdebar apabila dia sudah terlanggar orang.

"macam mana apa kena cari baju lain lah aku ada meeting lepas ni"kata Faleeq sambil melihat bajunya sudah dibasahi oleh espresso. Takkan dia nak pakai begini jumpa clientnya bau pun dah cukup menyengat.

"kalau macam tu jom i belanja you baju baru"ajak Sharifah Alisha kepada Faleeq. Rasa bersalah pula kerana dia lelaki itu harus membeli baju yang baru.

"tak payah aku boleh beli sendiri"kata Faleeq lalu dia mula beredar dari situ.

Terus Sharifah Alisha berlari ke hadapan Faleeq untuk menghentikan langkah lelaki itu. Faleeq menjongket kening kepada Sharifah Alisha tanda apa.

"jom lah i belanja you baju. I yang langgar you tadi kan i tak senang hidup kalau i dah buat salah i tak bertanggung jawab"kata Sharifah Alisha dengan mengangguk kepala supaya lelaki itu setuju dengan cadangannya.

"aku cakap tak payah aku beli sendiri pandai-pandai lah aku nanti"jawab Syed Azrief tanpa melihat wajah Sharifah Alisha dihadapannya. Gadis itu sudah lah pendek darinya paras bahunya sahaja.

"ish degilnya mamat espresso ni. Tak ada tak ada you kena ikut i, i tak kira you nak ke tak"kata Sharifah Alisha tidak mahu mengalah. Dia dah buat salah jadi dia mahu bertanggungjawab lah tapi masalahnya mamat espresso ni degil, berlagak semua ada dekat dia. Tanpa membuang masa Sharifah Alisha terus menarik lengan baju kemeja Faleeq supaya Faleeq mengikutnya.

"aku dah lah lambat nak pergi jumpa client ni"kata Faleeq sewaktu dia diheret oleh Sharifah Alisha. Apa begitu malang hidupnya pagi ini. Ingat kalau dah tukar baju baru bau dah hilang? Silap banyak bau tetap bau semerbak.

"i janji tak ambil masa lama paling kurang dalam 15 minit je sebab i nak kena jumpa kawan i ni, kawan i dah tunggu kat starbucks"

"dah tu pergi jelah jumpa kawan kau tak payah nak sibuk beli aku baju, aku boleh beli sendiri"

"tak apa kawan i boleh tunggu, dah jom nanti lebih daripada 15 minit kalau kita bergaduh dekat sini"

"degilnya kakak ipar kau Ayra"kata Faleeq sambil menggeleng kepala.


ME GUSTAS

New book 'jejaka pujaan si gadis'

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now