BAB 55

3.6K 162 31
                                    

"AYRA"panggil Syed Azrief dengan kuat. Kakinya melangkah turun ke ruang tamu sambil membawa beg galas di bahu.

"apa aku dekat dapur ni"kata Ayra Amani yang sibuk menuang susu coklat ke gelasnya. Baru seronok sikit nak tengok Netflix sambil minum susu coklat yang sejuk ini.

"aku nak keluar main futsal dengan kawan aku"kata Syed Azrief sambil mengeluarkan kasut sportnya di dalam rak kasut.

Terus Ayra Amani berlari ke arah Syed Azrief dan meninggalkan susu coklat di dapur. Benda ini lagi penting daripada susu coklat di dapur.

"habistu takkan nak tinggal aku sorang-sorang dekat rumah malam-malam macam ni?"kata Ayra Amani dengan nada kesian. Tahukan yang dia ni penakut orangnya tapi selalu juga dia kena tinggal.

"bukan aku tinggal kau dekat rumah pukul 12 malam yang kau nak takut sangat tu. Sekarang ni baru pukul 8:30 malam sebelum pukul 12 aku balik lah"kata Syed Azrief yang sedang memakai kasut sportnya. Tahu sangat dengan perangai Ayra Amani yang penakut tinggal di rumah seorang diri.

"ala kau tipu lepas habis main futsal mesti kau nak lepak mamak kan? Paling lambat kau balik pun mesti pukul 1 pagi kan?"kata Ayra Amani sambil menjongket kening. Jangan percaya apabila lelaki cakap. Kata je sebelum pukul 12 akan balik tapi tengok lah pukul 1 atau 2 pagi baru balik ke rumah.

"kau nak teman aku futsal tak? Kalau kau ikut aku futsal tak adalah kau takut sangat duduk rumah sorang-sorang ni ataupun kau nak aku hantar kau ke rumah mummy balik aku ambil kau"

"tak nak lah duduk rumah mummy esok sekolah kan kalau hari jumaat malam tak apalah. Rasa-rasa lama tak kau main?"

"pukul 11 lebih macam tu balik lah. Cepat lah nak ikut ke tak pukul 9 dah nak mula main dah lambat ni aku kena marah dengan diorang"

"yelah tunggu kejap aku tukar baju"kata Ayra Amani terus dia berlari naik tangga untuk ke biliknya.

"cepat sikit jangan tukar baju macam nak jahit baju pula. Lambat memang aku tinggal kat sorang"jerit Syed Azrief dengan kuat. Dia hanya menggeleng kepala dengan perangai penakut Ayra Amani itu. Sejujurnya dia juga risau mahu meninggalkan Ayra Amani seorang di rumah kerana Ayra Amani seorang yang penakut.

"ye tahu lah tunggu kejap!"jerit Ayra Amani dari atas.

Syed Azrief terus keluar dari rumah dan menghampiri keretanya untuk menghidupkan enjin keretanya. Selang 10 minit kelibat Ayra Amani sudah muncul dengan gaya kalut sambil tangan membawa iPad dan sebotol tumblr lalu terus masuk ke dalam kereta dan mereka berdua bertolak ke tempat yang sudah ditetapkan untuk bermain futsal.

SAMPAI sahaja di tempat yang ditetapkan terus Syed Azrief menarik handbrake lalu dia mencapai beg galasnya di kerusi belakang. Dia melihat Ayra Amani yang masih kusyuk mengunyah keropok sambil menonton drama Korea. Kalau nak tengok drama Korea baik tengok dekat rumah je.

"jom dah sampai ke kau nak duduk dalam kereta?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani disebelahnya.

"sana ada tempat duduk tak? Kalau tak ada aku boleh je tunggu kat dalam kereta sampai kau habis main"kata Ayra Amani yang matanya masih memandang iPadnya.

"mestilah ada tempat duduk sayang takkan lah tak ada. Jom keluar cepat lagi 5 minit je lagi ni nak mula main dah"ajak Syed Azrief lalu dia terus keluar dari perut kereta dan Ayra Amani masih berada di dalam.

Sayang? Syed Azrief panggil dia sayang? Biar betul dia tak mimpi di malam hari kan? Sayang. Sungguh merdu apabila Syed Azrief memanggilnya sayang dengan suara yang  seksi begitu boleh pengsan dia dengar.

Syed Azrief memandang semula ke arah keretanya. Dia mengerut dahi apabila melihat Ayra Amani tidak keluar lagi dari kereta. Kakinya menghampiri kereta lalu pintu kereta di sebelah penumpang dibuka. Dia melihat Ayra Amani yang memegang pipi sambil tersenyum-senyum.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now