BAB 69

4K 208 33
                                    

AYRA Amani tiba di sekolah agak lewat kerana dia bangun agak lewat pagi ini. Selalunya selepas dia solat subuh dia tidak tidur kembali tetapi harini selepas sahur pada pukul 4:30 pagi dia terus tidur sampai pukul 6:45. Tadi sewaktu sahur mereka tidak sahur sekali. Syed Azrief sahur terlebih dahulu darinya. Dia pun pelik kenapa Syed Azrief sahur terlalu awal. Dia bangun Syed Azrief sudah tidur di atas sofa sambil memasang netflix. Orang tidur tapi televisyen terpasang.

"tunggu"tegah seorang pengawas lelaki kepada Ayra Amani.

Ayra Amani sudah memandang jam ditangannya. Dia terlambat 10 minit ke sekolah harini. Pintu pagar tutup pada pukul 7:20 dia sampai ke sekolah pada 7:30. Ikutkan hati mahu saja dia cuti harini kerana lewat bangun tapi mahu buat macam mana SPM tidak lama lagi nak tak nak kena juga ke sekolah.

"tengok jam kau sekarang pukul berapa dah? Ingat ni sekolah tokwan kau ke?"kata Fatin tegas.

"aku tahu aku lewat tak payah lah nak naikkan nama orang yang dah lama meninggal"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Fatin.

"kalau tahu kenapa kau lewat? Sekarang ni kau pergi beratur dengan budak yang lewat dekat sana. Cikgu Ramli nak jumpa"kata Fatin dan menunjukan ke arah deretan pelajar yang lewat ke sekolah. Ingatkan dia je yang lewat padahal ramai lagi.

Peraturan di sekolah mereka siapa yang menaiki motosikal dan lewat ke sekolah mereka harus memarkirkan motosikal mereka di pagar luar dan tidak dibenarkan memarkir motosikal di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab sekiranya ada motosikal pelajar hilang di luar kawasan sekolah. Agak kejam peraturan tapi kena lah beringat juga tak nak motosikal kena curi jangan datang sekolah lewat.

Ayra Amani mengeluh perlahan. Dia melangkah malas ke arah deretan pelajar yang lewat ke sekolah. Dia berdiri di belakang Farisya iaitu rakan sekelasnya juga. Boleh dikatakan Farisya ini selalu datang ke sekolah lewat kadang pukul 7:45 baru dia sampai. Dia sudah lali dikenakan denda kerana datang ke sekolah lewat.

"awal kau sampai"kata Ayra Amani kepada Farisya di depannya.

"harini aku insaf sikit kalau tak aku datang pukul 8"kata Farisya sambil senyum.

Ayra Amani hanya menggeleng kepala dengan Farisya. Memang sudah menjadi tabiat Farisya datang ke sekolah lewat lain lah dia selalu datang awal harini sahaja datang lewat. Sudah lah dia berjalan kaki. Jarak sekolah dengan rumah mereka pun mengambil masa 10 minit.

"weh tu bukan bini kau ke?"kata Hariz kepada Syed Azrief. Dia menunjuk ke arah Ayra Amani yang sedang beratur bersama pelajar yang lewat.

Syed Azrief memandang ke arah Ayra Amani yang sedang bersembang dengan seorang lelaki dibelakangnya. Mereka bergelak ketawa bersama membuatkan hatinya menjadi panas. Semalam cakap lain harini cakap lain! Memang menguji kesabaran dia betul Ayra Amani ini.

"korang tak datang sekali ke?"tanya Ameer perlahan.

"kau bengong sangat ni kenapa Meer? Dah sah-sah lah tak Rief kan datang awal harini takkan lah Rief ni terlebih rajin pula nak balik rumah semata-mata nak ambil Ayra dekat rumah"kata Hariz kepada Ameer lalu dia menggeleng kepala. Otak Ameer kalau dibulan puasa tak boleh pakai langsung. Otak hanya fikir makan makan makan.

"ya tak ya juga eh. Aku tak terfikir pula"kata Ameer sambil tersengih tidak bersalah.

Tanpa mengeluarkan sebarang suara terus Syed Azrief melangkah ke arah tapak perhimpunan. Dia membisikkan sesuatu kepada Cikgu Ramli dan Cikgu Ramli memandang ke arah Ayra Amani di dalam barisan.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now