BAB 75

5.2K 195 39
                                    

KEESOKKAN harinya. Hari dimana mereka akan pulang dari Terengganu. Nanti sampai sahaja di Kuala Lumpur di rumah keluarga Syed Azrief, Syed Azrief akan terus memandu ke Penang untuk pulang beraya ke kampung halaman Ayra Amani pula.

"nanti sampai KL korang terus nak balik Penang ke?"tanya Datin Suraya kepada anak dan menantunya.

"haah mama dengan abah nak ikut kitorang balik Penang tak?"tanya Syed Azrief kepada Dato Syed Adham dan Datin Suraya.

Sharifah Alisha yang sedang menjamah kuih yang dibawa pulang dari Terengganu tersedak. Balik Penang? Faleeq juga ada beritahunya bahawa Faleeq akan berada di sana selama 3 hari.

"kalau mama dengan abah nak ikut kitorang balik Penang jom lah"ajak Ayra Amani pula. Mesti seronok kalau dapat beraya ramai-ramai di sana.

Dato Syed Adham memandang Datin Suraya dibelakang. Seronok juga kalau dapat beraya di rumah besannya di Penang. Sudah lama mereka tak ke Penang. Dapat pula menantu orang Penang.

"boleh juga mama tak pernah jumpa keluarga Ayra dekat Penang"kata Datin Suraya setuju. Dah alang-alang ikut sahaja lah anak dan menantunya pulang ke Penang. Sudah lah mereka menaiki satu kereta sahaja, kesian pula pada anaknya nanti sampai di KL anaknya mengambil kereta di rumah dan terus memandu ke Penang pula.

"kalau macam tu kita terus balik Penang jelah"kata Syed Azrief yang sedang memandu itu.

"ha balik terus ke sana"kata Dato Syed Adham disebelah.

Sharifah Alisha menelan air liur. Adakah dia akan berjumpa dengan bakal keluarganya di sana? Sudah lah dia masih malu-malu lagi dengan Faleeq. Walaupun perangainya ikut dan je tetapi dia tetap malu.

Ayra Amani tersenyum. Seronok betul dapat beraya ramai ramai di kampung. Lagipun sewaktu mereka berkahwin Tok dan Mak Longnya tidak dapat hadir kerana mereka berdua berada di Pahang sewaktu itu melawat adik Tok yang sakit di sana. Apa salahnya kalau membawa ibu bapa mertuanya pulang ke kampungnya pula.

Syed Azrief tersenyum selepas melihat wajah kakaknya berubah di belakang. Baru tahu cuak. Nak berjumpa dengan bakal keluarga mertua di sana. Semalam dia sempat memberitahu Ayra Amani tentang Sharifah Alisha dan Faleeq. Ayra Amani turut terkejut dengan berita itu tetapi mereka tumpang bahagia sekurang-kurangnya Sharifah Alisha mempunyai teman lelaki dan Faleeq kerana mereka berdua tidak mempunyai pasangan. Elok lah tu mereka bercinta berdua.

TIBA sahaja di kampung halaman Ayra Amani. Terdapat dua biji kereta iaitu kereta Encik Faruk dan sebuah lagi kereta milik Faleeq terparkir elok di situ.

"mari masuk"ajak Ayra Amani kepada keluarga mertuanya.

Sebelum mereka sampai di kampung sempat lah Ayra Amani mesej Puan Marina bahawa keluarga mertuanya mahu datang beraya di rumah. Puan Marina mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke rumah Tok.

"Assalammualaikum"salam diberi oleh Dato Syed Adham.

"Waalaikummusalam"jawab Encik Faruk lalu dia bangun dari duduk dan menghampiri mereka semua diluar sana.

Faleeq menelan air liurnya. Ini kali kedua dia berjumpa dengan keluarga Syed Azrief. Kalau dulu dia tak rasa apa-apa sebab yang nak kahwin itu Ayra Amani tetapi sekarang rasanya dah lain rasa takut, gementar semua ada.

"ni datang dari Terengganu ke?"tanya Encik Faruk kepada Dato Syed Adham.

"ye kami datang dari Terengganu. Minta maaf lah datang secara mengejut macam ni"kata Dato Syed Adham sambil ketawa.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now