BAB 26

4.7K 154 16
                                    

PADA pagi itu Ayra Amani bangun dahulu dari Syed Azrief. Sakit lehernya akibat tidur di atas sofa yang keras seperti batu itu. Baru satu malam dia sudah tidak betah mahu tidur atas sofa tapi nak buat macam mana dah kalau orang tua Syed Azrief akan tinggal disini lagi satu malam.

Semasa waktu subuh dia bangun kerana jam dihandphonenya berbunyi menandakan waktu subuh sudah tiba. Dia pergi ke arah Syed Azrief yang tidur tidak sedar itu.

"woi bangun lah solat subuh"kejut Ayra Amani perlahan.

Tetapi tiada sahutan malas Syed Azrief langsung tidak bergerak dengan kejutannya. Macam ini agaknya kalau Syed Azrief tidur sorang dia mesti terlepas subuh sebab itulah dia selalu ke sekolah lambat sampai pintu pagar sudah tutup.

"woi tak dengar azan subuh ka? Punya kuat orang azan dia boleh pula buat pekak bedak haih sakgi tak kena saja lah"bebel Ayra Amani seorang diri.

"ish apa?! Aku nak tidur pun tak senang lah! Bising macam mak nenek"marah Syed Azrief lalu dia mengambil bantal dan menutup telinga menggunakan bantal.

"amboi sedap mulut hang ja kata aku ni macam mak nenek. Orang nak ajak buat benda baik pun susah! Kalau masuk neraka toksah dok solat"kata Ayra Amani lalu dia beredar dari situ dan terus dia ke bilik mandi untuk memgambil wuduk.

Selesai sahaja dia mengambil wuduk dia dikejutkan dengan wajah serabai Syed Azrief dihadapan pintu bilik mandi. Nasib baik dia tidak melatah kalau tidak buat malu sahaja. Sudah lah muka tak serupa orang tapi betul lah orang kata kalau orang handsome ni bangun tidur lagi bertambah handsome.

"berangan apa pula depan bilik mandi ni? Tepi lah aku nak masuk nanti sindir aku pasal neraka apalah"kata Syed Azrief mendatar.

Ayra Amani terus memakai telekung dan membentangkan sejadah. Baru sahaja dia mahu memulakan suara Syed Azrief mencelah.

"hidup kau memang tak reti sabar ke? Dah tak reti nak tunggu aku sekali ke? Kot ye pun bentangkan lah sejadah dekat aku sekali wahai isteri"perli Syed Azrief.

Terus Ayra Amani menjeling. Mana dia tahu yang Syed Azrief mahu solat bersama-sama dia ingat solat sendiri-sendiri. Rupanya nak solat sama-sama tapi pandai ke nak imamkan isteri dia?

"jangan bagi aku nampak kejam sangat boleh tak? Aku ni dulu sekolah agama dari darjah 1 sampai 6 tahu tak"kata Syed Azrief. Sakit pula hatinya apabila Ayra Amani berkata begitu. Nasib dia cakap dalam hati cuba dia cakap depan-depan silap-silap dia menganyang mulut mungil gadis itu.

Ayra Amani hanya mengeluh. Ini yang dia tidak suka. Apa sahaja dia cakap dalam hati Syed Azrief bagai boleh baca isi hatinya. Dia berniat mahu mengutuk Syed Azrief senyap-senyap dalam hati pun tak boleh sebab mesti orang tu tahu.

"eh nak solat ke kau nak termenung sekarang? Cepat lah! Aku mengantok ni"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani.

"ish yelah tu pun nak marah. Rilek lah"kata Ayra Amani dengan membuat muka.

"bagus lah tu buat muka macam tu"kata Syed Azrief pula.

"kau yang lambat-lambatkan bukan aku"kata Ayra Amani tidak mahu mengalah.

"nasib aku mengantok je kalau tak dah lama aku tampar je mulut kau tu sampai bisu. Asyik menjawab je"kata Syed Azrief lalu dia mengeluh.

"Allahukbar..."terus Ayra Amani mengangkat tangan.

"ish perempuan ni"kata Syed Azrief lalu dia ikut mengangkat tangan.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now