BAB 45

4K 169 19
                                    

TIBA lah waktu matematik subjek yang paling Ayra Amani tidak suka selama dia hidup 17 tahun di atas bumi yang indah ini. Tidak tahu kenapa dia dengan matematik tak pernah nak ngam. Selalu je bergaduh. Patut lah buku matematik sentiasa sibuk sebab banyak masalah.

"Ayra kau dah buat belum kerja matematik?"bisik Melissa disebelahnya.

"kejap"kata Ayra Amani lalu dia menyelak buku latihannya. Terbeliak matanya melihat. Dia rasa semalam dia hanya buat separuh sahaja bukan semua ini kenapa pula boleh penuh dengan jawapan dengan ada tulisan yang mengarut di tepi.

Matanya terus memandang ke arah Syed Azrief disebelahnya. Lelaki itu masih sibuk mengunyah makanan dengan selamba. Dia tidak tahu ke Cikgi Fatin itu anti dengan pelajar yang suka makan di dalam kelas.

"weh bukan aku buat sikit je ke semalam?"tanya Ayra Amani perlahan ditepi telinga Syed Azrief.

"tak tahu. Ada orang rajin yang buat dekat kau kot"kata Syed Azrief selamba.

"orang yang rajin tu kau kan?"tanya Ayra Amani sambil senyum. Entah mengapa perutnya terasa seperti rama-rama sedang terbang berkeliaran.

"habistu takkan lah pensel tu gerak sendiri tulis jawapan yang bijak ni semua dekat kau"perli Syed Azrief. Tangannya masih sibuk menyumbat makanan ke dalam mulut tanpa menghiraukan guru dihadapan.

"aloo thank you"kata Ayra Amani sambil tersenyum.

"tak adanya aku buat free kau kena bayar lah"kata Syed Azrief mematikan senyuman Ayra Amani.

"huh kenapa bayar ke?"tanya Ayra Amani naif.

"ye kena bayar, bayar dia kau kena hm apa ye nanti aku fikir dulu dah tahu aku cakap dekat kau"kata Syed Azrief.

"ish suspens je"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Syed Azrief. Jangan lah lelaki itu suruh dia belanja macam-macam memang tak lah dia bayar.

"Ayra kau sembang apa? Aku tanya kau lah"kata Melissa geram. Orang tanya dia. Dia boleh bersembang dengan kawan sebelah.

"tak ada apa-apa. Ha aku dah siap dah kenapa kau tak siap ke?"tanya Ayra Amani pula kepada Melissa.

"siap dah cuma kau pun tahu aku ni bukan lah pandai mana pun subjek matematik tu lain lah kau jawapan mesti betul"kata Melissa kepada Ayra Amani. Cemburu dengan Ayra Amani pandai dalam segala subjek lain lah dia agak kurang bijak sedikit.

Ayra Amani hanya tersengih. Memang lah jawapan dia sentiasa betul kerana dia menggunakan otak Syed Azrief. Kalau dia guna otak dia alamatnya memang salah semua tak payah tanya lagi.

"Ayra saya nak pergi dekat awak ni awak tak ada nak minum air apa-apa ke?"tanya Cikgu Fatin kepada Ayra Amani.

Tersembur makanan dimulut Syed Azrief apabila mendengar sindiran Cikgu Fatin kepada Ayra Amani. Melihat sahaja wajah Ayra Amani sudah mencebik Syed Azrief ketawa kuat.

"kamu kenapa Azrief tiba-tiba saja gelak"tanya Cikgi Fatin pelik.

Syed Azrief hanya menggeleng kepala tanda tiada apa terus Ayra Amani mencubit peha Syed Azrief di bawah meja. Ingat dia tidak tahu ke Syed Azrief sedang ketawakan dirinya. Tahu lah dia ni tak berapa bijak sangat tapi jangan lah nak menganjing sangat. Melampau betul.

"kamu dah siapkan jawapan ke Ayra? Saya nak panggil kamu jawab soalan lain dekat depan"kata Cikgu Fatin kepada Ayra Amani.

Membulat mata Ayra Amani mendengar. Dia kena jawab dekat hadapan? Terus dia memandang ke arah Syed Azrief disebelahnya. Lelaki itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Ayra Amani sudah gelabah apabila Cikgu Fatin mula menulis soalan di papan putih.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now