BAB 48

3.8K 167 23
                                    

SEBAIK sahaja solat subuh mereka berdua terus bersiap-siap. Kata Syed Azrief bertolak dari rumah pada pukul 7 pagi dan sekarang baru pukul 6:40. Bayangan lelaki itu masih muncul. Ayra Amani mengemas apa patut sebelum mereka bertolak. Mak Mah akan datang semula pada hari Isnin ini jadi dia tidak payah nak kemas sangat. Kakinya bergerak ke dapur pula mahu memastikan semua suis di dalam keadaan tertutup.

"dah siap?"tanya Syed Azrief yang baru turun dari tingkat atas sambil mengangkat luggage miliknya beserta beg galas belakang lalu dia melangkah ke rak kasut.

"haah dah tunggu kau je"kata Ayra Amani dan dia mengikut langkah Syed Azrief.

"suis-suis semua kau dah tengok tak? Mana lah tahu nanti masa nak pergi sana kau teringat yang kau lupa tutup itu lah ini lah macam selalu"perli Syed Azrief tanpa memandang Ayra Amani. Dia masih sibuk mengikat tali kasut Nike berwarna hitam.

"dah tengok banyak kali dah"kata Ayra Amani malas. Tahu lah dia sejenis yang suka lupa tapi tak payah nak perli macam tu sakit hati tahu tak tapi kalau dah nama Syed Azrief ingat dia kisah? huh memang tidak lah.

"ha bagus jangan nanti kau baru teringat aku luku kepala kau"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Kakinya melangkah ke bonet kereta sambil mengheret luggage miliknya.

Ayra Amani menahan diri daripada marah. Sabar Ayra pagi-pagi ni tak baik marah orang cepat tua orang kata. Diam je walaupun kena perli nak lawan perli ke apa tunggu tengah hari sikit masa tu baru lelaki itu tahu perempuan akan menang dan lelaki akan kalah. Pintu utama ditarik dan ditutup. Tak perlu kunci semua kerana pintu ini hanya perlu meletakkan cap jari sahaja tak perlu lah membawa kunci yang banyak.

"sini beg kau"kata Syed Azrief. Ayra Amani hanya menurut dan menghulurkan luggage miliknya kepada Syed Azrief.

"ringan je tak bawa banyak baju ke?"tanya Syed Azrief semasa mahu mengangkat bagasi milik Ayra Amani.

"banyak lah tu 10 helai baju tu tak termasuk lagi dengan 2 pasang kasut"kata Ayra Amani kepada Syed Azrief. Macam mana lelaki itu kata begnya ringan sedatangkan masa dia heret luggage miliknya pun sudah mengah kerana berat.

"ringan je aku rasa. Hoodie ada bawa tak?"tanya Syed Azrief lagi. Bonet kereta ditutup lalu dia membawa diri masuk ke dalam perut kereta dan diikuti oleh Ayra Amani.

"tak pun lagipun hoodie aku semua tak berapa nak okay sangat"kata Ayra Amani perlahan. Takkan dia cerita pula yang semua hoodienya itu sekerat pusat sahaja. Lagipun dia tidak mengemar sangat memakai hoodie buat panas je.

"lah kenapa pula? Cameron sekarang ni musim sejuk tahu tak tidur tak pakai aircond"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Dia yang lelaki ini hoodie bawa sampai 5 helai takut kesejukan yang Ayra Amani ini boleh pula selamba tak bawa baju sejuk.

"yeke? takpa kot baju yang aku bawa ni ada juga sweetshirt kita okay lah"kata Ayra Amani lalu dia membetulkan rambutnya dihadapan cermin.

"kenapa tak cakap yang kau tak ada hoodie? Kalau tak semalam kita boleh singgah beli"kata Syed Azrief. Keretanya mula keluar dari perkarangan rumah. Remote ditangannya terus menekan button tutup pagar sebaik sahaja dia telah keluar.

"malas lah aku bukan suka pakai hoodie pun takkan sebab nak pergi Cameron je aku kena beli hoodie baik tak payah"kata Ayra Amani mendatar.

"ikut kau lah ni kejap lagi aku nak singgah stesen minyak nak isi minyak bagi penuh nanti sampai kau pergi lah beli air ke keropok ke nak membuang ke apa dekat situ lah sebab aku malas dah nak singgah mana-mana nak pergi terus je"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani dan gadis itu hanya mengangguk faham.

TERBELIAK mata Syed Azrief melihat dua belah tangan Ayra Amani penuh membawa dua beg plastik. Perempuan ni betul-betul buat stok makanan ke apa punya banyak membeli.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now