BAB 37

3.9K 146 10
                                    

SYED Azrief menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia berbelah bahagi sama ada mahu bercerita atau tidak. Tapi tidak adil lah bagi Ayra Amani kerana gadis itu sudah menceritakan kepadanya tetapi dia tidak mahu bercerita.

"ish cepat lah mana aci aku je!"kata Ayra Amani geram lalu dia menyuap makanan ke dalam mulut dengan menjeling ke arah Syed Azrief.

"yelah perempuan idaman aku tu kena lah cantik yang paling penting perempuan tu pandai jaga hati dan sentiasa menyenangkan hati aku. Aku nak perempuan yang ada waktu aku susah sampai aku senang. Oh ya lagi satu aku suka perempuan yang pakai tudung dan tahu batas-batas dia walaupun aku sendiri tak adalah baik mana pun."kata Syed Azrief sambil tersenyum.

Ayra Amani hanya mengangguk kepala. Hatinya bagai disiat-siat apabila Syed Azrief berkata begitu. Dia tidak lah cantik dan dia jugak dan dia tidak memakai tudung seperti yang dikatakan oleh lelaki itu. Jadi dia tiada langsung ciri-ciri wanita idaman Syed Azrief.

"aku harap kau dapat jumpa perempuan idaman kau suatu hari nanti"kata Ayra Amani sambil tersenyum walaupun dia terpaksa menayang senyuman yang dia sendiri rasa tidak ikhlas.

"kau pun"kata Syed Azrief lalu dia menyambung balik makan tanpa memandang ke arah Ayra Amani.

Tiba-tiba handphone Syed Azrief diatas meja berbunyi tanda ada orang menghubungi. Dia memandang ke arah skrin handphone tertera nama Hariz tanpa menunggu lama dia terus menjawab panggilan Hariz.

"yo ada apa?"tanya Syed Azrief lalu dia meneguk air.

"ni ha adik aku menangis nak jumpa kakak cantik dia. Boleh ke aku datang rumah kau?"kata Hariz dalam talian.

"datang jelah tapi faham-faham jelah kalau rasa nak makan bawa sendiri makanan"kata Syed Azrief sambil ketawa.

"babi betul lah kau ni Rief. Lagi 20 minit ke aku sampai"kata Hariz lalu dia mematikan talian.

Syed Azrief meletakkan handphone di atas meja dan menyambung lagi makan tanpa mempedulikan Ayra Amani yang memandang ke arahnya.

"siapa yang nak datang?"tanya Ayra Amani ingin tahu.

"Hariz dia cakap adik dia nak jumpa kau"kata Syed Azrief mendatar.

"lah yeke? Habistu asal kau cakap nak makan bawa sendiri tak baik lah!"marah Ayra Amani lalu dia menampar lengan Syed Azrief.

"aku saja je lah cakap macam tu. Nanti kau order lah makanan apa-apa duit ada dalam dompet aku atas meja"kata Syed Azrief lalu dia bangun ke dapur dan terus naik ke tingkat atas.

"ni lah kerja orang tak pandai masak semua kena order. Nasib lah kahwin dengan lelaki kaya semua benda dia belanja"kata Ayra Amani sambil menggeleng kepala.

HAMPIR 20 minit Hariz dan Hiyaz sudah terpacak di hadapan rumah Syed Azrief. Ayra Amani yang mendengar orang memberi salam dia terus berlari membuka pintu. Syed Azrief masih di tingkat atas, tak tahu lah apa yang dia buat sampai lama sangat dekat atas tu.

"waalaikumusalam masuk lah"jemput Ayra Amani. Dia memberi laluan kepada Hariz dan Hiyaz masuk ke dalam rumah.

"nah"hulur Hariz kepada Ayra Amani.

"benda apa ni?"tanya Ayra Amani sambil mengerut dahi.

"aku bawa makanan sendiri lah"kata Hariz sambil tersenyum.

"yang kau ikut cakap dia tu buat apa? Tu tak nampak dia suruh aku order kfc untuk korang"kata Ayra Amani sambil tersenyum.

"kalau dah nama Syed Azrief tak sah kalau cakap tak berbelit-belit"kata Hariz sambil menggeleng kepala.

"eh duduk lah dulu aku pergi panggil Rief kejap"kata Ayra Amani lalu dia menyuruh Hiyaz duduk di sofa dan dia terus berlari naik ke tingkat atas.

Ayra Amani berlari-lari naik ke tingkat atas. Termengah-mengah dibuatnya apabila berlari. Sudah lah rumah besar tapi duduk berdua kadang-kadang bertiga.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now