BAB 60

3.8K 197 22
                                    

"MACAM mana keadaan Ayra harini?"tanya Doktor Anis kepada Ayra Amani. Kepala Ayra Amani diperiksa.

"alhamdulilah doktor kepala saya dah okay sikit daripada semalam"jawab Ayra Amani lembut. Memang benar pun. Kepalanya agak okay berbanding semalam agak ringan seperti biasa.

"lepas ni saya nak awak jaga diri awak baik-baik kalau boleh elakkan daripada terhantuk kepala dekat mana-mana. Kepala ni dia bahaya sikit takut nanti dia jadi apa-apa yang memberbahayakan"pesan Doktor Anis kepada Ayra Amani.

Ayra Amani hanya mengangguk faham. Syed Azrief tekun mendengar penjelasan daripada Doktor Anis. Rasa bersalah kepada Ayra Amani. Sebab dia Ayra Amani yang jadi mangsa Ayra Amani yang sakit. Kalau boleh putarkan masa dia akan menolak tubuh Ayra Amani daripada terkena pukulan daripada Rizki.

"baik doktor saya ingat semua pesan doktor tapi doktor saya boleh keluar harini tak?"tanya Ayra Amani sambil tersengih-sengih.

"itu soalan biasa dah saya dengar dari pesakit bila boleh keluar. Awak boleh discharge pukul 1 nanti. Jaga diri baik-baik ye kalau rasa sakit kepala ke apa makan ubat yang diberi jangan tak makan. Awak tolong pantau dia sama ye. Saya keluar dulu"kata Doktor Anis pula kepada Syed Azrief sebelum dia melangkah keluar dari bilik wad Ayra Amani. Dia tahu lelaki itu adalah suami kepada Ayra Amani. Semalam satu hospital kecoh anak lelaki pemilik King Empire sudah berkahwin muda dan meneman isterinya di hospital mereka.

"baik doktor terima kasih"kata Syed Azrief kepada Doktor Anis sebelum keluar dari bilik wad Ayra Amani.

"ha seronok lah tu senyum sampai ke telinga"kata Syed Azrief pula kepada Ayra Amani yang sedang tersenyum-senyum di atas katil.

"gila tak seronok aku dapat balik harini. Sehari duduk hospital aku dah cukup bosan. Nak turun dari katil pun tak boleh nasib baik aku nak membuang aku boleh turun dari katil"kata Ayra Amani perlahan. Semua itu kerana Syed Azrief. Dia mahu turun dari katil melihat permandangan di luar tingkap pun ditegah oleh Syed Azrief. Nak bermain telefon pun tak boleh katanya dia harus rehat daripada melihat telefon.

"yelah kau tu sakit, sakit buat cara sakit"kata Syed Azrief lalu dia mendekati beg pakaian Ayra Amani.

Beg pakaian mereka yang lain dia sudah masukkan ke dalam bonet kereta semalam sebelum dia tiba semula di hospital. Memandangkan selepas ini mereka akan terus ke Penang jadi dia menyiapkan baju-baju mereka semalam.

"takkan aku nak kena duduk baring je? Aku sakit dekat kepala tapi kaki tangan aku masih boleh guna tau"kata Ayra Amani tidak puas hati.

"kau kena bersyukur sebab kau sakit kau akan dapat layanan istimewa daripada aku. Kau duduk je semua benda aku buat"kata Syed Azrief sambil menayang wajah bangga.

"hek eleh bangga lah tu. Kau dah bersedia ke nak jadi bibik aku sampai aku sihat semula?"uji Ayra Amani.

"untuk kau semua aku sanggup. Kau suruh je aku buat apa pasti aku sanggup"jawab Syed Azrief yakin.

"hm bagus lah tu lepas keluar hospital ni singgah mana-mana kedai tolong beli 'tuala peot' aku"kata Ayra Amani sambil mengunyah makanan.

"apa pad?"tanya Syed Azrief seakan terkejut.

"ye kenapa tak sanggup? Malu?"tanya Ayra Amani sambil tersenyum.

"aku boleh beli 10 lah dekat kau kalau kau nak. Untuk kau aku sanggup je beli tak kira malu ke apa"jawab Syed Azrief mendatar. Biar lah lelaki lain gelakkan dia janji apa yang isterinya suruh dia dapat buat.

"menyampah aku nak cakap dengan kau. Kemas cepat baju tu"arah Ayra Amani kepada Syed Azrief.

"amboi kau sejak aku bagi permission ni cepat je kau kan"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala. Dia melipat baju-baju mereka dan dimasukkan ke dalam beg galas yang dia bawa itu.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now