BAB 78

3K 87 1
                                    

SYED Azrief meraba-raba disebelah sambil matanya masih pejam. Dia rasa dia sudah lewat untuk ke sekolah memandangkan harini adalah hari Jumaat. Apabila dia membuka sahaja mata tempat tidur disebelahnya kosong itu tanda Ayra Amani sudah bangun darinya.

Melihat semua pakaian yang mereka dilempar ke lantai untuk telah berada di dalam bakul dia hanya tersenyum. Lagi-lagi apabila mengenangkan keindahan tentang semalam. Sungguh indah sehingga dia tidak boleh dilupakan.

"Ayra?"panggil Syed Azrief lalu comporter diselak.

Syed Azrief mengerut dahi apabila dia rasa sunyi. Dia tanda-tanda seperti bunyi air pun. Kalau tiada di dalam bilik air dimanakah Ayra Amani berada? Nak kata Ayra Amani masak sarapan memang tidak lah nak-nak pula harini hari Jumaat hari dimana semua pelajar harus ke sekolah dengan awal kerana ada bacaan yassin.

Baru sahaja dia mahu mencapai tuala dipenyangkut matanya tertatap ke arah satu kertas yang bertulis itu. Dia mencapai sebelum membaca.

Aku pergi sekolah dulu tau. Turun bawah jangan lupa makan sandwich penat aku masak. Jumpa dekat sekolah!

A.A

Syed Azrief hanya tersenyum sambil membaca nota ringkas yang ditinggalkan oleh Ayra Amani itu. Ayra Amani memang suka ke sekolah sendiri dia pun tidak tahu kenapa Ayra Amani tidak suka naik sekali dengannya lagi-lagi motorsikal dia sanggup pergi sekolah jalan kaki dari naik motorsikal dengannya.

AYRA Amani menjadi gelisah apabila mengingati tentang semalam. Dia pun tidak tahu kenapa semalam dia rasa dia begitu gedik. Mana tidaknya tiba-tiba sahaja dia kena rasuk memakai baju haram begitu. Seumur hidupnya dia tidak pernah memakai baju seseksi begitu di depan siapa-siapa mahupun pakai untuk tidur kerana dia tidak selesa.

"kau ni kenapa Ayra pergi balik macam ada yang tak kena je?"tanya Melissa yang pening melihat Ayra Amani yang tidak reti duduk diam. Kejap bangun kejap berdiri kejap berjalan ke sana ke sini.

"tulah kau ada masalah apa-apa ke Ayra?"tanya Rania pula.

Sungguh mereka terkejut dengan penampilan Ayra Amani pada pagi ini. Ayra Amani bertudung ke sekolah harini. Sungguh cantik dan nampak ayu apabila Ayra Amani memakai tudung begini. Sejuk hati siapa sahaja yang melihat Ayra Amani memakai tudung.

"tak ada apa-apa lah"kata Ayra Amani. Dia cuba untuk duduk tetapi entah kenapa dia tidak boleh duduk diam.

Bayangan Syed Azrief dan dua kawan itu masih belum kelihatan di kelas. Tadi sewaktu bacaan yassin mereka bertiga dalam lewat. Tangan Syed Azrief pula selamba menyuap sandwich ke dalam mulut yang dia buat pada awal pagi tadi.

"aku rasa ada something ni"bisik Melissa ke Rania.

"aku pun"jawab Rania perlahan.

Macam mana dia nak hadap Syed Azrief? Di sekolah mahupun di rumah. Malu mukanya apabila mengingati perkara yang terjadi semalam tetapi perkara yang terjadi semalam itu pun atas kerelaan hatinya juga bukan atas paksaan daripada Syed Azrief.

Ayra Amani memusing badannya dan dia terkejut apabila wajah Syed Azrief terpampang dihadapannya sehingga matanya membulat terkejut sehingga kakinya yang tidak bisa duduk diam itu turut berhenti.

Syed Azrief mengamati Ayra Amani. Dia tersenyum apabila melihat Ayra Amani bertudung. Sejuk hatinya melihat Ayra Amani sudah bertudung seperti ini. Tiba-tiba sahaja wajah Ayra Amani bertukar merah ia membuatkan dia menahan ketawa melihat. Pasti ada benda yang dia teringat lah tu sehingga pipi boleh merah sebegitu.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now