BAB 52

3.8K 167 53
                                    

"AZRIEF!"jerit Ayra Amani apabila Syed Azrief sesuka hatinya mengambil strawberry miliknya padahal Syed Azrief ada strawberrynya sendiri. Sudah lah dia tinggal lagi 3 biji. Tidak puas dia makan strawberry yang enak ini.

"apa jerit-jerit makan lah"kata Syed Azrief selamba. Lalu dia mengambil lagi strawberry milik Ayra Amani yang tinggal lagi satu biji.

"kau kenapa makan aku punya? Kau punya ada kan"kata Ayra Amani tidak puas hati. Dan sekarang strawberrynya tinggal satu biji sahaja lagi.

"kau punya manis. Aku punya masam aku makan jelah kau punya strawberry"kata Syed Azrief selamba. Padahal rasanya sama sahaja. Sengaja dia mahu mengusik Ayra Amani.

Betul kata orang kerana makanan perempuan akan mengamuk. Dan sekarang dia pula akan dimarahi oleh Ayra Amani. Dia bukan apa seronok melihat Ayra Amani yang asyik tersenyum-senyum sambil menikmati strawberry dan dia berniat mahu mengusik gadis itu dengan mengambil strawberry Ayra Amani.

"tipu semua strawberry kat sini rasa sama"kata Ayra Amani selepas mengambil strawberry milik Syed Azrief pula.

Syed Azrief ketawa apabila melihat wajah tidak puas hati Ayra Amani itu. Punya lah tak puas hati sampai strawberry miliknya dimakan oleh Ayra Amani.

"eh kau tak nak ambil gambar?"terus Syed Azrief mengubah topik ke arah lain. Kalau dibiarkan tentang ini lama-lama alamatnya memang sampai ke apartment rajuk Ayra Amani tidak akan habis.

"taknak lah baju aku dah kotor kan"kata Ayra Amani lalu dia memandang ke arah bajunya yang kotor kerana strawberry yang disalut dengan coklat terjatuh ke atas bajunya.

"lah apa kena mengenanya kalau baju kotor dengan ambil gambar? Ambil gambar muka langsung tak ada kaitan dengan baju"kata Syed Azrief pelik.

"yelah takkan tiba-tiba nak selfie nampak muka je mesti nak ambil gambar satu atas sampai bawah. Sekarang ni aku nak makan strawberry ni sampai habis lepastu aku makan balik. Lenguh habis kaki-kaki aku ni"kata Ayra Amani lalu dia mengunyah strawberry milik Syed Azrief. Syed Azrief makan dia punya jadi dia makan lah milik Syed Azrief punya pula.

"okay sebelum balik aku nak kena tapau makanan dekat kita malam ni sebab bila kita dah balik aku dah malas nak keluar balik. Nanti balik aku urut lah kaki kau dekat mana sakit tu"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"tapi aku tak puas lagi nak jalan-jalan dekat sini esok dah kita nak balik KL dah"kata Ayra Amani dengan nada sedih. Sudah 3 hari 2 malam sudah mereka berada di bumi sejuk ini dan mereka akan kembali pulang ke tempat asal mereka.

"nanti bila kita habis sekolah dah aku janji kita akan datang sini balik"janji Syed Azrief kepada Ayra Amani. Dia turut berasa sedih kerana ingin meninggalkan Cameron Highland ini kerana disini lah dia berani meluahkan perasaannya kepada Ayra Amani.

"janji?"kata Ayra Amani lalu dia mengeluarkan jari kelingkingnya kepada Syed Azrief.

"janji takkan mungkiri"kata Syed Azrief sambil tersenyum.

Tersenyum Ayra Amani lalu dia memandang sekeliling dan dia merangkul lengan Syed Azrief dan mereka berjalan bersama-sama sambil menikmati udara segar disini.

AMEER menyedut minumannya sambil mata memandang ke arah Hariz yang sedang serabut itu. Dari mereka sampai dan hampir tiga gelas dia minum wajah Hariz masih tidak berubah dari wajah serabut itu. Dia pun tidak tahu apa kena dengan Hariz. Padahal sebelum ni dia okay je harini je dia nampak tak berapa nak okay sikit.

"kau apahal ni Riz aku tengok kau ni aku yang serabut kepala otak"kata Ameer lalu dia mengeluarkan rokok dari poket seluarnya.

"aku geram dengan minah dalam rumah aku tu lah. Hiyaz tak nak main dengan aku dah sebab sekarang dia makin rapat dengan minah tu"kata Hariz dengan nada geram.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now