BAB 33

4.2K 165 13
                                    

MELISSA duduk di ruang tamu bersama mamanya dan ayah tirinya. Adik beradik tirinya turut berada disitu kecuali Hariz. Entah kemana lelaki itu pergi. Selepas sahaja kawan-kawan Hariz pulang terus kelibat lelaki itu hilang dari radar.

"Melissa bilik kamu depan bilik Hariz ye"kata bapa tirinya kepada Melissa.

Melissa hanya mengangguk sambil tersenyum. Dalam hati dia seperti mahu menangis apabila biliknya dihadapan bilik Hariz. Bagaimana dia mahu hadap Hariz di rumah dan di sekolah.

"Helena nanti kamu tolong tunjukkan bilik Melissa"arah bapa tirinya kepada kakak Hariz.

Helena hanya mengangguk. Tangannya masih sibuk bermain dengan handphone sama seperti Hafiz. Masing-masing dengan hal sendiri. Melissa terpandang ke arah budak lelaki yang bersendirian di atas kerusi piano.

Dia tahu budak itu adik Hariz kerana budak itu sangat rapat dengan Ayra Amani tengah hari tadi. Sampai makan pun Ayra Amani yang menyuapkan. Dia mahu bertegur tetapi dia dapat merasakan budak itu tidak suka dengan kehadirannya.

"Hariz mana? papa tak nampak dia pun"kata bapa tirinya kepada kedua anaknya.

"tadi Hafiz nampak dia dekat kolam sekarang tak tahu lah dia ada dekat mana"jawab Hafiz lalu dia kembali memandang ke arah handphonenya kembali.

Encik Fakhrul hanya menggeleng kepala dengan perangai anaknya itu. Dia tahu anaknya masih tidak dapat menerima ahli keluarga baru kerana baru setahun sahaja arwah isterinya meninggal.

"Hiyaz sini"panggil Encik Fakhrul kepada anak bongsunya itu.

Budak lelaki itu terus turun dari kerusi dan melangkah perlahan ke arah bapanya.

"Hiyaz ni mama Hiyaz dan yang tu kakak Hiyaz"kata Encik Fakhrul lembut kepada anaknya itu.

Hiyaz memandang ke arah perempuan disebelah Encik Fakhrul dan memandang pula ke arah perempuan disebelah perempuan itu.

"mama Hiyaz dah meninggal lah papa. Hiyaz ada sorang je kakak bukan dua"kata Hiyaz polos.

"ni mama baru Hiyaz. Sekarang Hiyaz bukan ada sorang je kakak tapi dua sayang"jelas Encik Fakhrul lembut kepada anaknya.

"Hiyaz tak nak! Hiyaz nak abang Riz!"jerit Hiyaz tiba-tiba terus dia meraung memanggil nama Hariz.

Hariz terus berlari turun dari atas apabila terdengar suara adiknya memanggil namanya. Dia terserempak apabila semua ahli keluarganya sedang berkumpul di ruang tamu. Lalu dia terus melangkah ke arah Hiyaz yang menangis teresak-esak itu.

"shh abang ada"pujuk Hariz lalu dia mendukung tubuh adiknya sambil mengusap belakang adiknya yang menangis itu.

"apa papa cakap dekat Hiyaz?"tanya Hariz mendatar.

"papa cuma bagitahu dia pasal mama dan kakak baru kepada dia"kata Encik Fakhrul kepada anaknya.

"mama kitorang dah meninggal. Kitorang tak perlukan ahli keluarga untuk hidup lah"kata Hariz mendatar. Matanya memandang ke arah Melissa lalu Melissa cepat-cepat memandang ke arah lain.

"Hariz"tegur Hafiz sambil menggeleng kepala. Dia tidak mahu adiknya bersikap kurang ajar kepada ahli keluarga baru mereka.

"apa? memang betul kan Riz cakap tu tak ada salah pun kan?"kata Hariz kepada abangnya.

Terus Encik Fakhrul bangun. Dia faham perasaan anaknya itu. Hafiz dan Helena masing-masing sudah besar dan sudah berkerja jadi mereka tiada masalah untuk memberikan dia berkahwin lain yang masalahnya sekarang ialah Hariz dan Hiyaz.

"Hariz papa minta sangat kamu berhormat mama dan Melissa. Papa tak minta banyak pun dari kamu Riz"kata Encik Fakhrul kepada Hariz perlahan. Dia tidak tahu mereka mendengar.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now