BAB 73

4.3K 211 43
                                    

PEJAM celik sudah sebulan mereka berpuasa sebagai umat Islam dan juga sebagai suami dan isteri. Macam-macam mereka lalui sepanjang bulan puasa ini. Sungguh menyeronokkan apabila mereka berpuasa sekali. Selepas berbuka puasa mereka ke masjid untuk solat terawih selepas balik dari masjid mereka mengulang kali pelajaran dan terus tidur.

"dah letak belum beg dalam kereta?"tanya Syed Azrief kepada Ayra Amani yang sedang termenung di kerusi luar.

"lah aku ingat kau tolong letakkan dah beg aku"kata Ayra Amani.

"eh banyak cantik kau. Aku dah bagitahu kau kan tadi letak beg dalam bonet kereta yang kau sampai-sampai termenung dekat sini buat apa? Pergi ambil beg dalam kereta letak dalam kereta abah"arah Syed Azrief kepada Ayra Amani yang terkebil-kebil memandang ke arahnya.

"bukan nak menolong tapi membebel je kerja"kata Ayra Amani lalu melintasi Syed Azrief.

"bukan tak nak tolong tapi beg macam letak semua barang dalam bilik"kata Syed Azrief pula lalu dia menyusun beg mereka di dalam bonet. Kata Datin Suraya ada lagi dua bagasi.

"nah"hulur Ayra Amani. Bagasinya diletak disebelah Syed Azrief. Dia sendiri nak menarik bagasinya pun bersusah payah. Padahal dia bawa barang keperluan dia sahaja.

"astaga berat lah Ayra beg kau ni angkat sendiri"kata Syed Azrief kepada Ayra Amani. Nak mengangkat bagasi Ayra Amani ni pun perlukan tenaga sebab berat sangat.

"berat lah sebab baju seluar kau pun kau sumbat juga dalam beg aku mana tak beratnya"kata Ayra Amani lalu dia menjeling ke arah Syed Azrief. Ada hati nak mengata bagasinya berat padahal barang-barang Syed Azrief juga turut berada di dalam bagasinya. Syed Azrief tidak mahu membawa bagasi miliknya kerana mahu menjimat ruang di bonet kereta.

Malas mahu mendengar bebelan Ayra Amani itu kerana dia tahu pasti akan berpanjangnya dengan berkerut mukanya dia mengangkat bagasi Ayra Amani itu ke dalam bonet Alphard. Memang lagi dua beg itu harus diletak di tempat duduk belakang lah kalau bonet sudah penuh.

"tolong letakkan beg aku"kata Sharifah Alisha dengan selamba.

"bonet dah penuh sila bawa beg kau duduk dengan kau di belakang"kata Syed Azrief sambil senyum. Dia membuka pintu bonet untuk menunjuk kepada Sharifah Alisha bahawasanya bonet kereta sudah penuh.

"huh takkan dah penuh? Naik Alphard kot bukan naik Kancil takkan tak boleh nak sumbat juga beg aku dalam bonet?"kata Sharifah Alisha dengan nada tidak puas hati.

"naik Kancil ke naik Alphard kalau dah nama nak balik kampung bonet kereta akan penuh juga. Letak jelah beg kau dengan kau bukan susah pun kau duduk sorang je dekat belakang tu"kata Syed Azrief selamba kepada kakaknya.

Dia bergerak ke keretanya pula untuk mengambil telefon dan walletnya di dalam. Mereka akan pulang ke Terengganu dengan menaiki satu kereta sahaja iaitu kereta Alphard jadi dia harus meninggalkan keretanya di rumah keluarganya selama 2 hari.

Sharifah Alisha menjeling ke arah adiknya. Baru ingat kalau duduk seorang di belalang boleh lah dia berbaring tapi tidak dia harus berkongsi kerusi dengan begnya. Mana adil! Orang lain duduk selesa je tapi dia duduk dalam keadaan sempit.

"memandangkan pilot kita ada harini jadi abah sebagai co pilot kena duduk disebelah dan berehat betul tak Azrief?"kata Dato Syed Adham lalu dia menepuk bahu anaknya.

Syed Azrief hanya mengangguk kepalanya. Memang kalau mahu pergi kemana-mana pun dia yang akan memandu kereta. Jarang sekali Dato Syed Adham yang memandu kalau dia ada. Lagipun dia tiada masalah kalau disuruh memandu kerana dia suka memandu daripada berehat di sebelah penumpang.

"dah siap ke semua?"tanya Syed Azrief kepada mereka semua yang menunggu di atas kerusi.

"bibik sepanjang saya tiada dekat rumah bibik jangan lupa bagi ikan saya makan lepastu bibik kena siram pokok bunga saya setiap pagi"pesan Datin Suraya kepada bibik Mah yang berada di pintu.

Psycho Itu Aku Punya Where stories live. Discover now