BAB 41

4.5K 170 17
                                    

AYRA Amani bersiap-siap untuk ke sekolah. Hari ini dia tidak mahu datang sekolah lewat lagi macam semalam. Siap sahaja dia berpakaian seragam sekolah dia terus keluar dari bilik dan memandang ke arah bilik Syed Azrief. Bilik lelaki itu senyap Ayra Amani mengerut dahi memandang bilik lelaki itu.

"dia ni nak pergi sekolah ke tak senyap je?"kata Ayra Amani lalu dia mendekati bilik Syed Azrief dan dia terus membuka bilik lelaki itu tanpa mengetuk dulu.

Ayra Amani tercari-cari Syed Azrief lalu dia menekan suis lampu. Katil masih elok seperti tidak ditiduri. Ayra Amani terus masuk ke dalam dan menjenguk kepala ke ke arah bilik air. Bilik air senyap sunyi tanpa bunyi setitik pun air.

"mana dia pergi eh semalam tak balik rumah ke?"tanya Ayra Amani pelik dan dia terus keluar dari bilik lelaki itu.

Kakinya melangkah turun ke bawah terkejut dia melihat televisyen sedang dibuka tanpa ada orang. Dia menjengukkan sedikit kepalanya ke bawah dan dia menjerit melihat seseorang yang sedang tidur di atas sofa.

"aaaaa siapa ni?"tanya Ayra Amani lalu dia mencapai bantal dan terus memukul lelaki itu.

Syed Azrief yang sedang tidur itu terkejut terdengar jeritan dari Ayra Amani cepat-cepat dia bangun dan menepis bantal yang dipegang oleh Ayra Amani itu.

"kau apahal pagi-pagi nak menjerit macam orang gila ni?"tanya Syed Azrief dengfan serak basah. Dia menggosok matanya yang masih kelabu itu.

"lah kau ke"kata Ayra Amani lalu dia mengeluh lega.

"yelah habistu kau fikir hantu ke tidur dekat sini?"perli Syed Azrief sambil menjeling ke arah Ayra Amani. Bantal yang dilepas itu tadi diambil balik dan dia terus merebahkan badan di atas sofa sambil memeluk bantal.

"eh kau taknak pergi sekolah ke? dah pukul 7 ni"tanya Ayra Amani sambil menggoyangkan bahu Syed Azrief.

"tak aku tak nak pergi sekolah harini"kata Syed Azrief mendatar.

"asal tak nak pergi sekolah? semalam kau pergi mana?"tanya Ayra Amani sambil menekak pinggangnya.

"aku mengantok kau tahu tak. Kau pergi jelah sekolah nanti balik aku ambil lah kau"kata Syed Azrief malas.

"suka hati dia je tak nak pergi sekolah ingat sekolah tu tokwan dia punya kot"bebel Ayra Amani sambil memandang ke arah Syed Azrief.

"ish bising lah pergi jelah sekolah tu kerja membebel je"kata Syed Azrief lalu dia mengambil bantal menutup telinganya.

"kalau kak Scha tanya kenapa kau tak datang aku jawab kau pergi berdating dengan pondan eh"kata Ayra Amani cepat-cepat dia beredar dari situ.

"kau jangan buat pasal Ayra aku lempang kau nanti"kata Syed Azrief kuat.

"tak nak, nak bagitahu juga bye!"kata Ayra Amani lalu dia menutup pintu dengan perlahan.

"apa punya bangang dia tu aku dating dengan pondan? tak lalu aku"kata Syed Azrief sambil menggeleng kepala lalu dia menyambung kembali tidur dengan aman tanpa mendengar suara Ayra Amani.

SAMPAI sahaja disekolah tangan Ayra Amani ditarik oleh Mia Adriana. Terkejut dia melihat Mia Adriana yang menarik tangannya dia menjerit sedikit kerana terkejut.

"ish apa kau ni main tarik-tarik"tanya Ayra Amani tidak puas hati. Tangannya membetulkan lengan baju sekolahnya susah payah dia menggosok baju senang-senang sahaja peremnpuan itu menariknya habis berkedut.

"kenapa kau sekolah sini? kenapa tak suruh je mak jang daftar kau sekolah lain macam sekolah international macam anak-anak dia?"tanya Mia Adriana sambil menjongket kening.

"ada masalah ke kalau aku sekolah ni? aku bersyukur dah dapat sekolah ni aku tak minta pun nak sekolah mahal-mahal macam diorang"kata Ayra Amani sambil tersenyum. Dia tidak mahu dituduh sombong dengan sepupunya sendiri.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now