BAB 34

4K 142 12
                                    

PAGI ini Syed Azrief yang mengejut Ayra Amani untuk bangun ke sekolah. Kerana Ayra Amani terlupa untuk mengunci jam. Nasib baik lah Syed Azrief terjaga kalau tidak mereka berdua pasti pergi ke sekolah.

"kau buat apa malam tadi layan kdrama ke? kalau aku tak terjaga tadi kita dua tidur sampai ke tengah hari lah kan"perli Syed Azrief kepada Ayra Amani yang nampak kalut memakai tudung.

"mana ada aku layan kdrama lah. Aku tidur awal semalam sampai aku terlupa nak kunci jam"kata Ayra Amani yang masih membetulkan tudungnya di hadapan cermin. Saat dia tengah kalut lah tudungnya tidak memberikan kerjasama yang baik.

Syed Azrief yang sedang memakai kasut hanya menggeleng kepala mendengar. Kalau bukan sebab dia mahu membuang air kecil tadi pasti mereka berdua terlajak tidur sampai ke tengah hari. Dia fikir Ayra Amani sudah bangun dan bersiap rupanya masih tidur. Bila je dia cakap dah pukul 7:05 terus terbeliak mata Ayra Amani.

"woi dah siap ke belum tu? cepat lah Ayra harini ada perhimpunan kot kau nak ke muka kita malu sebab datang lambat?"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"kejap lah weh nak tutup suis semua"kata Ayra Amani kalut.

Syed Azrief menggeleng kepala lalu dia terus memanjat naik ke atas motorsikalnya. Ayra Amani kalut-kalut menyarung stoking dan kasut ke kaki lalu dia terus memanjat naik ke atas motorsikal Syed Azrief.

"nanti berhenti dekat pokok macam selalu ye"pesan Ayra Amani kepada Syed Azrief.

Syed Azrief hanya buat tidak dengar hari. Rimas dia dengar benda yang sama hari-hari. Bukan dia tidak tahu Ayra Amani menyuruh dia berhenti di bawah pokok yang jauh sedikit dari sekolah kerana tidak mahu kalau orang nampak mereka datang ke sekolah bersama-sama.

10 minit menunggang motorsikal Syed Azrief memberhentikan motorsikalnya di bawah pokok seperti yang diarahkan oleh Ayra Amani.

"kau yakin ke nak turun dekat sini? Sekarang dah pukul 7:20 tau"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani yang masih dibelakangnya.

"tulah tapi kalau masuk nanti terserempak pula dengan orang"kata Ayra Amani risau. Dia tidak mahu di denda kerana datang lewat ke sekolah.

"kalau kau kisah sangat hal tu baik kau turun sekarang aku tak ada masa nak dengar kau punya risau tu"kata Syed Azrief tegas.

"ish kau berhenti depan pagar jelah nanti aku turun"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief.

Syed Azrief hanya menurut lalu mereka menuju ke pagar sekolah. Terdapat beberapa orang pengawas bersama beberapa orang pelajar yang lewat datang dari sekolah.

"alamak kena tulis nama pula"kata Ayra Amani cemas. Benda itu yang dia takutkan disekolah.

Syed Azrief hanya menggeleng kepala dengan Ayra Amani. Takut sangat dengan pengawas menulis nama pelajar yang lewat. Tapi dia hanya berlagak biasa. Tulis nama dibuku pengawas sudah menjadi perkara biasa baginya. Nak hairan apa kalau hari-hari dia datang sekolah lewat.

"tak boleh parking dalam parking luar"kata penolong ketua pengawas yang bernama Fateen itu.

"ada aku kisah ke? tepi sebelum aku langgar aku sampai semua tulang kau hancur"kata Syed Azrief mendatar.

"kau datang lambat buat cara lambat bro. Kalau Fateen cakap parking motor dekat luar parking lah dekat luar. Asal kau tak faham bahasa melayu ke?"kata Hakeem tegas.

"tak sekarang ni kau nampak aku kisah ke? aku tak kisah pun lah kalau kena parking dekat luar. Hilang satu motor kau ingat aku tak mampu beli yang baru ke? Sekarang ni baik korang berdua ke tepi sebelum aku langgar korang hidup-hidup nanti"kata Syed Azrief mendatar. Matanya menikam mata Hakeem yang sedang membara memandang ke arahnya.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now