BAB 17

4.6K 167 13
                                    

AMEER memandang Hariz, Hariz memandang Hariz. Mata mereka memandang ke arah Syed Azrief yang sedang menghisap rokok itu. Ini pelik datang sekolah awal. Demam ke? Melihat lelaki itu hanya diam mereka tidak berani nak menyoal banyak risau kena sembur dengan api je kejap lagi ni. Lebih baik diam je.

"kau okay tak Rief?"tanya Hariz teragak-agak.

Syed Azrief hanya membalas dengan anggukan sahaja. Dia betul-betul tiada mood harini.

"betul ni kau okay?"tanya Ameer ingin kepastian.

Dia memberikan pandangan tajam ke arah dua kawannya itu. Dia pasti mereka berdua dapat mensyaki perubahan dirinya tapi tak berani nak menyoal takut dia menyinga.

"kau nak tanya apa sebenarnya?"tanya Syed Azrief lalu putung rokok dilempar sesuka hati.

"erk...tadi pagi aku terserempak dengan Ayra jalan kaki sorang-sorang gelap pula tu. Korang gaduh ke?"tanya Ameer setelah menyusun ayatnya.

Syed Azrief hanya diam tidak mahu menjawab. Gaduh atau tidak itu urusan mereka. Dia tak terkejut pun bangun pagi gadis itu sudah hilang dari radar. Ikut suka lah nak kemana pun dia kisah apa jangan menyusahkan dia sudah. Itu dia tak berkenan.

"tak okay je"

"habistu kenapa Ayra keluar awal pagi jalan kaki sorang-sorang. Dah lah jalan keluar rumah kau tu banyak penyangak buatnya jadi apa-apa macam mana. Bahaya tu Rief"kata Ameer lagi.

"dia pandai keluar pandai jaga diri"

Mendengarkan itu mereka berdua sudah faham. Sah bergaduh ni. Bergaduh tentang apa tidak tahu. Patutlah monyok je muka tu tak senyum langsung. Gaduh rupanya.

Hal rumah tangganya biarlah mereka berdua sahaja tahu bergaduh atas sebab apa. Tidak perlulah bawa orang luar mendengar masalah rumah tangga mereka. Dia tidak suka. Kawan pun boleh jadi makan kawan lebih baik diam dan selesaikan sendiri. Kalau boleh selesai lah.

"nak masuk kelas tak?"tanya Hariz setelah 1 jam lebih mereka berada di rooftop nasib ada bumbung kalau tidak hangit juga lah.

"pergi lah kalau kau nak"

Ameer dan Hariz terdiam. Masuk pun bukan belajar. Guru sains mereka tidak hadir dengar kata kelas mereka tiga waktu tiada cikgu relief jadi kalau masuk kelas tetap tak belajar.

"AYRA kau ada masalah ke?"tanya Rania sambil memegang bahu gadis itu.

"huh? Aku okay jalah awat aku nampak tak okay ka?"

"haah nampak macam tengah ada masalah je"

Ayra Amani hanya senyum tawar. Memang tengah ada masalah sekarang ni. Masalah hati, masalah rumah tangga semua masalah ada. Tapi dia tak berapa gemar memberitahu masalahnya kepada orang. Dia lebih suka pendam sampai menjerut diri.

"hampa toksah risau lah aku okay jalah. Tengah stress nak jawab soalan ni susah betul lah"kata Ayra Amani pura-pura membelek soalan itu.

Padahal semalam dia sudah buat latihan matematik ini. Bila otaknya memikirkan hal lain dia terus terlupa. Itulah perangainya.

"senang jalah Ayra sini aku ajar kau"tawar Rania ikhlas.

Ayra Amani hanya tersenyum. Bukan dia fikir sangat pun dengan soalan matematik ni dia lebih memikirkan tentang hal lain. Rania mula bercakap tapi satu pun tak masuk ke telinganya. Matanya hanya memerhati tingkah laku Rania seolah-olah sedang memahami padahal tidak. Satu pun tak faham.

"sekarang ni kau faham tak?"tanya Rania sekali lagi.

"haa faham dah. Thank Rania ajar aku"

Rania hanya mengangguk kepala sambil senyum. Dia kembali duduk ditempatnya. Kerusi disebelah dipandang. Memang taknak masuk kelas ke macam mana? Atau sudah benci mahu melihat wajahnya? Huh bukan salah dia pun. Itu pun mengamuk macam apa dah. Menyampah sungguh.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now